10 Tempat Menarik di Kuala Lumpur

1:58 PM


10 Tempat Menarik di Kuala Lumpur 

Assalamualaikum bloggers and readers semua. Dah lama rasanya tak update entry baru. Perasan tak. Perasan tak. Mesti lah tak. Kau bukan blogger terkenalpun Shad ooii.. haha. Abaikan. So, hari ni nak story sikit pasal tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur. Ni ikut opinion shad la dengan maklumat yang shad kutip dari MR.Internet, Uncle Google, dan Pak Cik Surat khabar. Ya lah kan, sapa tak kenal Kuala Lumpur, ibu kota Malaysia terchenta. So, kat KL ada apa aja kan? Nampak macam banyak bangunan je kan. Sorry org KL, no offense ok. Tak payah cakap banyak, jom kita review 10 Tempat Menarik di Kuala Lumpur. 

1.Menara Kuala Lumpur 



Menara Kuala Lumpur ni merupakan satu mercu tanda kebanggaan Negara. Dibuka secara rasmi pada tahun 1996, Menara Kuala Lumpur yang terletak di atas Bukit Nanas ini adalah merupakan menara telekominikasi keenam tertinggi di dunia dan yang tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian 421 meter. Walaupun Menara Kuala Lumpur ni terletak di tengah kesibukan ibu kota, ia menjanjikan anda dengan pemandangan yang mempesona dan persekitaran yang menyenangkan sebab Menara Kuala Lumpur ni dibina di dalam hutan simpan Bukit Nanas. Kat sana kita boleh berjalan merentas hutan Bukit Nanas ni lah. Boleh tengok tumbuhan dan seranggan bagai. Dan lagi, ofcoz lah kita boleh tengok pemandangan Kuala Lumpur yang pesat ni dari atas menara. Sambil-sambil tu boleh menjamu selera kat restoran berputar Menara Kuala Lumpur. 

2.Taman Burung 




Haaa, ini dia Taman Burung Kuala Lumpur, satu lagi tarikan dekat KL. Ia terletak di Taman Botani Kuala Lumpur. Kat taman burung ni, ada lebih daripada 3 ribu burung dan 200 daripadanya adalah burung tempatan. Punyalah besar taman burung ni dengan keluasan kira-kira 8.5 hektar, sekaligus menjadikannya taman burung tertutup terbesar di dunia sejak dibuka pada tahun 1991. Sebahagian dari kawasan ni ditutupi jaring bagi menjamin keselamatan 200 spesis burung yang menghuninya. Ya lah, karang terbang tak balik ke sangkar pulak burung ni ha. Taman burung ni terbahagi kepada empat zon. Zon satu dan dua adalah bahagian bebas terbang, di mana kita boleh tengok secara real lah burung2 ni terbang. Zon tiga pulak adalah Taman Enggang dan zon empat pula ada sangkar yang menempatkan spesis berkenaan. Kat Taman Burung ni, ada la aktiviti pertunjukan burung, bagi burung makan dan banyak lagi mengikut jadual. So, sapa-sapa yang teringin nak pergi tu, apa lagi start la enjin kereta sebab Taman Burung ni bukak setiap hari dari pukul 9 pagi sampai lah 6 petang. Bayaran masuk bagi dewasa RM25, kanak-kanak RM12. 

3.Aquaria KLCC 




Kalau tadi kita dah tengok burung beterbangan di awan biru, sekarang ni kita nak masuk ke alam lautan biru pulak. Tempat tinggal ikan-ikan. Kalau korang pergi Aquaria KLCC ni, umpanya macam kita berada di dalam lautan di tengah Bandar yang pesat membangun. Dengan kedalaman 90 meter, pusat akuarium canggih ini memaparkan pelbagai spesis hidupan di dasar lautan di seluruh dunia. Dah boleh jadi galeri rujukan spesis ikan dah ni ha. Kat sini, kita boleh tengok hidupan laut secara real, boleh menghayati dan mengenali spesis ikan dengan lebih dekat. Selain tu, kita juga berpeluang untuk melihat aksi ikan jerung dari benua Afrika Selatan time kita lalu dekat terowong akuarium gergasi di laluan bergerak dan spesis hidupan lautan lain termasuk pari. Selain terowong akuarium gergasi tu, ada banyak lagi la akuarium pelbagai saiz yang ,menempatkan lebih 3 ribu ikan. Sudut gedung ilmu berteknologi elektronik pula merangkan maklumat setiap spesis hidupan. Ruang pameran ni tambah menyerlah dengan teknik pencahayaan dan dekorasi yang awesome. Rugi sapa tak pergi ni. Aquaria KLCC dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat, dari jam 11 pagi hingga 10 malam. Hari Sabtu, Ahad, cuti umum dan cuti sekolah pula, aquaria KLCC beroperasi dari jam 10.30 pagi hingga 8 malam dan kemasukan terakhir untuk Akuaria ditutup pada 7 malam. Bayaran untuk dewasa RM35 (mykad)/ RM45 (pelancong asing), kanak-kanak RM25/ RM35 dan warga emas RM25. 

4.Muzium Kesenian Islam 




Muzium Kesenian Islam Kuala Lumpur (IAMM) adalah muzium seni Islam yang terbesar di Asia Tenggara. Terletak di Taman Tasik Perdana dan bersebelahan dengan Masjid Negara, muzium yang terserlah keindahannya ini mempunyai lebih daripada 7 ribu artifak. Ia juga mempunyai sebuah perpustakaan yang memuatkan buku berkenaan kesenian Islam dari seluruh dunia. Yang menariknya dekat sini, kita berpeluang melihat sendiri hasil seni orang Islam dari sebelah Timur seperti India, China, dan Negara Asia Tenggara, berbanding muzium Islam luar Negara yang banyak menumpukan seni Islam dari Parsi atau Timur Tengah. Antara artifak yang dipamerkan termasuklah model masjid di seluruh dunia seperti Masjidil Haram di Makkah dan kitab suci al-quran sebesar saiz ibu jari. IAMM dibuka pada Selasa hingga Ahad termasuk cuti umum, bermula jam 10 pagi hingga 6 petang, manakala pada hari Isnin ditutup. Bayaran masuk ke IAMM ialah RM12 untuk dewasa, pelajar dan warga emas 55 tahun ke atas RM6, manakala kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah adalah percuma. 

5.Taman Rama-rama 






Taman Rama-Rama Kuala Lumpur ni boleh dikira syurga yang dipenuhi dengan rahsia rama-rama yang cukup unik, awesome dan mengujakan. Taman rama-rama ni adalah yang terbesar di dunia dengan keluasan lebih 80,000 kaki persegi. Landskapnya yang memang awesome dihuni lebih 5000 rama-rama, tumbuhan eksotik, paku-pakis dan tumbuhan yang menjadi rumah kepada sepsis serangga yang cantik ini. Yang paling menariknya dan mengujakan dekat sini, kita boleh tengok beluncas pelbagai bentuk dan saiz dan warna and kita jugak berpeluang melihat bagaimana rama-rama melakukan proses pembiakan dan rama-rama betina bertelur adalah merupakan pembelajaran yang cukup bermakna and memorable lah. Tarikan lain di sini termasuklah kolam ikan koi jepun, penyu air tawar, serangga hidup dan muzium yang menempatkan pelbagai koleksi rama-rama dan serangga seluruh dunia. Sangat-sangat menarik kan. 

6.Menara Berkembar Petronas 



Tadaaaaa, Menara Berkembar Petronas ni memanglah teramat awesome. Sapa tak kenal kan, bangunan berkembar tertinggi di dunia kot. Saya bangga menjadi anak Malaysia. Tiba-tiba. Abaikan. Menara Berkembar Petronas ini adalah pusat tumpuan sehenti penduduk kota dan juga pelancong dengan adanya pelbagai tarikan dengan ketinggian 88 tingkat. Apa yang menariknya dekat situ termasuklah Suria KLCC iaitu pusat membeli-belah yang mempunyai lebih kurang 270 buah kedai. Taman KLCC adalah taman yang dilengkapi kawasan pemainan kanak-kanak, air pancut, kolam randuk dan trek yang pastinya membuatkan anak-anak / adik-adik anda seronok main kat situ. Terdapat juga pusat pameran dan pembelajaran iaitu Petrosains dan Dewan Filharmonik Petronas dengan pelbagai persembahan klasik dan jazz bertaraf dunia. Kalau readers semua nak kan kelainan sikit,boleh melawat Jambatan SkyBridge yang memberikan anda peluang melihat pemandangan Kuala Lumpur di jambatan yang menghubungkan bangunan berkembar tertinggi di dunia itu. Tapi itu lah, tiket yang dikelurkan setiap hari adalah terhad dan perlu berbaris nak dapatkannya. Berbaris lama pun tak apa kan, janji dapat merasai kenikmatan berada di atas awan sambil tengok pemandangan KL. Sekali-tak-sekala, apa salahnya. Hehe 

7.Planetarium Negara 



Penerokaan di dasar lautan dah sudah, berada di awan biru pun sudah,sekarang ni kita nak meneroka Universe pulak. Here we go, Planetarium Negara. Planetarium dibuka secara rasmi pada 7 Februari 1994 dengan matlamat penubuhannya adalah untuk mendidik masyarakat mengenai angkasa dan system solar kita, selain mempamerkan kelengkapan serta peralatan kaji bintang(astronomi). Reka bentuk bangunan Planetarium dengan seni bina Islam dan astronomi membuatkan ia menyerupai masjid tetapi digabungkan dengan wajah futuristik. Selain meneroka angkasa lepas di Galeri Pameran Penerokaan Angkasa, pengunjung boleh melihat teleskop di Balai Cerap Planetarium Negara, beriadah di kawasan rekriasi bertemakan angkasa dan taman replika Balai Cerap Purba. Di sini anda dapat melihat sendiri pelbagai pertunjukan dan tayangan antaranya Fly to the Moon, Solar Storm, Dawn of the Space Age dan Passport to the Universe. Planetarium Negara juga merupakan lokasi yang terkenal untuk melihat kejadian gerhana matahari atau bulan, melihat bujur bintang dan banyak lagi yang pastinya sangat mengujakan.(baku kan ayat ni, sebab copy paste dari Pak Cik Metro).Haha. Jom jalan-jalan ke Planetarium Negara yang beroperasi pada setiap hari dari Selasa hingga Ahad termasuk pada cuti umum dari jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang. Jangan pergi hari Isnin pulak, sebab Planetarium tutup. Hehe. 

8.KL City Gallery 






Galeri Bandar raya Kuala Lumpur lah kan kalau nak terjemahnya. Huhu. KL City Gallery ni terletak bersebelahan aja dengan Padang Dataran Merdeka. KL City Gallery membawa anda kembali ke masa dahulu, kini dan masa depan Bandar raya Kuala Lumpur. So, kat sini kita boleh tau tentang sejarah Kuala Lumpur sejak ia mula dibuka hingga kini, boleh tengok pembangunan yang bakal dilaksanakan dan seterusnya Kuala Lumpur in future. Cewaah. Yang istimewanya di sini, pengunjung ada chance nak tengok bagaimana cenderamata yang diperbuat daripada kayu dihasilkan. Bengkel untuk menghasilkan cenderamata juga ada disediakan kepada pengunjung. Jangan malu, jangan segan untuk menjejakkan kaki ke sana sebab masuk adalah percuma. Ia dibuka setiap hari dari jam 8.30 pagi hinggan 6.30 petang. 

9.Taman Botani Kuala Lumpur 




Taman Botani atau lebih dikenali sebagai Taman Tasik Perdana (Lake Garden) adalah antara taman dalam Bandar yang cukup popular di Malaysia. Berkeluasan 101.12 hektar, taman ini dikelilingi pelbagai tempat menarik seperti Memorial Tun Razak, Planetarium Negara, Muzium Negara, Taman Rama-Rama, Tugu Negara dan Carcosa Seri Negara. Taman berusia 122 tahun itu melalui beberapa proses penambahbaikan dan kini ia dipenuhi dengan pelbagai spesis bunga-bungaan, orkid, rama-rama selain mengekalkan karakter taman sedia ada. 


10.Istana Negara, Jalan Duta 



Istana Negara, Jalan Duta yang mula beroperasi secara rasminya pada 11 November 2011 adalah satu lagi tarikan pelancongan popular tidak kira pelancong dari dalam ataupun luar Negara. Istana Negara yang baru ini dibina untuk menggantikan Istana Negara yang sudah digunakan sejak 1957. Ia diserahkan kepada pentadbiran Istana Negara pada 18 Oktober 2011 dan beroperasi sepenuhnya pada 11 November 2011. Binaannya merangkumi tiga komponen utama iaitu Komponen Rasmi, Komponen Diraja dan Komponen Pentadbiran. 


Dah selesai menaip pasal 10 Tempat Menarik di Kuala Lumpur. Menarikkan. Kan? Kan? Hehe. Jadi, kepada semua, kalau ada masa tu, boleh la kita pergi jalan-jalan pusing satu Kuala Lumpur sama-sama. Even Shad yang menaip entry ni pun, baru ja jejak beberapa tempat yang disenaraikan di atas. Ada masa nak pergi dengan my kawan2 satu Uni. Kuala Lumpur memang awesome. Tengah-tengah Bandar pun ada lautan, ada taman bagai. Daebak!! So, Shad nak mintak maaf kalau ada info Shad kat atas ni yang tersilap ka apa ka. Buah cempedak di luar pagar, pisang emas dibawa belayar, saya budak baru belajar, salah silap tolong ajarkan. Chek bukan orang Kuala Lumpur nak habaq mai kat hangpa semua. Hehe.

CREDIT TO : Akhbar Metro for the Info | Google for the picture | Internet for additional info.

You Might Also Like

38 Comment

  1. byk jgak tempat2 menarik kt KL ni kan...hee

    ReplyDelete
  2. kila dah berpuluh tahun duduk kl nie pon tak sampai semua tempat lagi. asyik nak bejalan ke negeri orang je.... hehe kl takde laut :p

    ReplyDelete
  3. suka tengok rama2 dgn ikan koi renang2..kat KL pon banyak tempat menarik..tp ada jugak yg seribupilihan tak pernah sampai..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan MBAH KABOIRENG dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi MBAH KABOIRENG dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan MBAH KABOIRENG meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan MBAH KABOIRENG kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik MBAH KABOIRENG sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja MBAH KABOIRENG DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI















      Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan MBAH KABOIRENG dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi MBAH KABOIRENG dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan MBAH KABOIRENG meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan MBAH KABOIRENG kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik MBAH KABOIRENG sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja MBAH KABOIRENG DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI

      Delete
  4. Jom! Jemput join segmen pertama saya http://nasuhanass.blogspot.com/2013/02/segmen-saya-suka-makan.html

    ReplyDelete
  5. dah lama tak jalan2 kat kl...hehe

    ReplyDelete
  6. kalau bawak bini dan anak2 jalan kat lokasi ni best jugak

    ReplyDelete
  7. Nak pergi aquaria tu.. tapi tak sempat-sempat lagi.. tengok pon macam seronok je tu.

    ReplyDelete
  8. kalau bawa anak-anak sy ke aquria tu kompem la tak pulang nak tengok ikan2 tu..menarik..

    ReplyDelete
  9. byk tempat menarik kat kl ni. ade jugak dlm senarai ni sis tak pernah pi. teringin pulak nak pi taman rama2 tu

    ReplyDelete
  10. @Kila Lala kl tak de laut, betul jugak tu.. hehe

    ReplyDelete
  11. shad pun banyak tempat yang tak pergi lagi.. hehe. klcc saja pernah tinggalkan jejak. hehe. jom esok keluar jalan2. holiday.

    ReplyDelete
  12. sya jarang trn kl..huhu cz sesak..he

    ReplyDelete
  13. Secara jujurnya, semua tempat yang tertera diatas iha tak pernah pergi lagi.. :D

    ReplyDelete
  14. @Sya Chot ..sya, kalau naik kereta mmg sesak.. shad pegi dgn member naik ktm+monorel sja..

    ReplyDelete
  15. @Iha Zalizakak shad pun bru jejak klcc saja. lain xpenah. :)

    ReplyDelete
  16. memang menarik (: .tapi ada jugak tempat yang tak pergi lagi..walau dekat tapi cam malas nak pg.heee

    ReplyDelete
  17. Baru je pg tmn burung ..jmput follow :-)

    ReplyDelete
  18. @QA's ~ mamapapa wah bestnya... berkenalan dengan burung2 tak? hehe

    ReplyDelete
  19. salam perkenalan....
    http://ceritamayapersada.blogspot.com

    dah lama tak round di KL....

    ReplyDelete
  20. walopon dah lame berhijrah kat kl..tapi kebanyakm tempat tak pernah g lagi...lalu dah banyak kali..hehehe

    ReplyDelete
  21. menarik . tapi byk tempat yang saya belum pergi lagi . hihi :)

    ReplyDelete
  22. Mmg pun... Nk g cam mana. Asyik keje,keje,keje.

    ReplyDelete
  23. Serius, saya cuma pernah pergi tempat 1 & 6. Huhu

    ReplyDelete
  24. @pengkaji sejarah aaaa... maksudnya banyak kan tempat menarik di kl.. hehe

    ReplyDelete
  25. Hurmm..byk lagi tempat yg tak pegi nehh...maybe one day...spend time kat kl utk jalan2...tq sharing

    ReplyDelete
  26. wah menarik! boleh jadi rujukan ni.

    ReplyDelete
  27. MAAF, PASAL TAMAN BOTANI KUALA LUMPUR TU, U PASTE KAN MAP TAMAN BOTANI PUTRAJAYA..SALAH INFO NI..

    ReplyDelete
  28. Tak sempat lg nak jln2ke aquaria KlCC. Teringin nk g sana.

    ReplyDelete
  29. Pengsan jln2 naik kete area KL..sy prnh pusinf 4 jam nk cr jln Pahang ko!baik guna pengngkutan awam je hihihihi..btw...thnx for ur info

    ReplyDelete
  30. Bape rggt msk aqua klcc ek?

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Informasi

Travel & Beauty Blog

Sponsored