Travel to Korea : Day 1 Part1 : Seoul Subway Station | Geongbukgong Palace

9:31 PM

Salam and Greetings to all. 18.11.2013

Baru sekarang berkesempatan nak update next entry kembara/ travel ke korea pada 6 Nov until 10 Nov 2013 yang lepas. Selamat mengembara ya semua.

Entry Lepas : Travel to Korea : Depart and Arrival

Nov 7 2013 | Thursday


Alhamdulillah. Untuk malam first dekat Korea, dapat tido dengan selesa. Sebab ada conforter. Sejuk sangat bila waktu malam. 6 ̊C is normal. Waktu solat Subuh dekat Korea jam 5.30+- pagi. Kitorang keluar jam 10 pagi dengan cuaca 11 ̊C walking to Jongno Sam(3) Ga Subway Station. Tiga minit walking from Yellow Brick Hostel, tempat shad menginap yang shad cerita entry lepas [KLIK]. Super oshem. Mostly Shad naik Subway dekat Korea.

Seoul Subway Station

Ok then, shad nak story sikit pasal Seoul Subway Station dekat Korea ni. Subway station ni lebih kurang macam KTM (Kereta api Tanah Melayu) kat Malaysia. Tapi, Subway ni lagi super oshem, sebab dia ada banyak Line and Exit. Dalam sembilan line kalau tak silap. Dan lagi, subway ni serius bawah tanah. Dua tiga tingkat kot even dalam tanah. Kalau tak de orang guide, memang boleh sesat kat tengah-tengah tu sensorang. Agak complicated jugak untuk kita yang first time jejak ke situ. Kalau nak backpacking, elokla download Subway Map siap-siap, letak dekat smartphone. Download Link [cyberStation].


Lagi, Seoul Subway Station ni guna T-Money (Multiple Journey Transporttion Card) untuk kita passing here and there untuk banyak perjalanan. Kalau satu perjalanan saja, just beli tiket dekat Vending Machine macam kita beli tiket KTM la jugak. T-Money ni pulak lebey kurang macam kad Touch ‘n Go RapidKL. Top-up la secukupnya. Paling selamat top-up 10 Ribu Won. 10 Ribu Won lebih kurang RM30 ringgit Malaysia (ikut rate semasa). InsyaAllah cukup untuk dua hari. Agak-agak macam tinggal sikit je baki, top-up lagi. Tips ni kalau korang memang fully guna Subway sepanjang vacation dekat sana. Kalau nak naik public transport lain pun boleh. Ada bus and teksi jugak.


Tambang Subway untuk seorang :

Basic fare for 10km
Age 19 and older
Age 13–18
Age 6–12
Multiple Journey
Transportation Cards
(T-Money)
1,050 won
900 won
450 won
Single Journey
Transportation Cards
1,150 won
1,000 won
500 won
- Children 6 and younger: Free
- Total distances exceeding 10km (within Seoul): 100 won for each additional 5km
- Total distances exceeding 40km (within Seoul): 100 won for each additional 10km
- Total distances exceeding 30km (outside Seoul): 100 won for each additional 5km

Maklumat lebih lanjut berkenaan Subway Station ni korang boleh usha-usha website ni [visit Korea]

Istana Gyeongbokgung (Gyeongbokgung Palace)



Ni baru cerita pengangkutan, dah panjang gini. Ok proceed. Untuk hari pertama, first place yang shad pergi, Istana Gyeongbokgung. Peminat drama Korea mesti tau punyalah tempat ni. Dalam cerita Rooftop Price. Huhu.



Serius cantik tempat dia. Part cantik tu bertambah cantik bila surrounding dia full of pokok-pokok yang daun kaler kuning-merah. Ni kalau pergi time musim bunga, memang betambah-tambah cantik lagi la kan.



Istana Gyeongbokgung ni merupakan istana royal pertama dan terbesar yang dibina time era pemerintahan Dinasti Joseon. Maksud nama istana ni, “Palace” [Gung], “Greatly Blessed by Heaven” [Gyeongbok].


Address: 161, Sajik-ro, Jongno-gu, Seoul, South Korea
Direction: 
*Gyeongbokgung Palace Station (Seoul Subway Line 3), Exit 5 
*ATAU Gwanghwamun Station (Seoul Subway Line 5), Exit 2.
Harga tiket :
Adults (ages 19-64): 3,000 won / Group (over 10): 2,400 won 
Children (ages 7-18): 1,500 won / Group (over 10): 1,200 won

Palace ni tutup hari Selasa. [Info from : Wikipedia]



Istana ni memang sangat besar, memang tak sempat nak jelajah keseluruhan istana. Nah, layankan dulu gambar-gambar ni ye. Smile.

Bergambar dengan Royal Guard 


Ha, palace ni jugak merupakan antara tempat lakonan drama Korea, Rooftop Prince. Tengok tak? Hehe. Oshem kan. Kalau kita berjalan sampai ke pintu belakang Gyeongbokgung, kita akan sampai ke Korean Blue House iaitu tempat kediaman dan pejabat rasmi President Korea Selatan.



Dekat luar Gyeongbokgung ni, ada Gwanghamun Square. Tempat wajib pergi kalau korang tengok drama korea City Hunter. Ha, kat situ la tempat first hero dengan heroin drama City Hunter ni jumpa. Hehe.



Di Gwanghamun Square ni ada Tugu peringatan King Saejong The Great (salah seorang Raja dinasti Joseon and he is the one yang mencipta huruf korea). Kat situ jugak ada tugu peringatan laksamana Yi Sun Shin. 


Di bawah Gwanghamun square terdapat Museum pringatan King Saejong dan Laksamana Yi Sun Shin. Boleh la nak tahu serba-sikit pasal history2 ni.


Entry lain : Travel To Korea : Day 1 Part 2 : To be continued
Terima kasih sudi baca entry Shad ni.

You Might Also Like

13 Comment

  1. Part yang cerita pasal Rooftop Prince dengan City Hunter tersengih-sengih depan laptop.

    Bestnyaaaa :)

    ReplyDelete
  2. Wow..bestnyer Shad.....
    Budget dalam RM brapa Shad? Nnti kongsikan yerr...


    x0x0 ^___^

    ReplyDelete
  3. tk sempat pegi palace ni, duduk seoul 2 hari je, mmng tak dapat jalan2 sekitar seoullah T_T

    ReplyDelete
  4. shad nk tau laa bajet kesane pakej mcm mane ..n berapa?

    ReplyDelete
  5. sronoknyerrr...
    bila plak rezqi nureen yerr

    ReplyDelete
  6. @Norhazlina Mohd. Zaki hehe.. orait kak, nanti shad story pasal budget.
    @Mazni Munawar ahhaa. shad stay tiga hari pun tak sempat jelajah banyak tempat, nnti kita pegi lagi ya..

    ReplyDelete
  7. @Normi Nieza alhamdulillah kak, rezeki..
    @TelingaBulat orait, nanti kite story2 pasal budhet ya..
    @::NureeN:: hehe. insyaAllah.. dapat pegi, jom kita kumpul duit dari sekarang..

    ReplyDelete
  8. Dear..sonok baca you jln2 kt seoul..InsyaAllah I pn x sabar nk terjah seoul chinese New Year ni..ade pape tips x nk jln2 kt sane?tmpt2 menarik ke?kita org pegi trip sendri..xguna travel agent..maybe boleh dpt kan tips berguna dr you..:)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum shad. bestnya. naik subway depa memang syok ohh. hehee. seronok pergi ramai2 gini, rasa selamat kan (",)

    ReplyDelete
  10. x pernah pegi lagi gyeongbokgung palace tu

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Heart 1

Travel & Beauty Blog

Sponsored