Girls day Outing | Promo Kasut Vern's RM9 Sempena Anniversary Vern's ke-9 Tahun

2:03 PM

Greetings and Assalamualaikum to all.

Semalam Shad keluar dengan kawan shad, yaya. Pergi melawat kawasan, dekat KUIN, Alor Setar. Kakak-kakak opis time Latihan Industri (LI) dulu duk sms/wasap banyak kali bila nak pi pulak. Alhamdulillah, berkesempatan jugak menjejak ke sana. Rindu dengan mereka juga. Diam tak diam dua jam jugak la duk dekat situ, borak punya borak kan. Dah la time koje waktu tu. Hehe. Mereka memang awesome, peramah dan happening. Baik sangat semua orang. Ingat lagi dekat budak praktikal macam kami ni ha. Terubat rindu dah sudah. The rest is history.

Then, dah alang-alang keluar tu, terus la pergi menjejak ke City Plaza kejap. Pi pejabat pos, pos hadiah pemenang GA juga. Tujuan utama shad dangan yaya ialah nak mencari sepasang kasut konvo nanti. Seriously dah lama tak beli kasut baru. Jalan punya jalan, shad grab sepasang kasut kat Bata kaler black, harga RM55.99. Dekat bata pun ada promo jugak. Kasut yang sepasang rm69.99, beli dua dapat rm120. Kasut rm49.90 beli dua dapat rm80.00.



Then jalan lagi, jumpa Vern's lak, punya lah exsited sebab ada promosi RM9 hengget. Memang tak pikir apa dah, grab je dua pasang terus demi nak dapat kasut rm9 tu. Punya lah lama shad dgn kawan shad, yaya tu dekat Vern's tu ha. Banyak gak pilihan, lawa-lawa jugak, tapi tu lah, standard size banyak dah out of stock. Ramai sangat dah yang pi grab kot. 



Yang kaler putih kat bawah ni, chantek sangat, I love it. Selesa sebab dlm dia, lembut ja tapak and mmg fit masuk dgn bentuk kaki. Okey, saiz 36, kecik je kaki shad, hehe :D Harga kasut yang kaler putih ni rm59.90. 2 inci sahaja yang ni.




Promo ni sampai bulan ni sahaja. 31.10.2014. Tinggal hari ni dengan esok saja. (Kakak juru jual tu la yang cakap). Kalau ada yang berdekatan, boleh la pi grab yea. Shad beli kasut yang kat atas ni, harga dia rm59.90. Belian kedua pulak dengan harga rm9 ringgit.( Harga asal kasut rm9 ni ialah rm49.90). Hehe. Boleh tahan la banyak pilihan kasut dia, dah la cantik, sedap pakai lak tu. So, memang tiada ragu-ragu lagi, terus ambik dua pasang.


Shad usha-usha promo ni dekat website Vern's, here you go,


Vern's 9th Anniversary
Valid date : 02 September - 14 November 2014.

You Might Also Like

6 Comment

  1. banyaknya beli kasut..hihi sama dengan saya masa duk belajar hari tu,,skrg dah ada anak dah tk leh nak beli kasut lagi..kena cut cost..lg2 bila hb sound..beli byk2 kasut simpan watpe dia kata..hehe

    ReplyDelete
  2. Wahhhhh murahnye
    Nasib lah takde nafsu nk beli kasut..
    Hee same la kaki kite pon 36 37 jugak tgk kasut...

    ReplyDelete
  3. wow sakan nyopping kasut. CT paling tak suka shopping kasut hahaha. sebab slalu kecewa size tak ada.. bila dah terpaksa sangat barulah pergi shopping.

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Informative

Travel & Beauty Blog

Sponsored