Awet Muda Bersama CLINICELL Oral Skincare

9:46 PM

Greetings and Assalamualaikum to all. 

As for today, Shad nak review satu produk yang diberi nama Clinicell Oral Skincare. Produk ini merupakan produk anti penuaan dan kecerahan wajah. Ia juga merupakan formulasi termaju untuk kecantikan dan kesihatan dari dalam. Semua wanita mengimpikan kulit mulus, cantik, gebu dan sihat bukan. Shad pun macam tu juga. 



Maklumat Produk

Sebuah formulasi termaju menggunakan ekstraks sumber semulajadi yang berkualiti tinggi dan “salah satu molekul Anti Aging yang terhebat”. Mengandungi Hydrolyzed Kolagen, AstaREAL P2AF Astaxanthin, Ceri Acerolla, 13 Vitamin dan 11 Mineral yang diperlukan oleh badan. Menyegarkan, mengembalikan keanjalan dan memutihkan di samping memberikan kelembapan kulit. [English] An advance formulation of highest quality natural extracts and "one of the most powerful Anti Aging molecule". Contains Hydrolyzed Collagen Peptides, AstaREAL P2AF Astaxanthin, Acerolla Cherry, 13 Vitamins and 11 Minerals that is essential for our body. Rejuvenating, reviving elasticity and whiten while keeping your skin hydrate.

Di formulasikan daripada :

a) Hydrolyzed Collagen Peptides
b) AstaREAL P2AF Astaxanthin
c) Ceri Acerolla
d) 13 Vitamin dan 11 mineral yang diperlukan oleh badan










   

Di formulasikan oleh Ketua Penyelidikan dan Pembangunan Clinicell  Mejar (Dr) Nur Haliza Mohamad Najib Bersara MD (UKM).
- Menggunakan salah satu bahan aktif anti penuaan dan pemutihan kulit yang terhebat di dunia iaitu AstaREAL P2AF Astaxanthin. Kajian yang dibuat  menunjukkan ianya :

* 6000 kali lebih kuat dari Vitamin C¹
* 800 kali lebih kuat dari CoQ10¹
* 550 kali lebih kuat dari Vitamin E²
* 75 kali lebih kuat dari Alpha lipoic acid¹
* 40 kali lebih kuat dari Beta Carotene³

Nota : Sila rujuk website pengeluar AsraREAL P2AF Astaxanthin untuk keputusan ujian.

- Disahkan Halal oleh Jakim
- Kilang yang berstatus GMP
- Bahan aktif dari sumber semulajadi yang berkualiti tinggi dan di import
- Harga yang murah jika dibandingkan dengan produk yang di import kerana 
kualiti yang setara.
- 100% selamat dan tiada kesan sampingan.
- Kesan Anti Penuaan dan Pemutihan kulit ke seluruh badan kerana
 pengambilan secara oral (makan/ minum). 
- Kadar keberkesanan yang tinggi kerana formulasi yang menggunakan bahan 
bermutu tinggi dan antara yang terkuat di dunia.
- Kadar penyerapan dalam badan yang tinggi.
- Sesuai untuk semua jenis kulit
- Packaging yang menarik dan mode prefessional
- Cara penggunaan yang mudah, hanya lurutkan 1 paket di dalam air kemudian
 diminum pada waktu malam sebelum tidur.
- Perisa oren yang sedap/ tak rasa seperti ubat.


Khasiat Produk
  • Anti Penuaan
  • Menggalakkan penghasilan semula kolagen dalam badan.
  • Memutihkan kulit
  • Meremajakan kulit
  • Menganjalkan kulit
  • Melindungi dari sinaran UV
  • Melembabkan kulit
  • Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus.
  • Mengurangkan jeragat kulit dan jerawat
  • Menyihatkan badan
  • Membantu menguatkan rambut
  • Mengurangkan masalah sakit sendi dan otot
  • Menguatkan kuku rapuh
  • Mengeluarkan toksin dalam badan
  • Membantu mencegah penyakit Kanser dan juga penyakit lain yang berhubung kait dengan sel seperti Parkinson dan Strok.

Jadual Penggunaan

Produk ini disyorkan di ambil 1 paket sebelum waktu tidur. Ia perlu di amalkan setiap hari kerana proses penuaan dan degeneratif adalah berterusan. Kesan yang akan di perolehi oleh setiap orang juga berbeza. Ini adalah kerana setiap orang mempunyai kadar metabolisma, berat badan, warna kulit dan gaya hidup yang berbeza.

Berminat untuk mencuba bolehlah membuat pembelian secara online di www.clinicell.com.my dengan harga promosi untuk WM RM120 dan EM RM130 sekotak. Shaker akan diberikan secara percuma. Penghantaran adalah percuma untuk WM dan EM 

Berminat untuk menjadi Rakan Niaga Clinicell bolehlah mendaftar di website www.clinicell.com.my ataupun menghubungi Hotline 03-41618199


REVIEW DARI SHAD

Sebelum korang baca review Shad kat bawah ni, teka dulu umur Shad berapa. (Tanpa tengok biodata kat sidebar Shad ya).
Picture taken on 23.12.2013
Full review dari Shad.

For the first time tu, agak ragu-ragu la jugak nak consume. Sebab ni merupakan kali pertama Shad consume benda-benda untuk kesihatan gini. Nah, rasa kolot sangat dah Shad ni. So, Shad decide untuk consume Clinicell Oral Skincare ni sebab tengok ingredient dia yang sangat awesome. Sekotak CLINICELL Oral Skincare - Anti Aging & Whitening Essence (15 sachet) ni harganya RM120 semenanjung dan Sabah Sarawak (RM130). Penggunaannnya satu sachet sebelum tidur.

Perubahan yang Shad rasa selama 2 minggu penggunaan produk ini :
  1. Alhamdulillah, dah makin berseri-seri dah kulit wajah Shad. 
  2. Kulit muka cerah sikit dari dulu. Rasanya kena consume lagi ni untuk kesan yang lagi awesome. Kulit muka koko tu koko jugak kan. Hehe. Tapi serious, nampak lagi cerah.
  3. Nampak ketara perubahannya dekat bahagian siku. Shad suka sangat buat kerja sambil meniarap, so siku Shad jadi kering dan macam merekah gitu. Lepas consume Clinicell ni, wah, dah tak kasar kot siku shad. Part ni memang shad lompat sangat sebab suka. Siku dah cantik.
  4. Rambut gugur pun dah kurang. Ini memang awesome.
  5. Paling penting sekali tak ada kesan sampingan semasa Shad consume produk ni.
Nah tengok testimoni dari Shad ni. Sebelum dan Selepas penggunaan CLINICELL Oral Skincare. Shad start consume produk ni pada 16.2.2014 (Ahad)

SEBELUM

 

SELEPAS


 

Jangan komen apa-apa ye. Muka memang bare betul ni. Snap sebelum pakai bedak,
pakai lipbalm, eye shadow bagai. 100% tak edit ke-empat2 gambar atas ni.
-Kulit muka nampak la jugak putihnya. Cuma parut jerawat still nampak lagi.



Maklumat Syarikat :

CLINICELL COSMECEUTICALL (M) SDN BHD
No. 44 Bj 3, Taman Bukit Jaya, 
Bukit Antarabangsa, 
68000 Ampang, 
Selangor Darul Ehsan.

+603 4161 8199


Ps: Saya sebernarnya segan nak tunjuk gambar saya. Sekarang dah tembam. Ha, umur kita tahun ni (2014), 23 tahun uoll. Hehe.
Lot's of love from Shad, 2.3.2014 | 9.46pm

You Might Also Like

9 Comment

  1. Macam best je produk ni..kena tengok testimoni shad ni..jgn lupa updates every two weeks ya..wah demand lagi..

    ReplyDelete
  2. waaah bestnye dapat review product!macam best je clinicell ni :)

    ReplyDelete
  3. @RDZ Z hehe.. :D
    @shahida rahim AWESOME, RASA DIA PUN SEDAP. OREN.. HEHE.

    ReplyDelete
  4. huwaaaa FD je belum review lagi. baru minum sachet ke 3 >,<

    ReplyDelete
  5. tgk ramai gak blogger bt review ni..mcm best jek..hehe

    ReplyDelete
  6. Salam,
    Jika ada rakan blogger yang berminat untuk membuat produk review, sila emailkan < Saya berminat produk review clinicell > ke admin@clinicell.com.my Tq

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Heart 1

Travel & Beauty Blog

Sponsored