Yayasan Sukarelawan Siswa

2:21 PM



21 MAC 2012

Yayasan Sukarelawan Siswa

Semangat kesukarelawanan adalah satu nilai universal yang perlu dipupuk di kalangan generasi muda Malaysia supaya mereka menjadi orang yang berani mneroka, mengembara, melakukan sesuatu yang di luar kelaziman. Bagi melahirkan pelajar yang berdaya saing serta holistic dalam persaingan global Kementerian Pengajian Tinggi menubuhkan YAYASAN SUKARELAWAN SISWA(YSS). Usaha ini juga mempunyai matlamat antara lain bagi menanam semangat kesukarelawanan dan kesedaran sivik di kalangan pelajar IPT.

Objektif penubuhan Yayasan YSS adalah seperti berikut:

1.Membantu masyarakat dunia yang memerlukan bantuan dan khidmat sukarelawan;
2.Mempromosi persefahaman masyarakat dunia tentang keamanan sejagat;
3.Merealisasikan semangat keprihatinan pelajar terhadap kesejahteraan 
masyarakat dunia;
4.Meletakkan pelajar Malaysia sebagai pemimpin sukarelawan di persada dunia;
5.Membina hubungan dan jaringan di peringkat antarabangsa;
6.Memperkenalkan Malaysia sebagai hab pendidikan yang melahirkan
 sukarelawan global; dan
7.Member kefahaman tentang sosiobudaya masyarakat Malaysia ke arah
 keamanan dunia.

Misi utama penubuhan Yayasan YSS adalah untuk mempromosikan keamanan dunia dan memupuk semangat setia kawan melalui perkhidmatan kominiti di dalam dan luar Negara. Penubuhan Yayasan YSS juga telah mengambil kira keperluan Key Results Area(KRA) Kementerian Pengajian Tinggi bagi melahirkan pelajar yang holistik. Penglibatan dalam bidang sukarela mampu melahirkan golongan pelajar yang progresif dan dinamik, menjadi idola kepada pelajar lain dan masyarakat seluruhnya, berkebolehan dan berkeupayaan tinggi dalam pengurusan kepelbagaian bidang serta berani mengambil risiko. Selain daripada itu, Yayasan Sukarelawan Siswa juga dapat merealisasikan hasrat mengantarabangsakan pelajar Malaysia ke luar Negara melalui pelbagai program kemanusiaan sejagat.  

Dewan Agong Tuanku Canselor, UITM,Shah Alam,

Okey dah.. huhu.. sape pergi angkat tangan.. lalalala..

You Might Also Like

0 Comment

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Informasi

Travel & Beauty Blog

Sponsored