Menghadapi Sebarang Kemungkinan Daripada Keputusan Peperiksaan.

11:29 AM


Menghadapi Sebarang Kemungkinan Daripada Keputusan Peperiksaan. 


Ahaaa.. sapa-sapa yang berasa diri dia tu tengah tunggu result exam, tak kiralah adik2/ kakak2/ abang2 yang ambik (akan ambik) UPSR, SPM, STAM, STPM takpun kawan2 yang dekat Universiti/ Matrik/ Maktab/ Kolej semua-semualah yang tengah tunggu result exam mesti review coretan shad yang tak seberapa ni. Mesti ada yang tak senang duduk duk fikir result apa yang dapat kan? Dan ofcoz, ada jugak yang relax-santai-goyang kaki-tak rasa stress!! (Macam shad, haha). Tak kisahlah apa yang korang rasa, yang pasti banyak kemungkinan yang akan berlaku. So, macam mana kita nak bear situation tu especially kalau ia tak seperti apa yang kita harapkan? Jom review kalau u all + (shad) dapat, 

Keputusan Cemerlang 

Senyum. Tahniah. Ahaaaaa, memanglah keputusan yang macam inilah yang semua harapkan tak kiralah kat planet mana pun korang sekarang ni. So, kalau memang result yang macam ni lah yang korang genggam, benda pertama yang korang kena buat tak lain dan tak bukan, bersyukur, Alhamdulillah dan jangan lupa ucap terima kasih dekat cikgu/ lecturer/ mak ayah/ kawan2 yang sangat2 helpful. Tapi, be aware, jangan lupa diri dan sombong dengan kejayaan yang korang dapat sebab kejayaan ni tak semestinya ada ja dengan kita, maybe akan ada kegagalannya satu masa nanti. So, sikap berwaspada dan berusaha tu jangan tinggalkan. Jadikan dia kawan. Kawan selamanya kalau nak kejayaan pun kawan ja dengan kita forever. 

Keputusan Kurang Memuaskan 

Maybe saat ni, ada yang frust menonggeng dengan result yang korang dapat. Angan-angan yang selama ni tersimpan dalam hati hampir tak kesampaian, punah dan mula menjauh. Tak apalah, walaupun result tu kurang memuaskan, korang masih mampu senyum kan? Kan?, tapi dalam hati sapa tau kan, kecewa. As long as kawan2/ family/ cikgu2 bagi kata-kata yang nak menyedapkan hati kita, taka pa kot. Kena terima dengan hati yang terbuka. Korang bukan gagal, cuma result tu je yang tak seperti yang korang impikan. Tapi at least result yang korang dapat tu dapat balas dengan usaha-penat-lelah duk belajar-berchenta dengan buku, buat assignment bagai. So, korang + shad kena belajar bersyukur dan terima sesuatu ketentuan dengan perasaan reda. Tapi “aku dah usaha tahap giga-keluar muntah hijau-gugur rambut dah, kenapa result aku tak cemerlang jugak? Kenapa?”. Opps, jangan cakap macam ni. No no no, sebab tak semestinya yang kita usaha tahap petala kelapan tu dibalas spontan saat tu jugak tapi akan menyusul kemudian hari. Mana tau dengan kejayaan yang lebih besar plus kebahagiaan yang besar. Be happy ok. 

Keputusan Gagal 

Dengar ja perkataan gagal yang tak berapa nak keramat tu, dah boleh buat setiap hati kecewa. Rasa macam ada satu tiang kat dalam hati bergegar pastu tumbang menyembah bumi. Macam kena gelek dengan lori balak. Of coz lah tak da sapa kat dunia ni nak hadapi kegagalan apatah lagi kegagalan tu adalah satu bayaran untuk segala usaha selama ni. Tanya lagi. Seharusnya lah air mata tak mampu nak bertahan-nak bertakung ja kat kelopak mata. Tapi, kalau benda ni happen dekat korang, let the tears out. For the sake of your heart. Biar ja air mata tu keluar untuk masa yang perlu. Let the tears out untuk ubat kelukaan. Jangan tinggal sikit pun berbaki supaya ia takkan jenguk kembali in the future. Lepas dah lega, kembali berdiri dan menapak mencari kejayaan. “Bangit bila ditolak jatuh bangkitlah semula.” Cheer up. Jadikan kegagalan ni sebagai pengalaman kepada permulaan kehidupan korang. Tak semestinya kegagalan awal ni pemusnah kepada masa depan tapi anggap ja kegagalan ni permulaan kepada diary hidup korang. Biar ia mula dengan kepahitan macam hempedu sebab dekat hujung jalan sana, akan berakhir dengan kebahagiaan itupun kalau korang tak putus asa. Sikap putus asa bukan pengubat luka dan ofcoz bukan jugak jalan menuju kejayaan. Jadikan ia sandaran and make sure korang atur langkah korang semula dan tinggalkan sahaja kesedihan tu. Ya, cakap memang lah senang kan, tapi nak buat tu yang susah. Ya Allah, beri daku dan teman2 seperjuangan ku ni kekuatan. Amin. Dapatkan semangat daripada parents, kawan2 dan cikgu/ lecturer sebab diorang sayang korang dan tak mungkin akan biarkan korang keseorangan-sendirian meratapi kekecewaan. Allah tak beri kita kejayaan bukan sebab Dia membenci, tapi dalam satu hal, Dia ingin kita mengerti. 



Okey, done tips for today. Done nagging. Nantikan tips “Apakah yang perlu korang buat kalau gagal?” dan jugak keputusan pemenang “Awesome Photo Contest by Shadhira” dalam masa terdekat. Sejuta kemaafan shad pohon sebab, dua-tiga minggu ni shad bz sikit +(masih dalam mood sedih) dan tak sempat on9 sebab menerima 2 berita kematian saudara dekat shad. AL-Fatihah.

You Might Also Like

5 Comment

  1. Gagal skali bkn brerti gagal slmeny aslkn kita ad usaha dan rajin:-)

    ReplyDelete
  2. betul sangat laa tu..tapi kalaw sys kan,sys dah usaha sehabis baik,sys akan serahkan kepada Allah..SYS TAHU DAN YAKIN.." APA YANG KITA USAHAKAN,ITU LAH YANG AKAN KITA DAPAT" Allah tu adil,dia akan bantu hamba dia..:) Insya Allah..:) pape pun,kita kena selalu berusaha..:)

    ReplyDelete
  3. apabila gagalnya kita, tabah dan mula bangkit! jangan kita pikir gagal sekali beerti gagal selamanya

    ReplyDelete
  4. result saya selalu kurang memuaskan :)

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Heart 1

Travel & Beauty Blog

Sponsored