Broga Hill : Here We Smile : 17/1/2013

11:21 PM

Broga Hill : Here We Smile

Assalamualaikum followers, readers, bloggers, viewers dan semua-semua. Hari ni shad nak story-mory sikit dengan u all semua. Bersempena dengan 'bebasnya umpama burung beterbangan di udara', cliche la pulak.. Actually bebas ataupun merdeka dari final exam yang agak nak putus fius + muntah hijau + study sampai lebam. shad dengan member-member twitter shad buat keputusan nak pergi hiking dekat Broga Hill.


Ye lah, bila lagi kan nak keluar sama. Time macam ni lah. Sebelum balik kampung halaman masing-masing sempena cuti semester. Tak kisahlah kalau korang nak cakap shad over ka apa, sebab nak cerita pasal Broga Hill ni, padahal orang lain dah sampai Gunung Kinabalu bagai. Hihi. Ahaaa, nak story jugak kat sini. Ya, mengikut daripada maklumat Uncle Google, Broga Hill terletak di Semenyeh. First time dengar pasal Broga Hill ni macam tak de lah excited sangat dan tertanya-tanya jugak, ada apa sangat dengan bukit-bukit ni?.Then here come word of mouth that make that place seems like, waaaa.. mesmerizing + awesome ++. Shad pergi sana dengan 12 orang lagi member twitter merangkap kawan baik + kawan uni, A'isyah, Eqin, Ika, Yaya, Kak Ammanina, Raja, Kiela, Nisah, Bro, Syabil, Zul, and Hadzrami..




Shad dengan kawan-kawan bertolak dari hostel seawal jam 5.00 pagi untuk sampai ke sana. Member shad, Ika yang drive. Huh, pepagi buta time-orang-tidur tu jugak la nak membelah jalan raya semata-mata nak menikmati keindahan ciptaan Tuhan dari puncak Broga Hill. Nak tengok matahari terbit. Nak menghayati keindahan alam, mentadabbur Illahi. So, perjalanan dari hostel shad (Nilai) ke Broga Hill mengambil masa dalam satu jam plus minus dengan sesat jalan lagi jadilah sejam 30 minit. hehe. Jadi, sampai dekat sana dalam pukul 6.30 pagi.. Shad dengan kawan-kawan terus ja tunaikan solat subuh dulu. Yes, betul. shad dah terlepas detik-detik matahari terbit. Tapi still nampak lagi chaya matahari terbit di awal pagi.




Nak cerita pengalaman tue, memang tak boleh nak describe macam mana. Teruja sangat-sangat bila dah sampai ke puncak Broga Hill. Ye lah, berjaga dari pukul 4 pagi lagi, lepas tue, dengan hiking lagi, boleh dikatakan mencabar jugak sebabnya shad dah lama tinggal hiking ni. Last shad naik, Gunung Arong dekat Johor akhir tahun 2011. Situ memang super mencabar. Nama pun gunung kan. Kalau Broga Hill ni, bagi shad memang sesuai la untuk beginner yang baru mula nak berjinak dengan aktiviti yang mencabar stamina ni. Tapi, sesuai ja untuk sapa-sapa yang memang cintakan keindahan lazuardi langit dan pokok yang menhijau. 

Eh, dekat Broga Hill ni, ada lalang je shad rasa. Hutan hujannya di awal pendakian saja. But, still,bila dah sampai ke puncak Broga Hill tue, Subhanallah, betapa indahnya ciptaan Tuhan. Betapa birunya warna lazuardi langit. Betapa cantiknya pemandangan dekat Broga Hill ni even hanya ada lalang-lalang dan batu-batu saja. Betapa bahagianya perasaan waktu tu, bila angin bertiup-tiup menampar wajah ni. Allahuakbar. Kembang rasa jiwa ni sebab terlalu happy.


Dah puas menjelajah dan menikmati keindahan di atas puncak (3 jam kot kat atas tu), shad dengan tiga orang member lagi buat keputusan untuk turun, dah panas dah waktu tu. Member-member yang lain buat keputusan nak stay lebih masa atas bukit berlalang tu.Nak naik puncak tertinggi katanya. Hehe. So, kitorang pun menyusur la balik empat orang. Tengah-tengah kusyuk turun bukit tu, tiba-tiba "aaaaaaaa..." Apa lagi, shad la orang yang menjerit tu. Hampir-hampir nak tergelincir kot. Ye lah, bukit tu curam sangat. Habis semua orang tengok, and pada masu tu, ada satu grup guys ni, tak tahu la jatuh dari langit mana diorang tu. Diorang dah sampai ke bawah dari tempat curam tu. Shad dengan kawan-kawan ada kat tengah-tengah tempat curam tu. Apa lagi, semua pandang la.. 


Dan, betapa tersentuhnya dan kembangnya hati ni bila diorang sangat-sangat concern. Diorang tunggu kat bawah tu sampai shad dengan menber2 turun and ada la sorang ni, nama dia Amir (itu apa yg member2 dia panggil dia la), he come to us and guide us untuk turun dari tempat curam tu.. "Ya, Kak cik, turun ikut lalauan ni, senang sikit.". Ahaaaaa.. so sweet, sebabnya diorang concern sangat. Betapa bahagianya alahai kalau la semua guys kat dunia ni macam tu. Ok, tutup cerita pasal tu. Tapi serius, so sweet. Bab nak tergelincir+ jatuh tu memang pengalaman lah. 


Dah penat + letih + berpeluh hiking, terasa nak sejukkan badan la pulak. Then, here come Air Terjun Sg. Tekala. Lunch dekat sana sambil mandi-manda bersuka-ria. Air terjun ni dekat la jugak dengan Broga Hill. Dah alang-alang berholiday, biar sampai puas hati kan?. Haaaaa.. segar pun badan. Dah siap-siap mandi + solat, shad dengan member bertolak balik ke Nilai. Sampai dekat hostel area 3.30pm. Alhamdulillah.. Kenangan terindah yang tercipta bersama teman-teman seperjuangan. Ukhuwah fillah abadan abada. Amin.. 

Here come our smile. Broga Hill in memory. 17/1/2013. May Allah bless. Big Thanks to all of you. I'm happy. Credit dekat cik enpunya DSLR, Miss n Mr yang tolong snap pic.

You Might Also Like

17 Comment

  1. kenangan y penuh suka dan duka dan x mungkin akn dlupakan...lps ni kita g tmpt lain pulak ye. hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaaaa.. yaya.. penuh suka dan duka.. femes yaya.. :)

      Delete
  2. memorable day :D thankz much allzzzzzz ~

    ReplyDelete
  3. owh..panjat bukit x ajak ea? hehe.peace..
    nantu follow la akak kt twitter ea,hehe...
    selamat bercuti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaaaaa.. akak sayang.. sory xajak.. though that u did'n finished ur xam.. hehe..

      Delete
  4. pernah dgr ,n tahu tmpt ni,tpi tak pernh jejak2 lagi..asyik postponer jer..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sya, awak orang nogori kan... hehehe.. nanti pergi yee..

      Delete
  5. teringin sangat nak mendaki kat sini ^_^

    ReplyDelete
  6. @Lieya Von Jay hehe.. ajak satu family lieya, mendaki kat bukit broga was oshem..

    ReplyDelete
  7. Broga dgn sungai tekala dekat tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat ja broga dgn tekala ni.. lepas hiking kat broga, balik terus singgah tekala, :D

      Delete
  8. best sgat...berharap dapat panjat bukit broga juga nnti..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, mmg besstt... amin, hopefully izzati sampai ke sana one fine day.. :D

      Delete
  9. Shad, broga hill memang best. Maz pernah sampai sana sekali. Bangun awal, lepas subuh terus gerak sebab nk sampai ke puncak sebelum sun rise. Siap bawak breakfast mcd makan kat situ. View subhanallah sangat cantik.
    Jom jemput ke blog saya:
    healthyglowing13.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, setujuu, sangat cantik view.. Subhanallah.. aah, ramai yang turun time pagi2 sebab nak tengok sun rise, mmg bawak bekal siap bekelah lagi atas bukit.. bukit dia lapang kan kak maz.. :D

      Delete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Heart 1

Travel & Beauty Blog

Sponsored