Jom Bantu Mangsa Banjir #misibantuanbanjir

10:52 PM

Greetings!

Jom Bantu Mangsa Banjir #misibantuanbanjir

Jom Bantu Mangsa Banjir #misibantuanbanjir. Kempen dari Lazada kali ni bagi Shad memang cool sangat. Sambil membeli sambil menderma. Tak salah kan untuk saudara kita yang ditimpa musibah banjir. Bila tengok berita cerita pasal banjir ni, rasa nak sangat pergi sana jadi sukarelawan, tapi ya lah, tak kesampaian sebab ada anak isteri, mak ayah yang kita nak jaga. Nak beli barang keperluan dengan kuantiti banyak pun, perlu difikirkan transportation untuk ke sana. Dan, ya memang mudah kalau kita nak bantu dengan transfer duit kan, tapi at the end, kita terfikir, sampai ke manalah duit kita tu sebenarnya. Sampai ke dekat saudara kita yang ditimpa musibah banjir. *Sigh. 

Maka, Shad katakan Kempen dari Lazada kali ini agak cool. Kita beli sambil menderma. Jom baca lebih lanjut mengenai kempen ini.


Lazada telah melancarkan 1 kempen untuk membantu mangsa banjir iaitu Flood Relief Drive [klik]. Maklumat tentang kempen tersebut adalah : 
  1. Semua barang keperluan untuk mangsa banjir dijual dengan separuh harga. Separuh harga ditanggung sepenuhnya oleh pihak Lazada. 
  2. Barang yang dibeli akan diberi kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia untuk dikumpulkan dan diderma kepada mangsa banjir. 
  3. Pembeli akan mendapat confirmation email tentang barang yang dibeli.
  4. Lazada Malaysia akan berkongsi hasil derma kepada umum setelah campaign berakhir.
Contohnya :

Milo tin 1.5kg , harga pasaran RM 39.10, Beli dan derma di Lazada Malaysia hanya  RM19.60. Lazada bayar sebahagian dari harga milo iaitu RM19.50. 

Sila ke laman website Lazada Malaysia ini maklumat lanjut :


Antara yang sempat shad snapping tool di website Lazada,


Jom kita sama-sama bantu mangsa banjir. Bantu dari jauh dengan menderma sahaja yang mampu. Pray for pantai timur.

You Might Also Like

6 Comment

  1. owh, cmni pun boleh naa.. gud
    insyaAllah dpt smbutan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn.. banyak pihak yang open untuk sama2 membantu..

      Delete
    2. Banyak saluran bantuan.
      Alhamdulillah.

      Delete
  2. sama-sama kita bantu mereka sebaik mungkin... :)

    ReplyDelete
  3. memang betimbang rasa lazada ni..moga dapat ringankan kesusahan mangsa banjir :)

    pstt.. saya klik2 nuff sini jugak

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Informative

Travel & Beauty Blog

Sponsored