WaNitA..kAu tErlalU iNdaH

2:38 PM



WANITA,
Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok utk  dilindungi dan disayangi, bukannya diciptakan daripada kepala utk disanjung dan dipuja, bukan pula diciptakan drpda kaki utk dipijak dan dijadikan hamba..Lantaran drpd keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yg mana harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu..Adakah semudah itu kau ingin menyerah diri pda sang kumbang??

       Renunglah pada keindahan bunga mawar yg unggul terjaga berpagarkan duri sbagai benteng. Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian. Kilauan warnanya yg memancar indah menjadi tarikan.Namun, lantaran pagaran berduri yang berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yg terjaga hinggakan ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya..

           wanita, bak kuntuman bunga
           di taman segar mewangi,
           lembut wanita kerana tutur katanya,
           mesra wanita kerana senyumannya,
           cekal wanita kerana keberaniannya,
           patuh wanita kerana setianya,
           subur wanita kerana keimanannya,
           kasih wanita kerana belaiannya,
           lemah wanita kerana air matanya,
           ikhlas wanita kerana simpatinya,
           dendam wanita kerana cemburunya,
           dan sayang wanita kerana sifat keibuannya
           tanpa wanita lelaki lemah,
           kerana wanita lelaki kalah...

WANITA,
       Akuilah hakikat kejadian dirimu yg menjadi pelemah keimanan lelaki. Seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang ringan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yg indah tapi sayang tidak berduri. Kau tidak layak dimahkotakan sebagai Si Mawar Berduri. Sesungguhnya utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu,

          " Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain drpda fitnah yg berpunca drpda wanita."

Adakah kau mahu menjadi penyebab terhumbannya lelaki ke neraka??

      Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan. Sesuatu yg tertutup itu lebih indah dan berharga jika nak dibanding dengan sesuatu yg terdedah. Contohnya, bila kita nak beli jam, kita mesti pilih jam yang dalam kotak kan? Tak pun, masa nak beli buah, mesti cari yg berbalut kan? So,yg trtutup itu indah!! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yg kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang terpilih yg telah dijanjikan Allah buatmu...

     Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan ALLAH, bertunjang ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan.Sesungguhnya wanita solehah menjadi idaman setiap insan soleh bernama Adam.
" Wanita yg baik itu adalah untuk lelaki yg baik."

~Ya Allah, jadikan kami bidadari syurga..~
credit to :Fatimah SyaRha




You Might Also Like

0 Comment

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Informasi

Travel & Beauty Blog

Sponsored