Cinta Kerana Allah

9:38 AM


Assalamualaikum..With Bismillah...Read slowly... Cinta Kerana Allah.




"Mama, salahkah jika saya menyintainya?" saya terkedu apabila soalan itu keluar dari mulut mongel itu lalu singgah di telingaku beberapa tahun lalu. Ya. saya sedar puteriku sudah remaja, sudah mengenali alam percintaan. Namun apa boleh ku buat kini, dia telah jatuh cinta!

Apakah yang bakal ku bualkan kepadanya tentang cinta. saya mencongak kata-kata yang bakal kususun, agar dia tidak akan lari dari saya. Saya bertekad untuk menjadi ibu yang mendengar. Jika saya gagal. saya akan kehilanggannya buat selama-lamanya…

Apakah cinta itu sebenarnya? Bagaimana Islam memandang cinta? Bagaimana pula jika cinta telah menghampiri kita? Cinta atau mahabbah asalnya bermakna bening dan bersih. Boleh diertikan juga air yang melimpah ruah selepas hujan turun dengan lebatnya. Oleh itu disimpulkan al Mahabbah sebagai luapan hati dan gejolak rindu ketika dselubungi keinginan untuk bertemu dengan kekasih.

Cinta boleh membawa sengsara namun boleh juga membawa bahagia. Ianya bergantung kepada bagaimana kita mengurus cinta.
Islam memandang cinta terhadap berlainan jenis dalam 3 perspektif:

1. Mencintainya kerana Allah (mendekatkan diri pada Allah dan mentaatiNya).
Ini termasuk cinta yang bermanfaat. Contohnya: Cinta suami isteri yang bernikah untuk menjaga dirinya dari perkara maksiat dan juga bernikah kerana mengikuti sunnah Rasulullah menyambung generasi pejuang.

2. Cinta yang mendatangkan murka Allah. Lebih kita kenali sebagai cinta kerana nafsu berahi. Cinta inilah yang memalingkan diri kita dari Allah, membuat kita lupa akanNya dan mendorong untuk melanggar syariatNya.
Firman Allah: "Dan diantara manusia dan orang yang mengangkat sembahan selain Allah, mereka mencintai sebagaimana mencintai Allah. Adapun orang-orang beriman sangat cintanya pada Allah. Dan Allah tidak akan menunjuki orang-orang fasik." (Al Baqarah: Ayat 165)

3. Cinta yang mubah (harus), adalah cinta yang tidak ada unsur kesengajaan.
Misalnya tanpa sengaja kita (lelaki) melihat wanita atau kita (wanita) melihat lelaki kemudian jatuh cinta dan perkara ini tidak sampai kita membuat maksiat pada Allah. Kita merahsiakannya dan menahan diri kita untuk tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang.

Jadi bagaimana kita menanggapi dan mengurus perasaan cinta yang menghampiri kita? Mana mampu kita menolak datangnya cinta, kerana cinta itu datang tanpa diundang, umpama pencuri, cinta itu laksana panah asmara yang menikam mata dan menusuk ke hati. Memang perasaan cinta tidak boleh ditahan dan dibendung. Cuma kita hendaklah berlaku jujur dan menyalurkannya mengikut kehendak syariat.
Perasaan 'cinta suci remaja' memang biasa diucapkan, cuma dalam hal ini syaitan memainkan peranan dalam
menggelincirkan kita kepada kemungkaran dan larangan Allah.


Memang adab bercinta semuanya mendakwa cinta mereka ikhlas dan suci murni tetapi syaitan memainkan peranannya sehingga tidak kita sedari ia banyak melanggar larangan Allah. Ingatlah bahawa setiap haram itu adalah haram walau apa keadaan sekalipun, cuma kita yang kadang- kadang cuba 'menghalalkan'nya dengan kita membuat pelbagai alasan itu dan ini. Di sisi Allah ianya adalah satu dosa dan setiap dosa layaknya adalah neraka. Apakah kita lihat hadis Rasulullah ini dalam sunnah Ibni Majah: "Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah."

Apa?, Nikah?!! Tidak mungkin.......sekolah saja belum habis, bagaimana nak bernikah???

Marilah kita lihat apa yang dikatakan pencipta kita, Allah azza wajalla: "Janganlah kamu menghampiri zina....." Al Isra':Ayat 32

"Ah terlalu ekstrim, takkanlah jika kita bercinta boleh dianggap mendekati zina...." tapi bukankah kita  pernah mendengar sabda Rasulullah: "Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita...Tidaklah bersendirian diri dengan seorang wanita kecuali ketiganya Syaitan....."(hadis riwayat. Tabrani) "Kedua tangan juga dapat berzina dan zinanya adalah menyentuh dan kedua kaki juga berzina dan zinanya adalah
berjalan (menuju tempat maksiat) kedua tangan juga dapat berzina dan zinanya
adalah menyentuh dan kedua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju tempat maksiat) dan mulut juda berzina dan zinanya adalah ciuman" (hadis riwayat. Muslim dan Abu Daud)

Anakku, kamu adalah seorang remaja muslim yang baik tidak akan berdalih lagi untuk mengelak dari perkataan Allah dan RasulNya. Mampukah anakku tidak berdalih lagi? Umpamanya kerana kasihan, kerana ingin mengahwininya, kerana boleh menasihatinya, kerana sedang mencari-cari perlindungan dan rakan diskusi intelek, kerana sering menghadiri program mahasiswa bersama dalam satu kereta, kerana menemani  kakak yang sedang bercinta. Jadi mama, apakah penyelesaiannya? Bagi anakku yang sudah terjatuh cinta, rasakan cintamu dalam hati, berusahalah melupakannya buat sementara waktu dan sibukkan diri dengan sesuatu yang bermanfaat, Tahanlah dirimu dari hal- hal yang dilarang agama seperti mengelamun, berangan-angan dan membayangkan wajahnya yang tampan dan menggoda. Bersabarlah menghadapi ujian cinta ini.Jagalah batas-batas pergaulan. Peliharalah kehormatan diri. Jangan biarkan cinta yang mubah ini menjadi cinta yang salah. Berdoalah kepada Allah agar Dia pertemukan kamu jika dia paling sesuai untukmu,
agamamu, dan keluargamu. Apabila tiba masanya nanti, apalah jodohmu ada insya-Allah kamu akan
ditemukan dalam hubungan yang diredhai Allah.


Pun begitu perhatikanlah juga perkara2 di bawah agar hatimu tak mudah menjadi rawan:
- Tundukkan pandanganmu dari perkara2 yg bleh menaikkan nafsu.
- Janganlah merenung kaum b’lawan jenis (surah An- Nur:30-31)
- Hindari berduaan dan ikhtilat (campur gaul tanpa batasan).
- Janganlah berinteraksi dgn yg bukan mahram.
- Hindari menonton filem2 cinta yg mengasyikkan n filem seks yg m’ghairahkan nafsu.
- Hindari bacaan2/novel2 yg menghanyutkan hati kita lantas tergoda dgn perangkap cinta   palsu.
- Hindari lagu2 cinta krn bleh melemahkan hati dan memendekkan cita2.
- Sibukkan dgn mengaji dan berzikir. Bergaullah dgn kawan2 yg baik, krn kadang2 hati kita kalah kpd 'cinta'  ini krn kebodohan kita t’hadap ilmu agama dan lemahnya iman kita.


Apabila kita telah mempunyai "teman akrab", cukuplah kiranya kita fahami firman Allah; "Dan (ingatlah) hari (ketika itu) org yg zalim menggigit ke-dua tangannya seraya berkata: 'Aduhai, kiranya dulu saya mengambil jalan bersama-sama Rasul.
Kecelakaan besarlah bagiku. Kiranya saya (dulu) tak menjadikan si fulan itu teman akrabku (kekasihku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan saya dr Al- Quran ketika Al-Quran telah dtg kepadaku. N adalah syaitan itu tidak mahu menolong manusia." (Surah Al Furqan:Ayat 27-29).

Maka jgnlah kita menyesal di kemudian hari, kerana terlanjur mangambil seorang "teman akrab" yg kononnya menyintai kita. Puasalah untuk meredam perasaan nafsu n rindu dendam. Ingatlah firman Allah, "Adapun orang-orang yang takut kpd kebesaran tuhanNYA dan menahan diri dari keinginan nafsunya maka sesungguhnya syurgalah tempatnya." Surah An Naziat :Ayat 40- 41).

Bernikahlah sahaja jika sudah benar-benar mampu dari segi fizikal, kewangan, emosi dan intelekmu. Aduhai mama, Susahnya! Boleh jika kamu mahu, jangan bersedih. Syurga itu kan lebih indah. Dalam hadith, Rasulullah juga bersabda bahawa jika kita meninggalkan sesuatu yang disukai manusia, tapi dibenci oleh Allah maka Allah akan mencukupkan diri kita dari sesuatu yang kita perlukan.Alangkah baiknya
Allah, sanggupkah kita mengkhianatiNya? Bukankah Dia yang telah mencipta dan memelihara kita selama ini. Tidakkah Dia lebih baik dan sesuai, maka pantas untuk dicintai? Rasulullah bersabda: "Tidak sempurna iman seorang hamba hingga ia lebih mencintai Allah daripada mencintai anaknya, orang tuanya dan semua manusia."

Siapakah yg dpt menolong kita di akhirat nanti? Kekasih2 kita kah? Tentu lah tak. Oleh itu tetaplah tersenyum n berlapang dada dalam menghadapi cinta ini. Insya-Allah, Allah akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik, kekasih yg suci n soleh/solehah di dunia ini n syurga di akhirat nanti.

InsyaALLAH..Amin.

You Might Also Like

0 Comment

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Heart 1

Travel & Beauty Blog

Sponsored