PRAY For Mangsa Banjir | PRAY For MALAYSIA

2:30 PM

Greetings!


Hari ni 24.12.2014
Tragedi Tsunami 26.12.2004 (10 Tahun dah berlalu)

Keadaan Banjir di Kelantan dan pantai timur semakin parah dan mencemaskan. Paras air naik di kebanyakan kawasan. Rumah sudah dinaiki air. Lebih dari 18 Ribu mangsa banjir dipindahkan ke tempat lebih selamat setakat pagi ini 24hb12. Semua dinasihatkan supaya berhati-hati dan berjaga-jaga. Musibah banjir ini adalah ujian dari Allah kepada kita semua yang telah ditetapkan bagi menguji keimanan dan kesabaran hambanya-Nya. Kena terima dengan lapang dada dan tabah. Di Pahang jugak bajir. Banjir di daerah Kuantan semakin membimbangkan. Kat Terengganu pun banjir. Pagi tadi jugak ada berlaku tanah runtuh dekat Grik. Semoga semuanya baik-baik saja. Semoga banjir makin surut, semoga hujan makin reda.

"Wahai bumi telanlah airmu, Dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu".
 Surah Hud 44

Ya Allah, redakanlah bencana banjir yang kami alami.. elakkan la dari berlaku bencana2 yang lebih besar dari biasa.. kasihanilah kami semua Ya Allah.. Sesungguhnya Engkaulah penentu segalanya.. Bantulah kami mangsa2 bencana alam.. Kami bermohon kepadaMu.. Engkaulah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Makbulkanlah doa kami ya Allah.. Amin ya rabbal alamin..

#prayfor #mangsabanjir #pantaitimur #malaysia


Maklumat-maklumat semasa boleh terus ke, www.bharian.com.my/semasa

You Might Also Like

4 Comment

  1. harap2 semuanya kembali pulih..doakan mereka..

    ReplyDelete
  2. Ya Allah.. besar ujian and dugaan diorang kali ni.. seram sungguh tengok gambar gambar yang dok dapat kat wasap.. mampu tolong doa..

    ReplyDelete
  3. Kita sama-sama doakan semuanya selamat dan akan pulih seperti sedia kala.

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Heart 1

Travel & Beauty Blog

Sponsored