Tips Cara mudah belajar Bahasa Inggeris

10:42 PM

Assalamualaikum. Greeting to all.

Today, nak story-mory sikit pasal English... Haa, pernah terfikir tak, kita ni dari tadika, lepastu masuk sekolah rendah, sambung lagi sekolah menengah, masuk U lagi, every year and pass, kita belajar English setiap tahun. Tapi apesal macam tak terer-pandai jugak. Sebab apa eh, padahal, berpuluh tahun belajar. Kalau yang dah terer tu it's ok lah, ini kisah shad yang yang tak berapa nak terer2. Tapi bila fikir2 balik, ada ja orang yang belajar English 6 bulan ja, dah boleh speking berabuk. Makan vitamin apa eh? Ke ada hidden rahsia nie? Jom kita review ramai2 apa rahsia dia. 'Dia' yang nak berkongsi ini merahsiakan identiti sebenar. First thing first, kenalah ada minat kan, dah ada minat proceed dengan usaha, gerenti success punya lah. Firstly, bear in our mind that ENGLISH IS EASY.



Easy Ways to Learn English :

1. MEMBACA
    
Dapat tambah vocabulary. Sebab kurang vocabulary ni lah kita tak dapat nak   kuasai bahasa omputih ni. Idea nak cakap punya lah banyak, tapi tak terkeluar sebab tak da kosa kata. So, tak ada cara lain selain membaca. Jangan tunggu2 lagi, cepat grab newspapers, magazines, buku, komik dan lain2 asalkan bahasa Inggerislah ya. Lepas dah grab tu, jangan tak baca pulak.

Biasakan dengan Istilah. Kalau kita banyak membaca bahan-bahan bacaan English ni, mesti kita perasan kan, istilah-istilah/ proverb/ idiom/ frasa-frasa yang digunakan. Dengan membaca ni, dapat la kita biasakan dengan benda alah tu semua. Bila dah jumpa istilah2 ni semua, shad selalu highlight kan dia. Senang sikit nak cari semula nanti.

Gunakan Mr.Dictionary sepenuhnya. Tipu kalau korang cakap korang tak ada encik kamus  ni dekat rumah. Rugi kalau tak jadi best friend dengan dia. Baguskan encik kamus ni, kita tanya apa pun mesti dia jawab, seikhlas hati lagi bagi jawapan. Makna-makna atau word2 yang kita tak tau tu, catat then buka kamus. Pernah dengar tak, ada orang baca kamus! Macam tak percaya kan, tapi betul. Tak tipu. Dapat sehari semuka pun dah cukup rahmat.

Pilih bahan bacaan yang sesuai. Yang ini penting. Kena pilih bahan bacaan yang sesuai dengan tahap kebolehan kita lah kan. Kalau berada pada tahap lemah, jangan baca bahan yang berat2 dan sukar. Begitu jugak sebaliknya.  Sama jugak dengan beginner, baru nak belajar2 jatuh cinta dengan English ni pilih lah bahan yang ringan. Nanti dah expert, boleh la kita sama2 angkut buku English tebal2 kat Kinokuniya tu ha. Hehe.


2. MENTERJEMAH

Berlatih menterjemah. Kalau nak expert in English ni, kita kena lah jugak buat latihan menterjemah. Tak kisah la bahasa apa pun. Malay ke English or sebaliknya. Nak terjemah English-Arab pun boleh. Nak jadi penterjemah yang baik, kena expert dulu tatabahasa kedua-dua bahasa. Kata dasar, past tense, singular-plural bagai. Bila dah terer tatabahasa ni, lagi senang nanti nak  susun ayat. Nampak macam banyak sangat kan, tapi benda ni kalau ada keinginan, gerenti beres punyalah. 

Bahasa ada struktur ayat tersendiri. Yang ni kena bear in our mind, setiap bahasa ada dia punya struktur ayat dia tersendiri. Tak boleh sesuka hati nak terjemah bahasa ni. Kena saman woo. Sebabnya takut mencacatkan maksud ayat, tak pun berubah terus maksudnya.

Faham teks bacaan. Cara betul yang kita patut buat ialah dengan menyemak dahulu ayat demi ayat hingga betul-betul faham apa yang nak disampaikan dalam sesuatu text atau bahan bacaan tu. Lepas dah betul-betul faham, baru lah terjemah ayat tu ikut struktur yang betul dan tatabahasa yang betul.


3. LATIHAN MENULIS

Latihan berperingkat. Dah pandai kita menterjemah tadi, kena la disusuli dengan latihan menulis pula. Baru outcome dia gempak. Sehari dapat dua-tiga perenggan pun dah cukup awesome. Tulis aja apa-apa yang terlintas kat minda.

Mulakan dengan diary harian. Part ni best, sebab kita boleh tulis macam-macam dalam diary kita kan. Nak luah perasaan ka, nak cerita peristiwa apa yang berlaku ka, no one can step into that privacy diary. Muwahahaha. Tapi make sure tulis in English lah ye. Tulis diary ni every day kalau nak cepat expert. Permulaan tu maybe macam tersekat-sekat-susah-bagai, lama-lama nanti lancar punya lah. So, cepat pergi ambil buku diary and start menulis. 

Keep it up dengan English language. Teruskan dengan bahasa omputih ni. Kita kena selalu ingat, setiap bahasa ni ada keunikan dia tersendiri. Kalau korang nak mengarang English essay, teruskan mula aja dengan English. Sebabnya, kalau kita karang essay in Malay dulu, then baru translate semula in English, takut maknanya lain pulak. 



4. HAFAL

Hafal sebelum tidur. Menghafal ni salah satu cara yang dapat bantu kita nk tangani masalah sukar nak kuasai English language. Satu kaedah nak hafal ialah sebelum tidur. Kaedah ni paling effektif kalau u all guna kamus lengkap. Catat beberapa perkataan yang sukar sekali dengan pengertian dia yang nak dihafal tu.

Sebut dengan kuat dan jelas. Hafal perkataan tadi sebelum tidur. Jangan hafal di dalam hati tapi sebut perkataan tu dengan kuat dan jelas. Nak tau tak, waktu kita tidur, fikiran bawah sedar akan menyerap kata-kata tadi ke dalam otak. Hebat kan.

Ingat kembali. Ketika bangun tidur pada waktu pagi, korang cuba ingat balik kata-kata yang korang hafal tu. Sebut satu persatu dengan kuat. Ulangi kaedah ni every day. Even hanya lima perkataan sehari, lama-lama vocab mesti bertambah punya lah. Tak percaya? Try dulu ye. Jadi ke tak. Conform awesome punya lah.

5. KETAHUI PERBEZAANNYA

Beza Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Apa yang bezanya? Ya, dari segi spesifikasi. Bahasa Melayu banyak spesifikasi yang bahasa Inggeris tak ada. Kena faham betul2 perbezaan ni. 

Hukum DM dan MD. Bahasa Melayu ni guna hukum DM iaitu 'Diterangkan-Menerangkan'. Kata yang diterangkan selalu berada kat depan kata menerangkan. Contohnya, rumah besar, pramugari cantik. Dia punya pengertian akan berubah kalau kata-kata tu terbalik menjadi besar rumah atau cantik pramugari.

Bahasa Inggeris guna hukum MD. Kat sinilah perbezaan bahasa kita dengan bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris guna hukum MD. Kata yang menerangkan lebih dahulu barada di depan diikuti kata yang diterangkan kat belakang. Contohnya big house. 



Okey, dah siap shad membebel.. Mintak maaf kalau ada salah silap, Saya bukan cikgu. Nak tau lagi banyak kena berguru dengan English teacher lah ye..  :)
p/s: maaf entry ni berjela-jela panjangnya..
Credit to : Majalah Fokus SPM

You Might Also Like

18 Comment

  1. wah! quiet helping.. thanks for t info :)

    ReplyDelete
  2. Sgt membantu....bila difikirkan...dah lama blaja english..tp xmahir2....yg pasti,malas pegang kamus...hahaha

    ReplyDelete
  3. most welcome all. harap dapat membantu. tak banyak pun sikit.. hehe.
    @FArz Azdin kan.. agree with ur opinion..

    ReplyDelete
  4. Hi sha,,still blur2 lg but i will my best..
    Hope u can guide me..btw thanks for the info..

    ReplyDelete
  5. @Hakim Rashid please do soo.. InsyaAllah, one fine day, flying color for the English language.. tutor? hehe.. add fb eh..

    ReplyDelete
  6. thanks...later,i can speak better English :)

    ReplyDelete
  7. Interesting!! Thanks for your sharing...

    ReplyDelete
  8. Info yg menarik.. bnyk bljr dari sini

    ReplyDelete
  9. aduiii!!!english is good :thanks for sharing. nk sangat pandai english

    ReplyDelete
  10. Simple je teknik kat atas..at least tak la ternganga bile ada tourist tanya jalan nak ke klcc..walaupun dah khatam jalan kl..(eh ye ke?ish perasan lak)

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Informasi

Travel & Beauty Blog

Sponsored