Glamoskin Dari Legacy Secret | It's A Review

9:20 PM

Greetings!

Glamoskin Dari Legacy Secret | It's A Review - Anda pernah dengar Harum Malam dari Legacy Secret. Produk yang sangat mendapat perhatian bukan. Pada 30 Oktober 2014 yang lalu, Legacy Secret telah membawa produk baru dari Korea! iaitu Glamoskin. Eh, Korea lah.


Kajian mendapati kesan penggunaan Glamoskin lebih cepat berbanding produk lain. Ini kerana Glamoskin diperbuat daripada Collagen Gel dengan penggunaan teknologi terkini dalam bidang kosmetik. Tekstur gel mampu menyerap 70 % lebih cepat dan berkesan berbanding tekstur krim. Penemuan formula terbaru Niacimade PC merupakan penemuan terbaru dalam industri kecantikkan dan kosmetik di negara-negara maju seperti Korea dan Jepun.


Kelebihan Produk Glamoskin berbanding Produk Lain :

1. Bahan Alami dari Ekstrak Tumbuhan.
2. Paduan teknologi Nano dengan bahan aktif dari Korea.
3. Bebas Merkuri dan Hydroquinone.
4. Perbezaan dapat dilihat setelah 30 hari penggunaan.

Pastinya Glamoskin HALAL dan selamat digunakan. Glamoskin juga telah didaftarkan dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia dengan No Not : NOT140703528K. Glamoskin didatangkan dengan dua rangkaian produk iaitu Glamoskin Cleanser dan Glamoskin Collagen Gell.

Glamoskin Cleanser dan Glamoskin Collagen Gel

Glamoskin Cleanser

Kandungan Glamoskin Cleanser; Glutathione, Hyaluronic Acid, Acetyl Hexapeptide, Niacinamide PC, Apple Stemcell, Tanaka dan Glycerine. Glamoskin Cleanser ini menggunakan teknologi baru. Antara ciri-ciri yang terdapat pada cleanser ini termasuklah :
  1. Pencuci
  2. Pemutih
  3. Pewangi
  4. Penstabil
  5. Membantu proses penyerapan Glamoskin Collagen Gell pada kulit 
  6. Mempercepat proses pemulihan



Glamoskin Collagen Gel

Kandungan Collagen Gell; Hydrolyzed collagen, Niacinamide PC, Adenosine, Sodium hyaluronate, Panthenol, 3G-Bio complex, dan PhtoOligo. Antara kebaikannya termasuklah :
  1. Membaiki DNA kulit, 
  2. Mengawal penghasilan minyak,
  3. Mengecilkan liang pori,
  4. Memutihkan, menghilangkan Pigmentasi, 
  5. Mencegah kesan buruk sinar UV matahari pada kulit.


Cara Penggunaan : 

1. Bersihkan wajah dengan Glamoskin Cleanser dengan sempurna.
2. Setelah wajah dibersihkan ambil sedikit gel dengan hujung jari.
3. Sapu nipis dan merata pada wajah (di sapu lembut) hingga butiran gel meresap ke dalam kulit.
4. Amalkan setiap pagi sebelum make-up dan malam sebelum tidur.
5. Gel boleh diguna pakai siang dan malam.
6. Cleanser boleh diguna setiap kali mencuci muka.



Review Penggunaan Glamoskin dari Shad

What I like about It. Shad suka Cleanser dia. Wangi. Bau Epal. Segar je bila guna. Packaging Cleanser sangat memudahkan. Just picit sikit aje, buih banyak. Menjimatkan. Collagen Gel dia wow awesome. First time ada gel-gel gini. And dia mmg cepat serap ke kulit. Rasa segar jugak bila apply gel tu kat muka. Lepas 3 minggu guna, yeah, nampak jugak perubahan tona kulit tu. Nampak lagi sekata. Nampak makin cerah sikit. Jerawat pun tak naik. 

What I don't like about it. Tapi kan, shad pakai cukup 3 minggu saja, sebabnya maybe tak sesuai dgn kulit muka shad kot. It peeling so much. Tanggal sel kulit mati ke kalau peeling2 ni. Tapi sampai 3 minggu pun peeling lagi eh? Ohho, tak pasti lak. Then Shad decided untuk Stop guna. Yeah, ada la rasa a bit regret beli sebab guna tak habis Tapi tak apa lah. Mungkin produk mahal tak serasi dengan Shad. Hehehe. Mahal kot, rm150 tu. Hehe.

Overall & Recommendations. Sangat best bau dia. Ada bau-bau buah epal hijau. It make my face more fresh after applying both cleanser and gel. After using it for 3 weeks, I notice that my tone skin is likely 'lebih sekata' and brighter walaupun it was a bit peeling off my skin and slightly drying too. The price is quiet pricey for me since I'm currently unemployed. Hehe. But I think it's worth to buy coz of the awesome ingredients. That all.


Product Information

Name : Glamoskin Cleanser & Glamoskin Collagen Gel
Net Weight : Glamoskin Cleanser(50ml) & Glamoskin Gel (25g)
Price : Got myself pada harga RM150.00/set (promosi that time)
Where to buy : GSkinSolution

**Disclaimer : This product were bought with my own money.

You Might Also Like

0 Comment

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Informative

Travel & Beauty Blog

Sponsored