Review Novel : Bukan Kerana Aku Tak Cinta by Eman Sufi

by - April 07, 2013


Assalamualaikum semua.. Sejak dua-tiga minggu ni, 
keje nak update pasal novel ajaa.. Maaflah kalau yang kurang  suka membaca novel. 
Layan kan aja lah ye.. Hari ni nak Review Novel : Bukan Kerana Aku Tak Cinta (BKATC)
by Eman Sufi (Cikgu E-man). Shad memang follow cerita novel nie dekat
blog Cikgu Eman. Cerita dia memang super awesome. Novel Bukan Kerana Aku Tak Cinta
ni adalah novel ke-tiga Cikgu E-man selepas novel Suami Yang Kubenci (SYK)
dan Hikayat Cinta Si Pematah Hati (HCSPH)
Seriously memang super-duper awesome ketiga-tiga novel ni.
Tak percaya? Kena beli dan baca sendiri. *Psstt..Waiting untuk novel 
ke-empat, Bila Romeo vs Juliet.*

Cover


Bukan Kerana Aku Tak Cinta
RM24.00 (Keluaran April 2013)
-Macam scary sikit cover dia kan. Tapi jangan risau yee, 
this is nak kasi havoc. Kasi mysterious aja. The truth? So lovely-

Sinopsis 

“Kalau aku suruh kau terjun dalam kolam tu, kau nak terjun?”
“Untuk buktikan cinta Mas kat abang… terjun kolam pun Mas sanggup. Okey! 
Mas terjun! Tapi untuk pengetahuan abang... Mas tak tahu berenang!”
“Mastura!!!!!!!”

JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari 
jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya
 untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya. Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik 
perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh 
gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau
 berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah 
menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, 
seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian 
matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.

“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”
“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… 
Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja 
yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.”

Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan? 
Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah bekas ketua kumpulan gengster! 
Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.


Review

Haaa. menarik kan.. Actually novel ni baruu je keluar. Cikgu E-man dah buat 
announcement dekat blog siang tadi. Hehe. Boleh order on9 dekat Karya Seni
kalau nak cepat2 baca (dalam bulan ni). Tak sabar nak beli. Nak tunggu pesta buku nanti. 
Nak dakap novel Abg Jebat nie. Hehe. Kalau nak baca bab-bab awal novel ni, 
boleh KLIK SINISerius tak rugi baca. Ini adalah antara penulis yang shad paling suka,
selain novel air mata Siti Rosmizah, and my heart Hlovate..

Mengisahkan Jebat seorang ex-taiko (yang kat badan dia ada tatu), make a change
 in his life from taiko/samseng to berhijrah mencari jalan lurus + menuntut ilmu agama.
Mastura yang terjatuh cintan dengan kebaikan + kehenseman + kerajinan
Jebat, apa lagi.. tiap-tiap hari duk mengurat Jebat. So sweet of them. Sungguh Mas 
tu memang tak malu langsung nak mengaku yg dia cinta Jebat. Mas memang hebat.
Suka watak dia. Suka watak Abg Jebat yang cool tu. At last, diorang get married 
and hepy until one fine day, Mas dpt tahu yg suami dia yg terchenta tu ex-samseng... 
Apa yg berlaku? kena beli novel ni la kan. Jujurnya Shad cakap, mmg awesome. 
Lima per lima bintang. Gaya bahasa yang santai plus lawak yang memang lawak.

 So, selamat membaca ya semua.. Did I 'meyakinkan u all'? Hehe..

You May Also Like

13 Comment

  1. ergh!! seksi u cover dye..haha

    aish...memg suke la novel yg hero dye ala2 ganas n macho cenggitu..ni yg buat i nk beli ni..haha. eh, asal gedik semacam je ni..haha

    btw, shad da penah bace novel dhiya zafira? example jauh kau pergi dan tertulis buat kita. hero dye mantap.. cerita pasal komander taw. memg best. penuh aksi. tp hero yg selalu dihati of course la laksamana sunan.

    sorry, kalau bab novel selalu jd hyper active cenggini. rase macam nk terjun buat somersault sebb teruja sgt. heeee....

    tp mcm da rase jatuh ati pulak kat novel atas tu...huhu

    ReplyDelete
  2. shad, kite da bace ckit bab awl novel tu..aiyoo, u make me ketagih la dear, ni yg buat kite nk beli novel ni jugak..hahaha

    ReplyDelete
  3. @Normi Nieza Jujurnya mengikut pandangan shad, superv best, macam syk dgn hcsph juga.. hehe

    ReplyDelete
  4. @Erna Shafiqah Pernah dengar jugak penulis Dhiya Zafira nie.. tapi ta penah bca lagi.. hehehe.. jangan terjun bangunn sudah sbb teruja.. hehe.. akan di cari laksamana sunan itu..

    ReplyDelete
  5. akaka nak kena habiskan dulu 3 novel yg belum dibaca sebelum beli yg baru.. thanks for the review, mcm nak beli suami yg kubneci tu

    ReplyDelete
  6. @◕ D Y S H A S A H H I R ◕ Suami yang ku benci is awesome.. okkey kak.. Selamat membaca.. :D

    ReplyDelete
  7. awesome..! Saya memang peminat e-man sufi kerana karya beliau sangat santai..bila dengar ada novel baru jadi teruja pula :)

    ReplyDelete
  8. omg drama dia best gila nak mati omg!!!! eheheheh

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum.... jom singgh blog bellina... boleh komen2 skli

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You