PeNcintA iLmu

11:38 AM


Assalamualaikum all, hari ni nk cerita sikit pasal
:
:




Ilmu, knowledge...
Benda ni memang la important kat semua orang. Dengan ilmu, seseorang itu akan dihormati, dimuliakan. Tak pernah lagi dengar di dalam sejarah, orang berilmu hidupnya hina. Ilmu Allah tu luas. Pernah dengar tak orang cakap, 'Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke Negeri China'.
 ' Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebagian dari rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nyalah kamu(kembali setelah) dibangkitkan.' 
>al-Mulk,15<


Hatta wahyu pertama yang Allah turunkan melalui malaikat Jibril kepada prophet kita, Nabi Muhammad S.A.W ialah 'Iqra''-bacalah.. So, ilmu ni terbukti penting! Tapi kalau dah ada ilmu, tak diamalkan, tak berguna juga kan?
'ILMU TANPA AMAL IBARAT POHON TANPA BUAH'.. Sia-sia je lah ilmu tu kan kalau tak diamal. Kenapa perlu ada ilmu? Sebab banyak fadilatnya..
Apa fadilat ilmu?


Fadilat Ilmu 
Rasulullah S.A.W bersabda,
"Aku ialah perbendaharaan ilmu dan Ali ialah pintunya."
Apabila didengar oleh orang Khuwarij, terasa hasad di hati mereka. Mereka berkumpul meminta Sayidina Ali menjawab 10 soalan. "Mana lebih afdal-baik,harta atau ilmu?" Jawab Ali, Ilmu. Dalilnya :


   1.Ilmu pakaian Anbia-Nabi, harta pakaian Qarun, Syadad Firaun.
   2.Ilmu memelihara akan harta, kamu memelihara akan harta.
   3.Yang mempunyai ilmu banyak sahabat, banyak harta banyak musuhnya.
   4.Ilmu apbila diberikan kepada org brtambah, harta apabila dibahagikan semakin bkurang.
   5.Ilmu deseru dengan nama mulia, yang banyak harta dipanggil harta dan cela.
   6.Ilmu tidak payah dipelihara daripada pencuri, harta menarik perhatian pencuri.
   7.Ilmu di akhirat mencari syafaat, harta dihisab akan ia.
   8.Ilmu tidak binasa kerana lama masa, harta binasa kerana lama masa.
   9.Ilmu menerangkan hati, harta mengeraskan hati.
  10.Ilmu mndakwakn kehambaan, yg menpunyai harta mndakwakn ketuhanan dan kbesaran.


Rasulullah S.A.W bersabda, "Belajarlah kamu akan ilmu, belajar ilmu itu kebajikan, menuntut akan ia itu ibadah, muzakarah ilmu itu tasbih, hujahnya pada ilmu itu jihad dan mengerjakan bagi yang tahu itu sedekah." 


So, fikir-fikirkan..dan selamat beramal..hehe. Nak cari ilmu bukan susah rasanya kalau kita bersungguh-sungguh. Dunia kan dah maju, zaman pun dan moden, hujung jari je dah boleh kita timba ilmu. Jadi, tak de alasan lah kan??.. Allah dah jadikan kita sempurna apa, ada lima panca indera, jadi kena lah bersyukur and use it to the best and right way. Setuju tak?.. ^^. Maka bila dah ada ilmu kat dada, kejayaan pasti datang kan? Cewah..
' Kecemerlangan ialah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik'
Jadi, nak tuntut ilmu mesti la istiqamah-berterusan, dan bersungguh-sungguh..

You Might Also Like

0 Comment

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Heart 1

Travel & Beauty Blog

Sponsored