Rahmatnya Ramadhan : Kurma kecil tetapi banyak khasiatnya

8:31 AM

Greeting and Assalamualaikum
Hari ni 1 Julai 2013/ 22 Sya'ban 1434
Counting to Ramadhan al-Mubarak.
Ps: Entry panjang + skema.

Rahmatnya Ramadhan : Kurma kecil tetapi banyak khasiatnya


Kurma ialah buah yang sangat popular semasa bulan puasa tiba. Namun adakah fungsi kurma hanya pada bulan puasa sahaja atau kerana khasiatnya yang banyak menyebabkan buah kurma dijadikan juadah wajib semasa berbuka puasa dan bersahur? Sebenarnya kurma juga sesuai untuk dimakan pada bila-bila masa dan juga hidangan pada hari raya untuk tetamu yang berkunjung kerana ia mengandungi vitamin yang baik untuk tubuh. 

Buah kurma atau nama saintifiknya Phoenix dactylifera tergolong dalam kelompok phoenix. Kurma juga sekumpulan dengan pokok jenis palma seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang. Menariknya pokok kurma hanya tumbuh subur di negara Asia Barat seperti Arab Saudi, Iran, Iraq dan mesir . Oleh sebab itu bangsa Arab mengangap buah kurma sebagai makanan istimewa meraka selain makanan lain yang berkhasit.

Selain itu, meraka menjadikan kurma sebagai makanan untuk memulihkan tenaga selepas penat bekerja. Terdapat lebih daripada 600 jenis kultivar kurma. Antaranya termasuk Khalas, Zaghloul, Khuneizi, Hilali, Howaiz, Naghal, Jaberi Fardh, Majool, Saidy dan Hayany. Perbezaan jenis kurma juga boleh dilihat melalui teksur, warna, rasa, kemanisan dan keasidannya juga. 


Khasiat Buah Kurma 

Nilai pemakanan buah kurma adalah sama seperti kismis yang mempunyai khasiat yang cukup tinggi. Ia membekalkan gula asli dalam bentuk glukosa dan fruktosa, malah buah kurma juga kaya degan protein, serat, gula, vitamin A dan c serta zat mineral atau galian sepeti besi, kalsium, sodiandan potassium. Kandungan protein dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandugan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa.kandugan gula dalambuah ialah gula yang telah ditukar secara semula jadi dan setiap kali buah kura dimakan, tenaganya akan diserap secara serta mearta berbanding buah lain yang perlu dipecahkan dahulu oleh enzim. 

Buah kurma mempunyai banyak khasiat menurut kajian saitifik. Ia menngandungi pelbagai zat yang bermutu berbanding dengan buah-buah lain. Antara zat yang terkandung di dalam buah ini termasuk lemak, protein, minyak, kalsium, zat besi, potassium, fosforus, magnesium dan vitamin. Selain kurma biasa, kurma kering juga mempunyai pelbagai khasiat iaitu 60 peratus zat gula, 2.5 peratus zat minyak dan 33 peratus garam. Kurma juga mempunyai protein dan pelbagai vitamin seperti Vitamin A, B1, B2 dan C, termasuk zat besi, fosforus, kalium, magnesium, kalsium, tembaga dan serat.


Kelebihan kurma

· Tambah tenaga

Kajian Saintifik membuktikan bahawa tubuh yang lesu dan kurang bertenaga disebabkan oleh faktor kekurangan gula dalam system darah yang menyebabkan perut sentiasa berasa lapar. Oleh itu kurma yang mengandungi gula sihat yang tinggi disarankan bagi meningkatkan kandungan gula selain member tenaga dengan cepat.

· Turunkan berat badan

Kurma mampu membuatkan perut berasa kenyang jika diambil sebagai sarapan setiap pagi. Selain itu ia mampu memberikan tenaga dan mengelakkan seseorang makan berlebihan pada siang hari. Anda juga tidak perlu makan tengah hari tetapi menggantikannya dengan memakan kurma saja kerana ia amat mengenyangkan.

· Baik untuk wanita

Kurma ialah makanan yang sesuai dan elok untuk wanita hamper hendak bersalin. Selain sesuai untuk ibu yang hendak bersalin, ia juga membantu menggantikan tenaga yang kehabisan selepas proses melahirkan dan dapat mengurangkan pendarahan selepas bersalin. Pakar pemakanan juga mengesahkan kurma adalah antara buah-buahan terbaik untuk wanita selepas bersalin kerana mampu meredakan rasa murung dan tekanan emosi. Kurma juga membantu mencegah bayi daripada jangkitan penyakit.

· Berupaya cegah penyakit


Serat kurma mampu mencegah barah dalam perut dan serat yang ada dalam buah kurma juga baik untuk mencegah barah usus besar dan juga sembelit kerana sifatnya yang mampu melawaskan system pencernaan.

· Cergaskan otot

Kemampuan buah kurma bukan sahaja dapat mencergaskan otot kerana buah kurma mengandungi hampir 3,000 kalori malah kalsium yang terkandung dalam buah kurma mampu menguatkan tulang dan mencegah kehadiran osteoporosis di peringkat awal. Ia juga mampu mengelakkan tulang-tulang daripada mudah reput dan lemah.

You Might Also Like

6 Comment

  1. kurma sangat sedap dan banyak khasiat :)

    ReplyDelete
  2. nice sharing,,tpi mcm2 nama kurma yg ada

    ReplyDelete
  3. banyak khasiat, tapi FD tak pernah makan :/

    ReplyDelete
  4. percaya sangat kurma byk khasiat...i loveeee it hehe

    ReplyDelete
  5. @dear xila sedap dan mengenyangkan.. tambah2 kurma basah.. :) shad pun suka jugak. High-five!

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Heart 1

Travel & Beauty Blog

Sponsored