CABARAN NOVEMBER #1 - 11 Tempat ingin dilawati di Malaysia

by - November 04, 2014

Greetings and Assalamualaikum to all. Tuesday. 04.11.2014

Ternampak blogger Sofu Hashim Bercerita post entry dekat blognya tentang cabaran November, terasa nak join dan ingin mencabar diri. Terima kasih untuk ideanya ya tuan tanah Kathy Arbain


CABARAN NOVEMBER #1
11 Tempat ingin dilawati di Malaysia

Cerita bab travel dan holiday ni memang tak boleh la kalau tak tulis entry panjang.
Tapi akan cuba jugak buat ringkasan, travel is my passion lah kononnya ni. Dalam Malaysia
pun tak habis lagi jelajahnya. Hurm, jika berkesempatan, nak melawat :

1. Karambunai, Sabah


Tak pernah jejak lagi ke Sabah dan Sarawak. Teringin nak ke sana. Karambunai ni
memang dah lama ada dalam wish list. Ni semua gara-gara duk baca novel Hlovate.
Lagipun, pantai dia cantik sangat. Subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah kan.
Pantai boleh buat hati jadi tenang, sebab kat pantai kita nampak ombak, nampak laut luas
terbentang, nampak langit biru dan ia mengingatkan kita kepada kebesaran Tuhan.
"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang"

2. Cameron Highland, Pahang

Tempat ni tak pernah jejak lagi jugak. Macam best je kan, petik buah strawberry.
Wuhuu, tempat dia pun mesti dingin je kan, Tanah Tinggi, tempat tinggi selalunya
sejuk kan. Hehe. Yang menarik di sana lagi, ada Cactus Valley, Flower Farm, Ladang
Teh, Butterfly Farm, Rose Valley dan banyak lagi. Menariknya alahai.



3. Gunung Kinabalu, Sabah

Memandangkan shad ni suka aktiviti lasak, wish list yang satu ini masih menunggu masa
dan waktu yang sesuai untuk menakluki Gunung Kinabalu. Persediaan mental dan fizikal
mesti mau kental nih, semoga dipanjangkan umur, dan ada rezeki nak mendaki lagi.



4. Lost World of Tambun, Perak

Selalu balik Nilai - Kedah - Nilai memang confirmlah akan ikut highway Utara- Selatan.
Memang slalu la nampak signboard ke Waterpark ni. Teringin deh nak pergi. Some
other time maybe, nak angkut adik-adik yang 4 orang ni. Muat la kan 5 orang sebijik kelisa.
Antara yang menarik perhatian di sana termasuklah; Water Park, Amusement Park, Lost World Petting Zoo, Tiger Valley and ada jugak Team Building Program yang memang thrill.


Lost World Entrance Tickets
RM38.70 – RM45.00

Ticket Inclusive Access to:
Lost World Amusement Park - Lost World Water Park - Lost World Tiger Valley
Lost World Petting Zoo - Lost World Tin Valley - Lost World Hot Springs & Spa
- Lost World Lupe’s Adventure

Available only on:
Weekdays: 11.00am – 6.00pm / Weekends: 10.00am – 6.00pm


5. Gua Tempurung, Gopeng, Perak

Gua Tempurung yang terletak di Gopeng, Perak ini merupakan Gua Terbesar di Semenanjung Malaysia. Inilah masanya nak menghayati sendiri suasana berada di dalam gua kan.


Menarik juga aktiviti yang disediakan. Harga pakej pun berpatutan bagi Shad. Grand Tour untuk Adult (RM22), Children 6-12 years, (RM11). Grand Tour ni include a challenging and strenuous  tour for about 3 hours 30 minutes with Cave Ranger. A complete journey walking about 19km from entrance to Golden Floestone, Top Of The World with full length underground river untill the end of the cave. Selain dari aktiviti Caving - Golden Flowestone, ada juga flying fox, archery dan paintball marker shooting. 


6. Sungai Sedim, Kulim, Kedah

Walaupun Shad ni duduk Kedah, tapi tempat yang satu ni tak jejak lagi. Awesomenya kalau
dapat pegi ni, sebabnya ada banyak sangat aktiviti yang best-best and of coz, aktiviti lasak.
My passion. Ada yang nak join kroni dak, hehe. High five sikit untuk yang suka aktiviti lasak
macam shad, Hehe. Ni kalau dapat pergi dengan member2 uni ni best gak nih.


 Antara yang bestnya ada, - White Water Rafting Extreme - Waterfall Abseiling Sungai Sedim - Pendakian Gunung Bintang - Tree top walk - Night walk - Kayak - Sedim Explorace - Jungle Trekking - Rafting dan baanyaaakkkk lagi. Terbaik! Kalau yang nak buat program team
building ka, memang shad cadang kat sini, sebab banyak sangat outdoor aktiviti yang best.


7. Kota A' Farmosa dan Sungai Melaka

Negeri Hang Tuah ini masih belum ku jejaki, walaupun sebelah negeri ja dengan tempat
study dulu. Kalau anda yang baru masuk uni, ambik lah peluang keemasan ni, g jenjalan
dengan member. Time ni je pun yang memang betul-betul time nak holiday tak payah mintak
 cuti, tak ada komitmen sangat, tapi pelajaran tu jangan abai lak. Bandaraya Bersejarah akan
ditakluki sedikit masa lagi. InsyaAllah, aminnn. Antara lain yang menarik ialah River Cruise,
pelayaran di Sungai Melaka, Menara Taming Sari, Makam Hang Tuah, Muzium Warisan Baba
dan Nyonya dan banyaaakkkk laagiii.



8. Kg Kelip-Kelip, Kuala Selangor

Alangkah romantiknya kalau ada orang melamar kat tengah-tengah cahaya kelip-kelip
yang banyak tu kan, tapi kang terkejut sampai terjatuh cincin tak ke naya pulak eh, hehe.
Tapi macam best je kan, huhu.

9. Pulau Tioman


Kalau pergi pulau kan, the best part is snorkeling. Bagi yang ada diving licence boleh lah
diving. Island hopping dan pakej bulan madu pun ada, hehe.Bestnya. Cantiknya tengok keindahan dalam laut biru kan, ikan, batu karang. Antara aktiviti lain yang menarik termasuklah;
banana boat, jet ski, kayak, waterski, fishing trip dan lain-lain lagi. Rugilah kalau pergi pulau,
 tapi tak snokerling kan, hehehehe. Kalau yang sukakan aktiviti lasak, wajib pergi Pantai Juara,
Pulau Tioman kerana menariknya ialah cabaran ‘rock-climbing’ di Gunung Nenek Semukut.

10. Pulau Perhentian, Terengganu

Yeay, pulau lagi kan. Pulau Perhentian merupakan antara 50 pantai tercantik dunia 
menurut CNN. Awesome kan. Yang lebih menariknya, ada penyu. Dan snorkeling lagi.



11. Sabah

Kalau boleh nak pergi ja semua tempat kat Sabah ni ha. Semporna, Pulau Sipadan,
Mabul & Kapai.Alahai banyaknya tempat yang menarik kan.

Banyak kan tempat-tempat menarik di Malaysia ni. Saya sayang Malaysia. Cewaahh. Senarai kat atas ni antara yang shad tak pernah lagi jejak, rasanya sikit sangat kot shad ni g jenjalan atau tak ingat dah ke mana. Rasanya jika nak disenarai pendek dan panjang tempat-tempat menarik ni, mau berminggu baru siap entry ni. Banyak sangat tempat menariknya, kalau ada bajet, jalan je.

Antara tempat yang dah pernah Shad jejak, Pulau Pangkor, Pulau Langkawi, Genting Highland, Port Dickson, Broga Hill, Hiking at Gunung Arong Johor, Zoo Negara, Zoo Taiping, Menara Alor Setar, Perlis, Kelantan + Terengganu, Batu Feringgi, I-City Shah Alam, Tekala Waterfall, and some other places. Tak berapa ingat sudah. Huhu. Nampak benar dah lama tak pergi holiday kan. Yang penting sekali, diri ini telah menjejakkan kaki ke Seoul, Korea. Yehaa.. Ok then, thank you sebab baca entry panjang ni. Tak boleh nak control kalau citer bab travel n holiday nih. Tq.

Credit gambar dari google.com/images

You May Also Like

5 Comment

  1. tree top walk sedim best.. seram aje nampak air sungai lalu kat bawah.. tapi tak berapa sesuai nak picnic sebab air deras. mmg sesuai nak aktiviti lasak.. karambunaaai memang cantik. pernah smpai ke nexus saja. kawasan hotel tp tak pusing habis..

    ReplyDelete
  2. Ramai jugak nk g sabah ni kan?? Dah bleh bt rombongan nanti ni...
    Ayu pin trign sgt nj g sane...
    Org kate sane byk sgt tpt2 menarik..

    ReplyDelete
  3. tringin gak nak tawan gunung kinabalu tuh..

    ReplyDelete
  4. sabah serawak,xpernah p lg...nti kalu ada rombongan buleh joint

    ReplyDelete
  5. semua tempat diatas kak ekin tak pernah pergi langsung... tunggu bulan madu pun xtaw lagi abang bz keje sekarang tak sempat nak pergi mana-mana... sabar jer la semoga ada la nanti hari itu..

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You