Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Terbukti Berkesan | It's a Review

11:43 AM

Greetings and Assalamualaikum to all.

Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Terbukti Berkesan



Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Terbukti BerkesanSetelah lebih seminggu menggunakan gelang ini, kini tibalah masanya untuk review. Alhamdulillah, kerana diberi peluang dan kesempatan buat Shad dan keluarga untuk menggunakan gelang yang sangat berguna dan bermanfaat ini. Terima kasih Blogger Mia Liana dan Malaysia Bugslock - Syarikat X Cube Enterprise.

Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ini merupakan satu inovatif dari negara Korea. Peciptaannya bertujuan untuk menghalau nyamuk dengan menggunakan 100% bahan semulajadi tanpa bahan kimia serta aroma serai wangi. Produk anti-nyamuk yang berkesan ini didatangkan dalam bentuk gelang menjadikan ianya sangat kreatif. Maklum mengetahui, kadar peningkatan kes malaria semakin merisaukan disebabkan peningkatan jumlah nyamuk. Antara inisiatif kita ialah dengan penggunaan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ini. Maklumat penggunaannya ada Shad nyatakan di dalam entry lepas, klik untuk mengetahui secara lanjut di sini

Gelang Penghalau Nyamuk. Benda pertama yang akan bermain di minda semua pengguna dan pembeli ialah, sejauh mana keberkesanan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ini  menghalau nyamuk. Maka dengan rela hatinya shad buat experiment kat bawah ni demi nak mendapatkan kepastiannya. Ta’ajub sekejap. Tak sangka Bugslock ni memang awesome sangat. Experiment telah berjaya. Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ini terbukti dapat menghalau nyamuk dengan berkesan2 gambar di bawah ini menunjukkan gambar semasa menggunakan Bugslock dan tidak menggunakan Bugslock pada tempat yang sama dan waktu yang sama. 

Gambar 1: Tidak Menggunakan bugslock


Gambar 2: Menggunakan Bugslock



Faktor ke dua yang dititikberatkan dalam menggunakan sesuatu produk ialah keselamatan. Dan ternyata Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ini terbukti selamat digunakan. Alhamdulillah, tiada kesan sampingan semasa shad dan keluarga menggunakannya. Dengan penggunaan Bugslock, ternyata ia sangat sesuai digunakan sebagai cara mengusir nyamuk dengan berkesan. Ternyata Bugslock Gelang Penghalau nyamuk ini memberi satu keajaiban dan kebaikan kepada shad dan keluarga apabila tiada lagi gangguan nyamuk yang banyak semasa melakukan aktiviti seharian.

Antara aktiviti seharian Shad dan keluarga termasuklah:

Berkebun – Berkebun merupakan aktiviti sihat shad dan mak. Tanah kampung, jika tak diusahakan memang rugi. Gambar di bawah ni, semasa mengambil lengkuas di laman rumah, dan rebung hutan*disarankan untuk memakai lebih dari satu, jika ada apabila anda masuk ke hutan. Nyamuk kat dalam hutan memang lebih luar biasa banyaknya.

 

 

Membersihkan halaman rumah – Aktiviti wajib harian dan mingguan di laman rumah. Menyapu laman, menebas semak-samun dan mesin rumput.




 

Beriadah bersama keluarga – Aktiviti riadah yang menyihatkan seperti bermain badminton ini sangat menggembirakan apabila tiada lagi gigitan nyamuk. Gambar Dik Ah dan Dik Im tengah main badminton di laman rumah.



Minum petang di laman. - Petang-petang memang best duduk bersantai di gazebo sambil minum petang. Tambah lagi bila ada goreng pisang panas kan. 

Berkhemah/ Camping/ Masuk Hutan – Yang ini shad bagi ayah Shad pakai semasa ayah ditugaskan untuk outstation masuk ke hutan. Maklum sahaja, ayah shad kerja dengan Jabatan Perhutanan, dan tanggungjawab kerja menuntut ayah untuk selalu ke hutan dan bermalam di sana. “Gelang ini sangat membantu menghalau nyamuk” – kata ayah.

Penggunaan di dalam rumah. Biasanya nyamuk akan mula banyak pada jam 6 petang ke atas dan pada waktu malam. Gelang ini shad slalu letak dekat kepala katil dan pakai di pergelangan tangan sehinggalah waktu masuk tidur, baru masukkan semula dalam packagingnya. Memang kurang dan hampir tiada nyamuk yang kelihatan beterbangan di dalam bilik.


Review Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk dari Shad:
  • Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk produk anti-nyamuk yang berkesan. Alhamdulillah, dengan adanya Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk  ini, ianya memberi kemudahan kepada shad dan keluarga dalam melakukan aktiviti seharian tanpa ganguan nyamuk lagi. Experiment telah berjaya dengan jayanya.
  • Bugslock sangat mesra pengguna. Gelang ini sangat mesra pengguna kerana ianya boleh di bawa ke mana sahaja, saiznya yang kecil dan ringan sangat-sangat convenient dan memberi kemudahan kepada penggunanya .Bugslock juga boleh digunakan oleh semua lapisan umur, dari bayi sehinggalah warga emas lelaki dan perempuan. Dan satu lagi, ianya nampak cute dan comel dipakai dengan adanya bermacam-macam warna, nampak seperti memakai bracelet pula. Hehe.
  • Bau dan Aroma Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk sangat best. Gelang ini mempunyai aroma semulajadi 100% serai wangi. Sangat-sangat mesra alam. Shad ni jenis yang tak tahan dan tak boleh hidu bau yang kuat seperti Ridsect atau ubat nyamuk. Maka, Shad merasakan Bugslock ini adalah jalan terbaik untuk shad bagi mengelak kena gigitan nyamuk.
  • Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Selamat digunakan dan tidak beri kesan sampingan. Perkara yang paling penting sekali ialah faktor keselamatan. Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ini selamat dan tidak memberikan kesan sampingan atau kemudaratan kepada kita. Bugslock selamat digunakan kerana ianya menggunakan 100% bahan semulajadi tanpa bahan kimia.
  • Packaging/ Bungkusannya yang sangat memudahkan. ini kerana ia mempunyai zip lock dan ianya kalis air. Masukkan gelang penghalau nyamuk ke dalam packaging apabila tidak digunakan. 


Shad mengesyorkan Busglock Gelang Penghalau Nyamuk ini kepada anda yang sering kali terlibat dengan outdoor aktiviti. Sangat best gelang ni. Shad bagi 5/5 bintang. Bagi aktiviti seperti camping atau hiking, atau outdoor aktiviti yang lebih ke arah menerjah hutan yang banyak nyamuk shad cadangkan anda menggunakan bugslock yang baru dibuka dari bungkusan kerana ia dapat memberikan 100% lebih keberkesanan. Kalau ada lebih, pakai dua gelang. Apa-apa pun, ini merupakan ikhtiar kita untuk mengelak dari terkena gigitan nyamuk. 

Meh Shad bagi info sikit berkenaan dengan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ni, 

Bahan-Bahan :-
  1. 100% semulajadi penting termasuk minyak lavender, dan lain-lain (30%)
  2. Lengai (70%)
  3. Berat Bersih (3g)
Jangka Masa Penggunaan :-

Bugslock boleh digunakan untuk masa terkumpul sehingga 240 jam, bukan 10 hari. Contohnya jika anda menggunakannya selama 10 jam, selepas 1 bulan, ia masih mempunyai baki 230 jam. Sila simpan kembali ke dalam pek asal selepas anda menggunakannya.

Bugslock boleh digunakan semasa :-

  • Berkebun
  • Makan angin
  • Aktiviti luar untuk ibu bapa dengan anak-anak
  • Sukan luar (outdoor) seperti memancing, mendaki, perkhemahan dan lain-lain
  • Aktiviti luar yang tidak melibatkan air
Di mana boleh dipakai :-
  • pergelangan kaki (dicadangkan untuk bayi)
  • pergelangan tangan
  • kerusi bayi

Jangan tunggu-tunggu lagi, sebabnya tak rugi jika memiliki Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ni. Nyata berkesan, selamat digunakan dan sangat mesra pengguna. Paling penting sekali, tiada lagi gigitan nyamuk pengganggu aktiviti seharian kita dan keluarga.

Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk yang ORIGINAL dari Korea
boleh dibeli secara online di :- 



Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com ini dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh Malaysia Bugslock - Syarikat X Cube Enterprise. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

You Might Also Like

13 Comment

  1. baguslah kan shad kalau berkesan... ^_^

    ReplyDelete
  2. good luck..memng best bugslock ni..nad pun dh try

    ReplyDelete
  3. Terbaik!!!
    Good luck.
    Jemput join ke GA saya untuk menang hadiah wang tunai sehingga RM200

    http://providenetwork.com/giveaway-mudah-di-providenetwork-com_tonton-video-menang-wang-tunai/

    ReplyDelete
  4. kalo berkesan baguih..
    ni tido dalam ekon n berbalut badan pun ade nyamok lagi.. penah gak p kt hotel keje pukul nyamok..

    ReplyDelete
  5. Salam... Terima kasih sudi berikan komitmen untuk review Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk

    Senarai peserta ada di http://www.mialiana.com/2014/11/giveaway-bugslock-review-bugslock.html

    - Mia Liana -

    ReplyDelete
  6. tahniah dd boleh belnja akak ya hahha awk menang rm200

    ReplyDelete
  7. tahniah ya...

    http://www.mialiana.com/2014/12/pengumuman-pemenang-giveaway-bugslock.html

    ReplyDelete
  8. Memang review yang terbaik!!!
    Tahniah Shad..

    ReplyDelete
  9. tahniah shad :) terbaikla review ni... :)

    ReplyDelete
  10. tahniah tau.. blanja akak skit.. hehehe..

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Informative

Travel & Beauty Blog

Sponsored