11 Tips Harian Untuk Pelajar

8:39 AM

Greetings!

Selamat kembali ke sekolah diucapkan buat adik-adik semua. Cewaaahh.. adik-adik tu, gaya macam Shad ni muda lagi ja. Hhehe. Apa-apa pun, aim/azam mestilah untuk belajar rajin-rajin dan lebih gigih lagi sebab nak bahagiakan mak dan ayah dengan kejayaan kita nanti. Bagi yang akan berhadapan dengan peperiksaan besar tahun ni, good luck in advance. No last minutes study okkey. Jom tengok 11 Tips Harian untuk Pelajar. Moga bermanfaat.


11 Tips Harian Untuk Pelajar

1. Mandi waktu pagi antara pukul 1pg - 6pg. 
Pada waktu ini,sangat bagus mandi,kerana ia akan mengurangkan lemak dalam badan.

2. Jika bangun pukul 4 dan ke atas, jangan lagi tidur selepas itu, kerana jika tidur semula,
 akan melemahkan badan.

3. Sarapan antara pukul 7pg - 7:30pg. 
Bagus sarapan pada waktu ini kerana ia akan meningkatkan kadar metabolisme dalam badan.

4. Datang ke kelas seeloknya 10 minit awal atau lebih awal, kerana ia adalah adab, 
dan mungkin ada keberkatan di situ.

5. Makan tengahari dengan kadar biasa, selepas setengah jam, tidur seketika 10-15 minit, 
kemudian basahkan kepala untuk kembali segar.

6. Lakukan aktiviti fizikal selepas asar,kerana waktu ini tidak sesuai untuk belajar.
 Jadi,gunakannya untuk sebarang aktiviti fizikal.

7. Mandi malam lebih kurang antara pukul 6ptg - 6:30ptg. 
Jangan beriadah terlalu lama, kerana ia akan meletihkan badan pada waktu malam.

8. Luangkan masa maghrib-isya` kepada Allah, 
kerana waktu ini adalah waktu tenangkan minda dengan terapi.

9. Mula study lepas isya`. Hanya ambil masa 30 minit untuk satu subjek, 
seterusnya subjek lain, sampai cukup 2 atau 2.30 jam untuk setiap malam.

10. Tidur awal, lebih kurang pukul 11 atau 11:30 mlm. 
Kerana pada waktu ini, hormon dalam badan perlukan rehat untuk memproses badan dengan baik.

11. Jangan lupa bertahajud dan qiamullail,kerana inilah ikatan yang kukuh antara hamba dan Penciptanya.



#wallahu'alam moga bermanfaat

You Might Also Like

4 Comment

  1. Orang kerja pun boleh guna tips nie... Nice sharing yer Shad ^-^

    ReplyDelete
  2. Tips yang sangat berguna..boleh dipraktikkan :)

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Informasi

Travel & Beauty Blog

Sponsored