Coklat makanan yang berkhasiat

3:52 PM

 
Coklat makanan yang berkhasiat 


Coklat adalah antara makanan atau manisan yang menjadi kegemaran ramai orang. Kemanisan dan lemak yang terdapat pada rasa sesuatu coklat itu mampu membuatkan seseorang khayal menikmatinya. Coklat juga diyakini mempunyai kaitan dengan kesihatan dan emosi apabila mengambilnya. Ada juga yang menyatakan bahawa coklat mampu mengurangkan kemarahan dan menjadi peneman untuk mereka yang dalam kesedihan. Jadi, coklat mempunyai banyak manfaat dan kelebihannya berbanding daripada mitos yang sering dikatakan bahawa coklat boleh membuatkan seseorang menjadi gemuk!

Coklat dicipta dan dihasilkan daripada koko (Theobroma cacao) yang mulanya tumbuh di daerah Amazon Utara dan Amerika Tengah. Pada awalnya, coklat digunakan untuk dijadikan minuman bagi menggantikan gula. Orang Meso-Amerika pada waktu dahulu kebiasaannya meminum dan memakan bubur yang mempunyai coklat dan mereka mengambil inisiatif mencipta coklat beraskan koko. Namun, ekoran rasa koko yang pahit, mereka memegang dan menghancurkan koko tersebut untuk menghasilkan serbuk coklat. Kemudian coklat dicairkan dalam bentuk cairan buih yang ditaburkan lada merah, vanilla dan rempah-rempah lain.

KOKO BANYAK KHASIAT

Lemak koko ialah lemak semulajadi yang terkandung di dalam biji koko. Lemak koko kaya dengan asid sterik iaitu asid lemak tepu. Walaupun umumnya asid lemak tepu boleh mininggikan paras kolesterol tetapi asid sterik tadi yang terdapat di dalam lemak koko ialah sejenis asid lemak tepu yang unik. Kajian yang dijalankan telah membuktikan bahawa asi sterik tidak member kesan ke atas paras kolesterol di dalam darah. Pada masa yang sama lemak koko juga mengandungi 38.2 peratus asid oleic iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol di dalam darah.

Serbuk koko juga dihasilkan daripada lemak koko yang mengandungi berbagai-bagai zat yang diperlukan oleh tubuh manusia. Zat-zat ini termasuklah lemak, protien, karbohidrat, Vitamin A, B, D dan E. coklat mengandungi tiga bahan utama yang berasaskan koko iaitu likur dan lemak koko, gula dan juga susu. Oleh itu, coklat bukan sahja bahan makanan yang lazat tetapi juga kaya dengan zat-zat makanan yang diperlukan.

Coklat kaya dengan sumber tenaga yang diperoleh daripada barangan berasaskan koko, susu dan gula. Sumber tenaga yang tinggi dalam coklat adalah erasaskan kepada kandungan lemak, karbohidrat dan protein. Disamping itu, coklat juga mengandungi asid amino yang lengkap bagi pemeliharaan protein tubuh manusia, kaya dengan Vitamin A dan D, serta sumber Vitamin B seperti Tiamina, Reboflavin dan Niasin.

JENIS-JENIS COKLAT

1. Coklat Susu

Jika dibandingkan dengan jenis-jenis coklat lain, coklat susu mempunyai nilai pemakanan yang lebih tinggi. Coklat susus mempunyai kandungan tenaga, protein, kalsium dan Vitamin A dan B yang lebih tinggi. Kandungan protein, kalsium dan Vitamin sebahagian besarnya disumbangkan oleh susu iaitu salah satu bahan utama dalam coklat susu. Coklat susu seberat 100 gram boleh menyumbangkan 18 peratus daripada tenaga, 11 peratus daripada protein, 8 peratus daripada zat besi, 47 peratus daripada kalsium, 19 peratus daripada Reboflavin dan 11 peratus daripada Vitamin A yang diperlukan oleh badan dalam sehari.

2. Coklat Putih

Coklat putih mempunyai kandungan tenaga yang tinggi. Coklat putih seberat 100 gram boleh menyumbang 18 peratus daripada tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari. Disamping itu, coklat putih juga mengandungi kalsium dan Vitamin yang tinggi. Walaubagaimanapun, berbanding dengan coklat susu, kandungan protein dalam coklat putih lebih rendah kerana coklat putih tidak mengandungi likur koko dan serbuk koko.

3. Coklat Kosong

Coklat kosong mengandungi kandungan lemak dan zatbesi yang tinggi. Zat besi yang terkandung dalam 100 gram coklat kosong boleh menyumbang 23 peratus daripada zat besi yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari. Walaubagaimanapun kandungan zat-zat lain didapati lebih rendah berbanding jenis-jenis coklat yang lain disebabkan coklat kosong tidak mempunyai campuran susu.


hebat tak shad buat karangan.. hihi

You Might Also Like

2 Comment

  1. memang saya suka makan coklat pon..tu favourite..teringat dlm lab masa buat ubat guna theobroma cocoa..nasib baik tak makan...hehe..:-)

    ReplyDelete
  2. saya suka makan coklat kosong :)

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Informasi

Travel & Beauty Blog

Sponsored