Lima Perkara Unik Tentang Jepun

6:15 PM

Greeting and Assalamualaikum!

Credit image, FindYourJP

Lima Perkara Unik Tentang Jepun. Jika ditanya kepada mereka yang berkesempatan menyambung pelajaran di negara Jepun, mereka yang bekerja di Jepun, sudah semestinya Jepun dianggap sebagai rumah kedua bagi mereka, sehingga ada yang mengambil keputusan untuk bermastautin di sana. "Ya, saya sudah Jatuh Cinta dengan Negara Jepun." kata mereka. Yang sudah berkali-kali melancong ke Jepun juga mengatakan, tidak jemu untuk ke sana lagi. Inikan pula bagi yang pertama kali ingin menjejakkan kaki ke negara matahari terbit itu, pastinya cukup teruja. Ditambah pula dengan keunikan negaranya yang menjadi bualan ramai. Antara keunikan negara Jepun termasuklah;
  1. Budaya Positif.

    Siapa sahaja yang mengunjungi ke Jepun, sudah pasti akan berasa kagum dengan rakyatnya yang bersopan santun dan sangat menghormati orang luar, budayanya indah, kebersihan yang sangat dijaga, rajin membaca, disiplin dan yang paling penting mereka sangat-sangat mementingkan ketepatan masa. Berkunjung ke Jepun membuatkan hati terdetik dan seharusnya nilai positif dan peribadi murni rakyat jepun wajar dijadikan contoh dan perlu diserapkan dalam diri kita. Sangat mengagumkan apabila negara yang bukan Islam sebenarnya mengamalkan nilai-nilai Islam itu sendiri.

    Rakyatnya juga sangat berbangga dengan Bahasa Jepun. Lebih daripada 99% rakyat di negara Jepun bertutur menggunakan bahasa Jepun sebagai bahasa ibunda. Jika anda berpeluang melawat ke negara Jepun, anda akan berpeluang melihat sendiri nilai-nilai kesopanan yang ditonjolkan oleh rakyatnya. Mereka tidak menggunakan telefon semasa menggunakan pengangkutan awam, tidak makan dan minum ketika sedang bejalan sudah menjadi amalan rakyatnya, budi bahasa ketika berhubung antara satu dengan yang lain, kelakuan menundukkan kepala sebagai tanda menghormati seseorang apabila bertemu dengan orang lain dan banyak lagi.


  2. Bandar yang paling selamat di dunia.

    Beberapa minggu lepas Shad sempat usha-usha majalah langganan The Economist, yang telah mengeluarkan senarai 50 bandar paling selamat di dunia untuk tahun 2015. Bandar Tokyo yang mempunyai jumlah kepadatan penduduk paling ramai dunia itu juga telah diiktiraf sebagai bandar paling selamat menurut 2015 Safe Cities Index by The Economist. Nampaknya tiada halangan lagi untuk melancong ke Jepun bukan. 

    1. Tokyo
    2. Singapore
    3. Osaka
    4. Stockholm
    5. Amsterdam

    Indeks, yang melihat kepada faktor keselamatan digital, keselamatan kesihatan, keselamatan infrastruktur dan keselamatan diri menunjukkan ibu negara Jepun mendahului Singapura kedua dan ketiga Osaka. Stockholm dan Amsterdam melengkapkan senarai lima teratas bandar-bandar yang paling selamat di dunia.

    Safe Cities Index 2015 is an Economist Intelligence Unit report. To read the full report and the complete Index ranking, click here

    Jadi, melancong ke tempat lahirnya ramai pahlawan samurai ini dah boleh rasa lega sedikit sebab negara selamat untuk pergi kan. Tapi apa-apa pun, apabila berada di negara orang semestinya keselamatan itu yang menjadi priority/keutamaan. Hujan emas di negara orang hujan baru di negara sendiri. Ye dak.

  3. Teknologi dan Kecanggihan yang Hebat dan Unik.

    Jika ingin melihat sesuatu yang mengagumkan, berteknologi, unik dan lain dari yang lain, negara Jepun lah tempatnya. Rakyatnya yang tidak mengenal erti penat dan putus asa itu sangat inovatif dan kreatif dalam mencipta sesuatu yang hebat. Sebut selipar mesti terbayang Selipar Jepun kan. Jap, selipar tu memang berasal dari Jepun eh. Huhu. Dan mungkin juga keunikan penciptaan benda canggih di Jepun ini mungkin akan membuatkan kita melopong sebab kagum. Satu, Japanese ‘washlet’ toilets yang sangat bersih dan canggih semestinya wajib dicuba. Patut ada di seluruh dunia ni. Dua, Anime dan Manga yang diketahui dunia itu, tempat lahirnya juga adalah Jepun. Ciptaan robot dari Jepun yang sangat cool dan canggih.

    robot canggih jepun
    credit image, www.wanista.com

    Lagi Uniknya Jepun dengan adanya Vending Machine yang pelbagai dan banyaknya di negara itu dari vending makanan, minuman hinggalah pakaian, alat elektronik semua. Antara vending yang ada termasuklah vending machine jual sayur, nasi, payung, kasut, t-shirt, bunga, sushi, makanan ringan, pampers (yeah, you read it right), sos bbq, pizza, buku teks, vending pembelian telur ayam dan banyak lagi. Perghh, banyak sangat kan. Risiko berlaku kecurian memanglah tak kan sebab rakyatnya yang sangat tinggi nilai murninya. Cuba bayangkan kalau kat Malaysia, agak-agak ada tak vending kena pecah. Hehehe. Dan jugak, mesti statistik rakyat Malaysia menganggur makin naik kan, bila dah kerja semua mesin yang buat kan.

    vending machine jepun
    credit image, www.wanista.com

    Selain itu, negara Jepun juga melangkah lebih maju dari negara lain dengan adanya Hotel Capsul. Canggih kan tempat tidur ni. Ia dicipta khas untuk kemudahan mereka yang dalam perjalanan jika ingin berehat seketika. Sangat unik kan.

    hotel capsul di jepun
    credit image, www.wanista.com
  4. Indahnya Bunga Sakura.

    Menjadi orang asing di negara asing membuatkan kita sangat menghayati keadaan sekeliling. Negara yang mempunyai empat musim itu sungguh indah dan mengasyikkan apabila tibanya musim bunga kerana dihiasi dengan keindahan Bunga Sakura (Cherry Blossom) yang menjadi kebanggaan negara Jepun. Istimewanya bunga ini, ia bergerak ke arah kepulauan utara bermula dari Okinawa, pulau yang terletak paling Selatan di negara Jepun (Sekitar Bulan Januari), kemudian bergerak ke Kyoto dan Tokyo (sekitar akhir Mac - awal April). Pola pergerakan arus mekarnya bunga sakura ini seterusnya menuju ke pulau Kyushu dan Shikoku (Pertengahan April). Fenomena aliran kembang bunga sakura yang istimewa ini seterusnya berakhir di pulau paling utara iaitu di Hokkaido (April- awal Mei). Sumber, Sakura di Jepun.

    sakura jepun
    Credit image, FindYourJP - YouTube

    Keunikan yang ada pada bunga ini menjadi fenomena kepada rakyatnya sehingga tercetusnya Pesta Melihat Sakura atau lebih dikenali sebagai Hanami. Apabila bunga ini kembang sepenuhnya, mereka akan berkumpul bersama keluarga dan kawan-kawan di taman untuk melihat keindahan bunga ini sambil bersantai dan berkelah di bawah pohon Sakura. Mengagumi keindahan alam ini dan seterusnya ia menjadi satu acara wajib tahunan bagi mereka. Selain Pesta Hanami ini, negara matahari terbit ini juga sangat kaya dengan pelbagai festival yang di sambut sepanjang tahun.


  5. Budaya Menundukkan Kepala sebagai Tanda Hormat dan Memakai Sandal di dalam Rumah

    Jika di Malaysia atau di kebanyakan negara, budaya berjabat tangan/ bersalaman apabila bertemu dengan seseorang sudah tidak asing lagi. Uniknya Jepun dengan cara sapaannya/ greetings iaitu dengan menyebutkan nama, kemudian membongkokkan badan sambil mengucapkan yoroshiku onegai shimasu. Selain itu, membongkokkan badan juga sebagai tanda meminta maaf di Jepun.

    Selain itu, orang Jepun juga tidak melahirkan rasa terima kasih dengan berjabat tangan. Biasanya mereka akan membongkkkkan badan, atau minimal menganggukkan kepala. Uniknya, ukuran besar-kecilnya rasa terima kasih orang Jepun boleh kita lihat dari bongkokan badannya. Semakin membongkok tandanya ia sangat berterima kasih. Anggukan kepala pula biasanya untuk ucapan terima kasih biasa. Uniknya alahai.

    uniknya jepun - bow

    Budaya memakai sandal di dalam rumah di Jepun juga merupakan sesuatu yang unik bukan. Setiap rumah di Jepun tersedia sandal rumah untuk di pakai di dalam rumah. Untuk ke tandas juga ada sandalnya yang lain. Di situ menunjukkan nilai yang ditunjukkan oleh rakyat Jepun yang sangat mementingkan kebersihan
Selain itu, terdapat banyak lagi keunikan negara Jepun ini yang perlu diterokai. Kepulauan Negara Jepun yang mempunyai 3000 pulau-pulau kecil yang membentuk segugusan kepulauan itu sendiri sudah cukup unik. 73% daripada negara Jepun terdiri daripada gunung-ganang yang merentasi setiap pulau-pulau utama. Gunung yang paling tinggi adalah Gunung Fuji dengan ketinggian 3,776 m.  [Sumber - http://ms.wikipedia.org/wiki/Geografi_Jepun]. Banyak lagi sebenarnya keunikan negara ini. Ini tak cerita lagi tempat-tempat yang menarik untuk dilawati. Tidak hairanlah kenapa ianya menjadi tarikan utama pelancong. Melancog ke Jepun memang harus ada dalam wishlist.

Entry ini ditulis khas untuk penyertaan "Bonus Awal Tahun 2015 : Pakej ke Jepun PERCUMA" di blog http://ayaharif.blogspot.com/

Penaja Utama : Japan Budget Trip

Penaja Bulanan/Saguhati
  1. Travelog.my
  2. Azeni Ahmad
  3. Hawwa Firdaus
  4. Sitizan
  5. eXplorasa
  6. Travel And Foods Blog
  7. Kisahtatie
Hadiah Utama: 1 Package ke Jepun bersama JBT

Hadiah Bulanan
  1. Tempat pertama : Hadiah saguhati bernilai RM200
  2. Tempat kedua : Hadiah saguhati bernilai RM150
  3. Tempat ketiga : Hadiah saguhati bernilai RM100
  4. Tempat keempat : Hadiah saguhati bernilai RM50
  5. Tempat kelima : Hadiah saguhati bernilai RM30

You Might Also Like

13 Comment

  1. Wah baru tahu apa yang menarik tentang Japan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn.. actually banyakkkk lagi yang menarikk... hehe..

      Delete
  2. jepun mmng best. saya teringin sgt nak pegi jepun sejak dulu lagi. haraplah dapat kesana satu hari nnti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn.. bestnya... shad pun teringin jugak nak g.
      aminn.. semogahajat sis mazni tercapai.. :D

      Delete
  3. ada dlm wishlist nk ke jepun klu ada peluang.. one find dayyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. one fine day.. insyaAllah.. amin.. :D

      Delete
  4. bestnya.... teringin nak ke sana....
    http://cercitertashaqisha.blogspot.com/2015/02/rezeki-hari-jumaat.html

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kerana tetap memberi sokongan. Artikel yg sgt menarik... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. semestinya.. shad support.. sebab mmg pantang kalau nampak
      perkataan travel itu.. nak-nak ada yang nak bagi free trip melancong kan.
      Ke Jepun lak tu.. hehhee... tq so much sebab buat contest yang best ni.. :D

      Delete
  6. wah tahniah shad, tersenarai sbg pemenang :) best nye... sis saguhati je... alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak.. :D Alhamdulillah..

      Delete
  7. no 3 jepun memang terbaik . bila la nak sampai sini agak2

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Informasi

Travel & Beauty Blog

Sponsored