Review : Cinta Kau dan Aku

by - March 31, 2013

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera. 


Cuti-cuti macam nie, sambil-sambil buat homework, sempat jugak shad melayan cerita dekat Youtube nie. Cewah, line laju katekan. Sekarang tengah layan cerita Cinta Kau dan Aku. Cerita ni, adaptasi daripada novel Siti Rosmizah, tajuk Cinta Kau dan Aku. Banyak betul drama yang di adaptasi dari novel ni kan. Coming soon, Kampung Girl, Teduhan Kasih. Baru airing Jumaat lepas cerita Sebenarnya Saya Isteri Dia. Drama best yang lepas, Adam dan Hawa, Setia Hujung Nyawa. *Muka senyum ja menaip entry ni*


Ost cerita Cinta kau dan Aku ni, memang sangat sesuai dengan
jalan cerita novel dan drama nie. Serius. Sedap la jugak suara
penyanyi dia. Lirik dia pun memang menusuk kalbu.
Jom layan.


Sebuah drama yang diadaptasi dari sebuah novel terhangat di pasaran iaitu 
CINTA KAU DAN AKU karya Siti Rosmizah Terbitan Buku Prima. Akan mula
 menemui anda pada 15 Februari 2013. Setiap Khamis dan Jumaat. Slot Arca di TV1
Lagu ini didendangkan oleh Fatihah Ridhwani (www.facebook.com/officialtiah) 
dan Daniel Napitupulu

Peminat-peminat novel out there, amacam. Apa pendapat anda
tentang drama yang diadaptasi ni. Kalau Shad, lagi suka baca novel
kot, sebab boleh imagine my own hero and heroin. Hehe.

Sapa yang tak baca lagi novel Cinta Kau dan Aku nie, 
baik baca, sebab memang awesome.. Jom review sikit sinopsis.

Mengisahkan seorang gadis yang cantik, baik dan namun keluarganya hidup dalam serba kekurangan setelah ayahnya meninggal dunia. Sejak itu dia mengubah penampilannya menjadi seorang yang kasar namun masih berbudi bahasa.

Kemiskinan hidup mereka menyebabkan dia tidak dapat meneruskan pelajaran ke universiti dan terpaksa membantu ibunya berniaga kecil-kecilan di warung. Namun kemudiannya dia mengambil keputusan untuk mengikut temannya, Milah berhijrah dan bekerja di Kuala Lumpur sebagai pemandu peribadi kepada majikan Milah yang merupakan tokoh korporat yang terkenal. Dengan kesungguhannya, Risya berjaya meyakinkan majikannya untuk diterima bekerja. 

Namun tiada siapa yang menyedari dalam diam Farish Hakimi jatuh hati terhadap Risya dan kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya lelaki itu apabila ibu Risya jatuh sakit, dia segera menghulurkan bantuan kos pembedahan penyakit jantungnya. Rasa terhutang budi dengan lelaki itu membuatkan ibu Risya menyarankan agar Farish Hakimi mengahwini anaknya Risya. Pantas sahaja lelaki itu bersetuju dan tindakannya itu benar-benar mengejutkan Risya yang kemudiannya hanya menurut kehendak ibunya. Mereka kemudiannya melayari bahtera hidup sebagai suami isteri yang bahagia. Apatahlagi baru merasai nikmat cinta setelah berkahwin meskipun adakalanya mereka bertelagah kerana sikap cemburu buta Farish Hakimi. 

Tetapi konflik mula berlaku setelah kehadiran keluarga dan bekas tunang Farish Hakimi ke rumah mereka. Mereka mula merancang niat jahat memisahkan pasangan itu dengan segalanya didalangi oleh bekas tunang dan adik Farish Hakimi sendiri. Perangkap di atur mereka seringkali gagal namun impian mereka jadi kenyataan bila satu hari Risya diperangkap bersama teman baiknya. Farish Hakimi yang sedang marah dan gagal mengawal perasaan terus menceraikan Risya tanpa usul periksa. Malah Risya juga terpaksa menerima hakikat dirinya keguguran anak sulong mereka. Ketika itu Farish Hakimi tanpa rasa bersalah berlepas ke UK meninggalkan Risya. 

Sangkaan mereka bahawa perpisahan jalan terbaik dalam hubungan mereka meleset. Mereka berdua tetap saling merindu meskipun tidak bertemu. Risya cuba bangkit apatahlagi dia ditawarkan menjadi model di Singapura. Namun ketika di lapangan terbang dia tanpa sengaja bertembung dengan bekas suaminya itu dan sejak itu mereka sering bertemu. 

Mampukah cinta mereka berdua kembali bertaut? Atau banyak lagi dugaan dan rintangan diaturkan adik perempuan Farish Hakimi dan bekas tunangnya untuk memastikan mereka takkan mungkin bersatu?


Haa, jangan tunggu-tunggu lagi. Jom layan cerita nie.

You May Also Like

6 Comment

  1. aaaa...best2 cite ni...semue novel siti rosmizah kite da bace...memg x menghampakan...smlm puas tgu kak mimi syafiqah upload cite ni...dpt jugak tgok...tp ok la drama dye...x lari sgt dr novel sbnr kn..heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. hehe. memang akak mimi syafiqah tu je yg upload. hehe. okey la. xlri sgt dr cta novel, tp fiz fairuz mcm xsesuai sgt. haha.

      Delete
  2. selalu sangat terlepas nak tengok drama ni :(

    ReplyDelete
  3. ohh saya suka drama ni layan online jee hehe. bg saya fizz fairuz ok sara ali yang tak ok hehe tp layankan ajelahh :)

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You