DeMi cIntA ZaiNab

9:56 AM


Demi cinta Zainab




       Zainab r.a lahir sepuluh tahun sebelum Nabi Muhammad diangkat menjadi rasul. Beliau puteri sulung Rasulullah s.a.w, daripada perkahwinannya dengan Sayidatina Khadijah r.a. Mewarisi sifat-sifat terpuji dalam diri ibunya, Zainab sering menjadi teladan kerana sifat-sifatnya yang terpuji. 


       Ramai pemuda yang melamar Zainab kerana tertarik dengan sifat yang dimiliki, termasuk sepupunya daripada keluarga sebelah ibunya iaitu Abul Ash bin Rabi’. Zainab dikahwinkan dengan Abul Ash yang juga seorang bangsawan Quraisy yang kaya-raya dan baik budi pekertinya. Berkat perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang anak yang bernama Ali dan Umamah. 

       Pada suatu ketika, Abul Ash berada dalam perjalanan menguruskan perniagaannya, kemudian terjadilah peristiwa besar dalam sejarah kehidupan manusia. Nabi Muhammad menerima wahyunya yang pertama daripada Allah s.w.t. Zainab menyambut seruan dakwah yang dibawa Rasulullah dengan keimanan dan keyakinan terhadap agama Allah ini. Dia menangis terharu apabila mendengar keterangan daripada Waraqah bin Naufal yang menyatakna bahawa sesiapa sahaja yang memeluk agama Allah ini, akan dimusuhi oleh kaum Quraish yang jahil.

Di kiri kekufuran di kanannya iman
Di sisi suami dihati seorang ayah
Di antara hukum dan di antara cinta
Berdirinya dikau ditengah-tengahnya
Bukan mudan menjadi puteri Rasulullah
Ketika suamimu masih jahiliah.

Ketulusan Zainab

       Sewaktu suaminya kembali daripada menjalankan perniagaan, Zainab terus menyatakan keimanannya kepada Allah, tetapi suaminya tidak memberi sebarang reaksi dan tidak membantah juga tindakan isterinya itu.apabila Zainab mengajak suaminya memeluk Islam Abul Ash menjawab, “Bukannya saya tidak percaya dengan ayahmu, tetapi saya tidak mahu dituduh sebagai membelot agama sendiri semata-mata kerana ingin mengambil hati bapa mertua dan isteri.” 


      Perkara ini bagai pukulah bagi Zainab. Rumahtangga yang selama ini aman-damai dan gembira berubah menjadi kedukaan. Ketenangan di wajahnya masih jelas kelihatan walaupun berhadapan dengan masalah yang begitu berat. Sekalipun, suaminya enggan memeluk agama Islam, dia masih mampu memberi ketaatan kepadanya. Zainab tetap melayan suaminya dengan penuh kasih sayang dan tetap menguruskan rumahtangga dengan baik. Zainab tidak pernah bermasam muka dengan suaminya, apalagi hendak membentak-bentak ataupun menghina suaminya. Kata-katanya sentiasa berhikmah, sopan, dan berakhlak. Ini membuatkan suaminya semakin sayang kepada Zainab. 

Hijrahmu tertahan engkau keseorangan
Memelihara iman di tengah kekufuran
Takdir menentukannya suamimu tertawan
Di medan Badar yang sangat menggetirkan
Lalu kau hulurkan kalungan kenangan
Sebagai penebus suami tersayang
Menitis airmata Rasul melihatnya
Melihat si Khadijah seolah berbicara
Ya… Binta Rasulullah

Antara kasih ayah dan suami

       Ayahnya telah berhijrah ke Madinan bersama para sahabat, sedangkan ibunya telah menghadap Allah s.w.t dan adik-adiknya juga telah mengikut jejak ayahnya ke Madinah. Apabila tercetus perang Badar antara orang Islam dan kaum musyrikin Makkah, Zainab tidak dapat memejamkan mata dan menenangkan hatinya kerana pertempuran itu melibatkan dua insan yang disayanginya iaitu antara ayahnya dan juga suaminya. Hatinya berbelah-bahagi kerana kedua-duanya sama penting. Sama ada ayahnya ataupun suaminya yang menang, hatinya tetap akan hancur. 


       Akhirnya, kemenangan berpihak kepada ayahnya dan kaum muslimin. Abul Ash ditawan dan diberi layanan yang baik. Walaupun Zainab telah berpisah dengan suaminya, namun perasaan cinta kepada suaminya masih membara. Demi cintakan suaminya Zainab telah mengirim kalung pusaka peninggalan bondanya untuk menebus Abul Ash. 

       Kalung tersebut diterima oleh Rasulullah dengan perasaan yang sangat terharu kerana baginda tahu pemilik kalung tersebut. Setelah berbincang dan mendapat persetujuan daripada para sahabat Rasulullah, Abul Ash dibebaskan dan kalung tersebut dipulangkan semula kepada Zainab.

Tika sampailah waktu dibebaskan suaminya
Namun perintah Allah memisahkan keduanya
Bahang panasnya gurun menusuk hingga ke sukma
Zainab mulakan hijrah yang ditangguh demi cinta
Tika perjalanannya unta dibunuh
Kau keguguran kandungan
Cinta ulung zainab

         Abul Ash menemui Zainab dan menyatakan terima kasih kerana pengorbanan yang dilakukan oleh Zainab, tetapi mereka terpaksa berpisah juga. Sebelum Abul Ash berlalu dari sisi Zainab, dia berkata, “Antara saya dan awak bukan lagi irama dan lagu yang boleh disatukan. Awak adalah insan yang telah disucikan dan jiwaku masih kotor. Oleh itu, kita tidak boleh bersama dan terimalah hakikat ini.” 

        Abul Ash terus berlalu dan mengharapkan pertemuan akan menjelang di gari esok dengan harapan yang lebih bermakna lagi. Zainab menerima ucapan itu dengan hati yang sabar. Dia sedar perpisahan itu menghiris hatinya tetapi kerana Islam, dia merelakannya. Namun dia selalu berdoa agar Abul Ash pulang ke pangkuannya sebagai seorang Islam. 

        Selepas enam tahun berlalu, tiba-tiba Abul Ash mengetuk pintu rumah Zainab. Zainab seolah-olah tidak percaya dengan kedatangan Abul Ash. Walaupun beliau ingin merapati Abul Ash, beliau memgingati dirinya tentang akidah sebagai orang Islam adalah menjadi keutamaannya. 

        Lalu Abul Ash berkata, “Kedatanganku bukanlah untuk menyerah tetapi saya dating untuk berdagang dengan membawa barang-barangku dan juga barang-barang orang Quraisy tetapi tiba-tiba saya bertemu dengan pasukan ayahmu yang dipimpin oleh Zaid bin Haritshah bersama 170 orang tentera. Mereka telah merampas barang-barang saya dan saya Berjaya melepaskan diri. Saya dating kepadamu secara sembunyi-sembunyi untuk meminta daripadamu.” 

         Zainab memohon ayahnya agar mengembalikan harta dan barang-barang Abul Ash yang dirampas. Maka, Rasulullah menuju tempat para sahabat yang sedang duduk-duduk dan beliau bersabda, “Sesungguhnya lelaki ini sudah kalian kenal. Kalian telah mengambih hartanya, maka jika kalian rela, kembalikanlah harta itu kepadanya dan saya menyukai hal itu, namun jika kalian menolaknya, maka itu adalah fa’i(rampasan) yang Allah kurniakan kepada kalian dan apa yang telah Allah berikan kepada kalian, maka kalian lebih berhak terhadapnya.” 

         Para sahabat menjawab dengan serentak, “Kami akan mengembalikan seluruh hartanya, ya Rasulullah.” Akhirnya mereka mengembalikanseluruh harta Abul Ash, seolah-olah dia tidak pernah kehilangan sama sekali. Selepas itu, Abul Ash pergi meninggalkan Zainab dan kembali semula ke Mekah dengan membawa sebuah tekad. Abul Ash memulangkan semua barangan milik orang Quraisy setibanya dia di kota Mekah. 

        “Wahai orang-orang Quraisy, masih adakah di antara kalian yang hartanya masih berada di tanganku dan belum diambil?” Mereka menjawab, “ Tiada, semoga Tuhan membalasmu dengan segala kebaikan.” Lalu di tempat itu jugalah Abul Ash berkata, “Aku, aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang benar melainkan Allah dan bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya. Doa yang selalu dipohon Zainab saban waktu, akhirnya dimakbulkan Allah s.w.t apabila suaminya itu dating kembali dan menyatakan keislamannya. Akhirnya, Rasulullah mengahwinkan mereka semula. Namun, selanh setahun Zainab lebih awal menyahut seruan Ilahi.

Zainab kau sungguh tabah depenuhi kesabaran
Tidak rasa keliru antara dua persimpangan
Antara dua kasih suami dan juga ayah
Juga antara cinta dan taat kepada Tuhan
Berjaya kau menempuhi segala rintangan
Demi cinta…

Credit to Dara.com


Hurm, penat taw menaip, ehehe.. kasihan?.. haa, klik sini dan sini jugak.. hehe, mekasih semua..
^^

You Might Also Like

0 Comment

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Informasi

Travel & Beauty Blog

Sponsored