CABARAN NOVEMBER1 #2 - 11 Tempat Ingin dilawati di Dunia

7:52 PM

Greetings and Assalamualaikum to all.

Hope that it can give some idea to those yang bercadang nak travel dalam masa
terdekat atau terjauh ni. Cewah. Sama-sama kita kongsi passion ni yea.
Harap sangat entry kali ni tak panjang sangat macam entry Cabaran November1 #1
Tempat ingin dilawati di Malaysia. Tapi, kalau story pasal travel ni, aduhai.. Layan je lah.


CABARAN NOVEMBER1 #2 - 11 Tempat Ingin dilawati di Dunia 

1. Kota Mekah, Arab Saudi.


This is the place yang semua Muslim idamkan. No doubt. Allahuakbar. Buat Umrah dan Haji. Semoga kita punya waktu dan kesempatan, juga punya usia yang panjang, juga punya kesihatan yang baik untuk bersama-sama sampai ke bumi Barakah. Allahuakbar. Kota Mekah juga merupakan tempat lahir nabi Muhammad S.A.W. Di sini juga terletaknya Masjidil Haram yang mana terdapatnya Kaabah. Antara tempat-tempat lawatan di Mekah ialah; Jabal Thur, Jabal Rahmah, Padang Arafah, Mudzalifah, Jamarat, Mina, Jaaranah, Jabal Nur dan banyak lagi.

2. Makam Nabi Muhammad S.A.W, Madinah

Madinah ialah kota paling suci yang kedua bagi umat Islam. Hal ini adalah kerana di Madinah terletaknya Masjid an-Nabawi yang mana terdapat makam Nabi Muhammad SAW.


3. Busan, Korea

Alhamdulillah, selamat sudah menjejak tanah Seoul, South Korea akhir tahun lalu.
Tapi tak puas lagi terjah sebab limit tempat yang pergi tu. Hanya sempat ke 
Geogbokgung Palace, Namsam Tower, love pad lock, Teddy Bear Museum, Itaewon, 
Masjid Itaewon, Nandaemun Market, Seoul Animation Center, Cartoon Museum, 
Myeongdong dan Hanyang Cyber University.


Kalau ada peluang, nak menjejak ke sana lagi and of course it's trip to Busan and 
Nami Island. Another attraction at Korea include; Cheonggyechon Stream, Hangang Park, 
Banpo Moonlight Rainbow Bridge, Lotte World Theme Park, Namsagol Hanok Village 
and many more. Hehe. Torbaik. Nak pergi laagii... Busan Tunggu Aku Datang!

4. Netherlands

Amsterdam, Zaanse Schans, Volendam, Marken, Delft, The Hague, Madurodam,
I Amsterdam Sign, Madame Tussauds. Senarai semua sekali, tu dia, ni gara-gara
baca blog CT ni, buat shad terbayang-bayang macam pi sana jugak. The beauty of scenery.


Holland, ada tulip dekat Kuekenhoft. Windmill lagi. So teringin nak pi tengok ladang tulips ni ha, Novel Hlovate ada cerita pasal Holland ni jugak. Hehe. Kalau nak beli survenir yang murah, Volendam tempatnya, nak beli pottery Holand yang cantik-cantik kena pergi ke Royal Delft, kalau anda nak tengok ala-ala Kuala Lumpur - Putrajaya di Holland kena pergi The Hague. The Hague Tower pun macam awesome gak. Kena pergi Madurodam untuk tengok replika Netherlands and miniature too. Kalau dah jejak bumi Amsterdam, rugi kalau tak singgah ke I AMSTEDAM, list wajib, bukti dah sampai Holland tu, hehe. 

Another awesome place to go is Madame Tussauds, ada banyak waxworks kat sana. Edward Cullen pun hado. So awesome semua tempat dia. Credit to : http://sitiyangmenaip.blogspot.com/

5. Tokyo, Osaka, Kyoto, Jepun

This is an amazing place too. Ada gunung Fuji. Sekali travel ke Jepun confirm-confirm kena ada RM6K uolls kalau nak jelajah Tokyo, Osaka dan Kyoto. Antara tempat menarik di jepun termasuklah Togawa Oshi House, Gunung Fuji, Fujikyu Highland (taman tema dekat Gunung Fuji), Narusawa Ice Cave, Gua Angin ( travel Guide ke Gunung Fuji) > www.mtfujitour.com. RM6K tu bajet ke Tokyo, Osaka dan Kyoto. Jom ler kumpul 6k dulu baru leh berangan nak ke Jepun.


Tempat best dekat Tokyo; Tokyo Sky Tree (menara tertinggi di dunia), Disneyland Tokyo, dan Gunung Takao. Di Osaka yang best ialah, Kaiyukan Osaka Aquarium, Osaka Castle Park. Tempat wajib dilawati di Kyoto termasuklah Arashiyama Bamboo Forest, Kuil Kiyamizudera, Kuil Fushimi Inari, Gion, Istana Nijo dan Yodobashi. Rasanya banyak giler tempat menarik. Owakudani, Hakone tak masuk lagi dalam senarai nih. Dekat Hakone banyak gak tempat best-best. Makanan of coz nak try Onigiri. Hehehe. Credit info to http://travelog.my and www.wowjepun.com

6. Niagara Fall, United States

This is kind of awesome too. Attraction there, Niagara Falls State Park, Great Lakes Garden, 
Niagara Jet Adventure, Niagara Biking and Hiking, Niagara Birding, Niagara Fall Walking Tour
dan banyak lagi, tunggu nak pilih dan keluar duit jer.


Credit info to http://www.niagara-usa.com/

7. Eiffel Tower, Paris

Sapa tak mau pergi kan kota romantis ni kan, huwaaarrr.. 



8. Perth, Australia


I got so jealous to my friend, she got to travel to Australia last year. She gave a little koala bear as a token. I always read blog Our Life in Perth, WA and sometimes make me feel whooaaahh. Haha, the expends quite high though but, it's worth. Tak tertaip kat sini, banyak sangat tempat menariknya alahai. Antara yang menarik di Perth ialah; Freemantle, Fisherman's Harbour, Kings Park dan Botanic Garden, Swan Valley, Whiteman Park, Penguin Island, Fremantle Chocolate Factory, Willow Spring Orchard dan Waterwheel Orchard. Tu baru dekat Perth kan, tempat lain banyak lagi jugak, seperti di Sydney, Gold Coust, Melbourne, Canberra, Brisbane dan banyak lagi. Credit info, http://umiyumi2.blogspot.com dan \http://www.australia.com/.

9. Turki

Intanbul, Ankara here I come. Hehe. Kalau sampai ke Turki, antara tempat menariknya
termasuklah Istanbul, Konya, Cappadosia, Denizili dan Ephesus. Meh sini nak senaraikan
satu pesatu mengikut senarai tadi, hehehe.. Mula dengan Istanbul Aku Datang dulu hokey.


Istanbul
Hagia Sofia, Topkapi Palace, Galata Bridge, Taksim Square, Istiklal Street, 
Shopping di IVM Cevahir Mall dan Selat Bhosporus

Cappadosia
Selime Monastery, Ihlara Valley, Kaymakli Underground City, Uçhisar Castle,
Goreme Open Air Museum

Konya - Bandar ahli sufi, Mavlana Rumi

Ephesus - Rumah Mayram, ibu Nabi Isa a.s dan Ephesus The Ruin City

Denizili - Pamukkale dan Hierapolis.

Whoaaa, banyak gilos tempat best. Again, kumpul duit bebanyak dulu. Tak pun
berangan je dulu. Mana tau angan2 menjadi kenyataan kan. Hehehe.
Sumber : http://travelog.my


10. Andalusia, Sepanyol

Merupakan sebuah wilayah Sepanyol. Andalusia terkenal kerana menjadi pusat kerajaan Islam Bani Umaiyyah pada abad ke-8. Bandar-bandar seperti Cordova dan Granada telah berkembang menjadi pusat ilmu serantau pada zaman itu.


11. Laut Mati, Jordan

Laut Mati merupakan tasik air masin yang terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat. Pantainya berada di kedudukan serendah 418 m di bawah aras laut yang merupakan kedudukan terendah di atas daratan dunia. Ramai dari kita lupa bahawa laut mati ada kisah yang harus menjadi tauladan pada kita, kisah dimana kaum lelaki suka pada lelaki. Kisah nabi Lut dan kaumnya. I wish I could go there. Sumber info, http://ibnuwafi.blogspot.com/

=========================
Ok then, hanya mampu teringin dan berangan je lah kan. Kalau betul nak menjejak 
all those places, I should fine someone so-called rich price charming, haha.*Verangan*
So kay lah, plan satu-satu dulu. Kumpul duit sikit-sikit, then boleh la travel. May Allah
ease everything. Be Positive and InsyaAllah in God's Will, may dream comes true.
=========================


You Might Also Like

5 Comment

  1. waaa teringin nak p semua tempat ni :D

    http://iolacaviarofficial.blogspot.com/2014/11/hello-world.html

    ReplyDelete
  2. Heee same la mesti nak ke mekkah dulu kan?? Pastu nak ke korea.. best3 sane byk tpt2 menarik

    ReplyDelete
  3. @Iola Hehehe, kann, best semua..
    @hidayu ayumie ya, mekah duluu... hehe.korea best akak.. :D

    ReplyDelete
  4. CT tengah pulun ngumpul nak pi korea plak.. cover Busan terus. tapi kawan tak dapat cuti lagi.. kena berteman baru boleh jalan-jalan.. kalau dak mak tak kasi..

    ReplyDelete
  5. kak ekin pun teringin nak pergi semua tempat di atas tu... :)

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Informative

Travel & Beauty Blog

Sponsored