Reminder! For Me and Friends out there

6:54 PM


Reminder! For Me Myself and Friends out there



Pernah seketika dulu saya rasa saya x berguna...
Masa dalam kelas kawan2 semua x suka...
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk...
Ada pula kata saya kuat emo...
Sikit2 nak marah...
Padahal sebenarnya saya nak tegur mereka buat bising masa belajar...


Lepas tu saya cuba buat lawak kononnya nak tarik perhatian orang lain..
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar2 perempuan...
Budak2 lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)
tapi saya x kisah...
asalkan ada yang terhibur..tapi saya tetap merasakan kekosongan...
Memang lumrah manusia...
Seorang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa...
Saya tengok kawan2 dah ada yang 'couple'...
Di dorm sms awek sampai pagi...
Ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit...


Saya mula berfikir...
"adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu...
saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple...
Dan masa itulah saya kenal awak...
saya rasa saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya...


Mula2 awak jual mahal...
Tapi saya x kisah...nak beli gak...
akhirnya, dipendekkan cerita...
saya pun mulalah BERCINTA...



Masa bercinta, memang saya sangat2 bersemangat...
Apa orang kata...'ALL OUT'lah...haha...
Saya selalu call awak, awak pun selalu call saya...
'gayut' malam2...kadang2 saya pun habis RM10 satu malam...
Tetapi segala PENGORBANAN yang dilakukan masa ber'couple tu...
Tidak terasa pun kehilangannya...


Masa bercinta memang indah...
Semuanya indah...
Sikit2 gurau-gurau...
Sikit2 gelak-gelak...
Kalau merajuk men pujuk2...
Kalau 'birthday' kita sambut sama2...


Untuk diri ini, terasa amat bahagia...
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai...
Saya pernah terfikir...
Biarlah kawan2 saya tu pandang saya semacam...
kata saya macam2...
Asalkan awak memahami saya...


Satu hari, saya dengar ceramah...
Alhamdulillah...
Dalam ceramah tu saya sedar saya banyak buat dosa
dan saya kena berubah...
Hidup saya mesti selari dengan Islam...
Saya kena jadi baik...
Sebab memang itu fitrah manusia...menginginkan kebaikan...
semua orang nak masuk syurga kan?


Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid...
Rapatkan diri dengan Al-Quran...
Selalu solat jemaah awal waktu...
Selalu dengar tazkirah...


Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran...
Saya beli 2, satu untuk saya, satu untuk awak...
Saya x nak jadi baik seorang diri...
jadi saya ajak awak sekali...
Saya ajak awak baca Al-Quran...
saya kejut awak bangun subuh...(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah...



Mula2 awak terkejut dengan perubahan saya...
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak berhenti 'couple'.
Saya kata, kita bukan buat benda yang salah...
bercinta kerana Allah...
Kita 'couple' x macam orang lain...
Orang lain 'couple' jiwang2 je...
ada yang siap wat maksiat lagi...
pegang2 tangan dan macam2 lagi...
Tapi kita 'couple' baik2...
Jaga batas2 syarak...
x guna ayat jiwang2
janji x nak jumpa, takut berlaku maksiat...
cuma sms dan call je...


Dan awak terima perubahan saya itu...
Saya pun banyak nasihat awak...
Awak pun terima...
Walaupun kadang2 awak merajuk sebab teguran saya tu...
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa...
Dan akhirnya saya rasa...
Hubungan kita semakin diredhai...
Saya selalu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan...


Dalam proses perubahan saya,
Saya mula merasakan bahawa berdakwah itu wajib...
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah...
kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dengan firmanNya dalam surah Al-A'raf, surah ke 7, ayat ke 164:


Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu,dan supaya mereka bertakwa".


Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan2 dan adik2
Tegur mereka apa sahaja yang silap...
Saya x boleh tahan bila tengok orang buat salah/dosa
Saya mesti nak tegur...
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang yang kuat iman,
Apa lagi...tegur je lah depan2...huhu~~


Lepas tu, satu masa...
saya terbaca pasal 'couple'



"COUPLE HARAM"


Saya x percaya...
tapi bila baca detail2 yang dia bagi...
macam betul pulak....
huhu~~
tapi biasalah...
kalau kita suka benda tu...
kita akan tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita...


Saya pun buat x tahu pasal benda tu...
dan teruskan saja hubungan kita...
kita x buat maksiat...
kita x jalan2 pegang tangan...
x jiwang2...
cuma saling ambil berat...
tanya khabar...
borak2...
siap bagi tazkirah lagi...
apa yang haramnya dengan benda ni?
x kisahlah...


Masa terus berlalu.....


Masa ni dah nak dekat Trial SPM...
Lagi 3 minggu sebelum trial...
dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan...
buat study group...
pada masa yang sama, bagi tazkirah...


Ada yang terima...
ada juga yang buat x tahu...
kadang2 bila tegur...
saya kena marah pulak...
macam2lah alasannya...
ada kata saya tegur x berhikmah...
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je...
tapi x kisah...
saya ada tempat mengadu...
huhu~~


Suatu masa...
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri...
saya terjumpa ayat ini...


Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al-Kitab (Taurat)? (Al-Baqarah, ayat 44)


Saya pun terfikir...


"Selama ni aku asyik tegur orang je...
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa,
ada gak dosa2 yang masih dilakukan...
Macam mana ya?


Lepas tu saya terjumpa pula ayat ni...


Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu mengetahui.(Al-Baqarah, ayat 42)


Tiba2 saya terfikir satu kritikan kawan...


"Alah kau tu...cakap je berapi...gaya alim, tapi couple gak...sama aje kau
dengan kami...tegur orang konon..."


Berfikir sejenak...
Sebenarnya ber'couple ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah
tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?


Macam2 yang saya fikir


Dipendekkan cerita lagi sekali,
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dakwah...
saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap...


Dalam perjalanan ke seminar tu...
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas...
sempat lagi pesan2 supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini,
solat awal waktu...
Dalam fikiran saya...
"Ni kira dakwah juga...saling ingat-mengingati..."


******


Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri.
Lagipun kami semua penat...
x kan nak panjang2kan program sampai tengah malam...
pihak penganjur pun faham...


Tiba2 saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ...
saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang 'couple'.
Tapi saya teragak2...
"kalaulah betul 'couple' tu salah...habis tu, nak
buat macam mana? aku kena 'clash' ke?
alah, buat apa fikir macam tu...tanya je la.
Kalau x buat salah, apa nak ditakutkan?
Lalu saya menghampiri 'brother' fasilitator tu...
Masa tu dia tengah membelek2 terjemahan Al-Qurannya seorang diri.


"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit boleh?


"Em, boleh...duduklah. Anta nak tanya apa?"


"Er...macam ni, sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang kawan ni, perempuan la. Tapi, bukanlah setakat kawan biasa...rapat gak la. Bukan rapat biasa, tapi rapatla.."


"Bercinta ke?"


Saya malu nak cakap yang saya 'couple'. Nanti apa pula brother tu kata... mesti dia marah nanti. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya...


"Sebenarnya...'couple' ni boleh ke x bang?"


"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yang ke 32.
Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."


"Tapi bang, saya x nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang2, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang2 bagi, hari ni saya, esok dia."


Saya x mau mengalah.


"Memang betul niat anta baik. Tapi ingat, niat x pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil,yang hak tetap hak. Cuba tengok ayat ni."


Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan2 mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah) , sedangkan mereka adalah orang2 yang berpandangan tajam.
(surah Al-Ankabut, surah 29, ayat 38)


"Akhi, kalau anta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada anta ialah, setan telah buat anta pandang indah benda buruk yang anta lakukan. Walaupun anta berpandangan tajam, maksudnya anta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat anta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat anta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa anta sms dengan dia, anta ingat Allah. Mesti ada masanya anta hanya melayan perasaan dia , kan?"


Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia x nak jumpa lagi. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama2 menjaga diri. xkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"


"Em, betul, anta dah janji x nak jumpa dengan dia lagi. anta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. Kalau anta janji x nak call dia pula, anta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi, akhi ... masih ada zina yang tetap anta x dapat elak daripada ber'couple..."



"Zina hati?" Saya menduga.


"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Anta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita...Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dengan merindui, mengingati dan membayangi si dia...Hakikatnya, macam mana pun anta buat, anta tetap x dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam...kelu. x tau apa nak dikata.Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya.
Kemudian dia sambung...

"Ana dulu pun 'couple' gak. Lagi lama daripada anta. Sejak sekolah sampai masuk U, dekat nak gred.
Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana terus tinggalkan. Ana dah siap fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak2 ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada anta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan2 dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua x puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut pa2 akan jadi pada dia kalau x dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sangat."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik x ada orang lain masa tu. Brother tu jawab...

"Kalau kawan2 dia x puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang anta. Anta x kurang cikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita cari keredhaan Allah. Biarlah orang nak kata apa2 sekali pun, yang penting keredhaan Allah. Kalau Allah x redha, semuanya dah x bermakna lagi."



Saya terdiam lagi.

"Pasal dia pula, cuba anta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan anta secara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi ber'couple. Ana yakin, dia x kan buat apa2 perkara bodoh. Kalau dia buat sekalipun, itu bukan tanggungjawab anta, apa yang anta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sendiri."

Saya dah x dapat tahan lagi. Masa tu saya menangis, saya dah sedar yang saya kena berhenti ber'couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar 1 sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas tu ana terus tukar nombor. Ana x hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, sya x boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ada juga kawan perempuan lain boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Anta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditakdirkan anta 1 universiti dengan dia, 1 kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu anta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."

Tiba2 saya terfikir...

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

Saya cakap...

"Saya rasa saya belum ada kekuatan la bang. Boleh x saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tinggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab...

"Akhi, anta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Anta boleh rujuk surah Ar-Ra'du, surah ke-13, ayat 11. Lagipun, anta nak tunggu sampai bila baru tinggalkan 'couple' ni...abang2 fasilitator ni pun ramai yang perrnah 'couple', bila masuk dakwah, mereka tinggalkan."

Alamak...x boleh lari lagilah nampaknya...saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu jugak.

"Semuanya dah jelas rasanya...Nampaknya saya kena tinggalkan la benda ni gak ye. Macam x larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa x sanggup."

"Kalau x sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, x apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkan juga diri...

"Semuanya dah jelas...buat apa aku tangguh2 lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat...jadi rasanya inilah masanya..."

Lalu perlahan-lahan sya taip sms tu...

"Assalamualaikum...Sebenarnya selama ni hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum..."

Berat betul nak hantar sms tu kat awak. Saya masih x mampu nak ucap selamat tinggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika...saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin...

[SENDING]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam x percaya...saya dah hantar 1 sms dan clash dengan awak...

"Terima kasih bang..."

"Takpe, dah tanggungjawab..."

Malam tu saya tidur dengan linangan air mata...x sangka...memang x disangka. Saya memang x pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sebenarnya... Tiba2 saya teringat ayat Allah...surah Al-Baqarah, ayat 216...

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

*******

Masa terus berlalu...saya terus sibukkan diri dengan kerja2 lain. Dalam usaha nak lupakan awak, bukan senang, tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di masjid, terangkan pada orang, 'couple' haram, tunjuk segala dalil. Macam2 yang berlaku...ada kritikan...ada gak yang setuju...tapi x kisahlah semua tu...

Tiba2 satu pagi ni, dapat sms daripada awak...awak bagi gambar bunga...bawah bunga tu ada ayat...

"Seindah gubahan pertama..."

Saya rasa awak masih x dapat lupakan saya. Saya pun fikir..."Kena tegaskan rasanya."
Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yang terakhir.

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredhaan ilahi...seindah manapun gubahan pertama tu, selagi x mendapat keredhaanNya, tetap tiada gunanya...

Assalamualaikum...saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya x nak awak tunggu...Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan...Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
Ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan x kekal...

Tapi carilah cinta Allah...
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan,
itulah cinta abadi...
cinta yang diredhai...

-Yang Terakhir- "

[SEND]

[SENDING...]

[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya x kan berpatah balik...

Takkan...buat selama-lamanya...



[Berapa Kali Nak Cakap, Couple tu Haram]
article ini diambil drpd www.iLuvislam.com
oleh: umairzulkefli

You Might Also Like

7 Comment

  1. Sy sangat kagum.. Dan semoga kehidupan awk diberkati Allah s.w.t..
    :-) Seperti kata cikgu saya, Masa tu berlalu dengan sangat pantas smpai kita pun tak perasan ianya dah berlalu meninggalkan kita. Dan percayalah, beberapa tahun akan datang bila awak tengok balik hari ni, mesti awak gembira dengan apa yang awk dah buat. ^_^... Iklas dari Noethic Therapy Resources.. hehe..

    ReplyDelete
  2. laa, ingat kisah akak tadi.. bila dia jumpa brother fasilitator tu baru iha perasan ni kisah lelaki.. apapun entri ini teramatlah berguna buat mereka2 yg tengah couple tu, pada yang masih single, kekalkan status anda sehingga Allah SWT sendiri yang menghadiahkan teman hidup buat kalian.. :)

    ReplyDelete
  3. Ngaa..nyaris ingat this is your own story..hehe..masa part " Seorang lelaki akan tertarik kepada wanita
    Macam itulah yang saya rasa...
    Saya tengok kawan2 dah ada yang 'couple'.Di dorm sms awek sampai pagi" baru perasan it's not yours..btw,thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  4. @Amirul Ramli kan, tq Amirul, story ni untuk perkongsian bersama.. :)

    ReplyDelete
  5. @Iha Zaliza hehe.. bukan cerita akak lah iha, hopefully dapat lah jugak bagi banefit kat semua.. :)

    ReplyDelete
  6. @spontaneous_gurlz aaa... bukan my story, tapi this is ikhlas from my heart.. even pengalaman org lain, still boleh kita ambik pengajaran.. :)

    ReplyDelete
  7. terima kasih sebab kongsi entri ni :")

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Heart 1

Travel & Beauty Blog

Sponsored