Review Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom

9:13 PM

Assalamualaikum all. Greeting.

Alang-alang dah cuti hujung minggu-tak sibuk- assigment tak menimbun lagi-line wifi pun laju jer. Shad nak review Novel Kampung Girl. Nak review jugak even novel ni dah ada kat pasaran dari tahun lepas lagi. Dah cetakan ke berapa belas dah sekarang. Dengar2, nak diadaptasi jadi drama pulak. Terbaik lah. Penulis novel ni pun muda-remaja lagi. Peminat2 novel mesti dan wajib baca punya lah novel ni. Sehari dah habis khatam kot. Sebab ayat-ayat dia yang so sweet. Sebelum tu, jom kita baca sinopsis dia sikit.


Sinopsis Kampung Girl.


PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.

“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” 
- Ashraf Khairi.

“Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur.

Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.

Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.

“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?”
 -Ashraf Khairi.

Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.

Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.

“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.

Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.

“And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” - Ashraf Khairi.

Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?

Review dari Shad: 

Ashraf ni lebih kurang macam anak mak lah. Baik, ikut je cakap mak dia. Sayang mak kan. Tapi tahap kesombongan dia memang tak boleh tahan. Lagi-lagi kalau dengan kampung girl (Ainnur). Tak tau lah kenapa yang dia menyampah sangat dengan budak kampung tu ha. Tahap ego dia pun memang tak boleh nak digambarkan. Dah terang lagi bersuluh jatuh cinta dengan isteri sendiri, tapi tak nak mengaku. Cakap tak jatuh cinta, tapi cemburu! Gila ego laki sorang ni. Sekali Ainur dah tak endahkan dia, baru nak terhegeh-hegeh. Bagus, kasi pelajaran sikit dekat Si Ashraf ni. Sesi pujuk-memujuk time. Kalau dah nama cinta tu.. hurm, haruslah romantik gitu kan. 

Ainnur si Kampung Girl. Nama ja budak kampung, tapi graduated oversea kot. Dia ni memang hebat berbalas kata, nak-nak dengan encik Suami, Si Ash sombong tu. Tapi Ainnur ni memang penyabar habis. Siap baik hati lagi nak pikat suami even kena marah, tengking bagai. Last2, air mata jugak yang keluar. Dia memang tangkap cintan betul dengan Ash dari kecik lagi. Tapi tu lah, encik suami yang sorang ni macam dah terkeluar sikit dari norma orang biasa. Ainnur ni punyalah lawa, dia macam buat tak tau je. Lastly, sampai satu waktu, hati dah tak dapat nak terima, Ainnur mula menjauh. Tawar hati mungkin. 

Seriusly memang wajib baca novel ni. Ayat-ayat dalam novel ni sangat santai. Kelakar. Suka baca part Ashraf gaduh dengan Ainnur. Part yang paling shad suka bila ayat dia ada reverse back. Go and back. [Cis! kenapalah aku punya suara hati yang bertalam dua muka dengan tuan badan sendiri. -285-], ni suara hati si Ash. haha. nak tau ending, kena la beli novel ni kan. shad bagi 5 bintang. tak rugi woo beli.. Hepi ending ever after. Selamat membaca.

You Might Also Like

4 Comment

  1. ade novel ni, tp x bace lagi...sangat banyak novel yg perlu dibace...wakaka... :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha.. terbaik novel ni,, gila kelakar.. kami pun banyak gak ni duk tunggu giliran.. muwahahaha..

      Delete
  2. @Cik Fie shad pun suka gila novel ni.. hehe, lawak.

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Heart 1

Travel & Beauty Blog

Sponsored