Review Novel | Suamiku Paling Sweet

4:11 PM

Greeting and Assalamualaikum to all.

Minggu lepas shad sempat pergi cuci-cuci mata dekat Jitra Mall. Tak sah kalau tak singgah kedai I Love Novel tu. Dan bila dah singgah tu, memang wajib grab sebijik lah satu novel kat bawah ni ha. Ni lah novel pertama yang dibeli tahun ini. Perrggh, lama gila tak keluar shopping. 

novel suamiku paling sweet

Tajuk Novel : Suamiku Paling Sweet
Karya : Anjell Homosapien
Pages : 791
Harga Semenanjung : RM29
Sabah/Sarawak : RM32

Sinopsis Novel :

Suamiku Paling Sweet

“Mama... Nak tolong tu memanglah boleh. Tapi ada ke patut suruh Sya
 jadi orang gaji rumah dia? Waaa... Mama, Sya goreng telur pun boleh 
terbelah lima kuali, tahu tak?”- QISYA IRIS 

Rela dalam paksa, Qisya terpaksa mengikut kata mamanya, menjadi orang gaji di rumah kawan mamanya. Dua bulan. Namun, sudah cukup untuk mengubah hidupnya bila dia terpaksa menjadi isteri dan mummy orang dalam usia yang cukup muda, 22 tahun. Marah. Benci. Tak boleh terima kenyataan. 

Cukup membayangkan perasaan Qisya sehingga hampir sahaja Izz Haikal diterajangnya pada malam perkahwinan mereka. Tapi, berbeza pula dengan penerimaan Izz. Hanya tenang dan menerima semuanya.

“Macam mana cincin ni ada kat sini?” - IZZ 

 “Macam mana cincin ni ada kat sini? Sebab dia tak ada dalam kotaklah.”- QISYA 

“Wrong answer. Cincin ni ada kat sini sebab dia dah temui pemilik dia.”- IZZ

Cincin tersarung di jari Qisya menandakan kesudian Qisya untuk terus hidup bersama Izz. Hari demi hari berlalu, cukup untuk Izz leburkan hati Qisya. Diikutkan saja kepala isterinya yang masih remaja itu. Baik, penyayang, penyabar, romantik. Pendek kata Izz sangat sempurna pada Qisya. Sampaikan kalaulah boleh diceritakan kepada semua orang, nak saja dia bukukan, letak tajuk Suamiku Paling Sweet sebab memang dia rasa Izzlah suami yang sangat sempurna padanya. 

Dan Qisya tahu satu rahsia besar! Rahsia yang buat air matanya tak henti-henti mengalir. Rahsia yang buatkan Qisya mahu cium tangan Izz untuk meminta keampunan. Buatkan dia mahu peluk Izz ketat-ketat sebagai tanda terima kasih tak terkira. Sesungguhnya Izz tahu segalanya.

Sumber, http://www.karyaseni.my/ 

Baca Bab Awal Novel Suamiku Paling Sweet

1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10

11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20

21 | 22  | 23  | 24  | 25 | 26 | 2728

Sumber, http://www.penulisan2u.my/tag/suamiku-paling-sweet/
Blog Penulis :
 http://anjellayan.blogspot.com/

Kalau anda nak baca karya-karya lain dari penulis, boleh terus pi terjah blog anjellayan ya.
Nak baca bab awal Suamiku Paling Sweet pun ada dekat her blog.

Review Novel Suamiku Paling Sweet dari Shad

Reason why Shad memang tak ragu-ragu nak keluarkan duit beli novel Suamiku Paling Sweet ni sebab sebelum ni Shad pernah baca Novel Eksperimen Cinta dari penulis yang sama, Anjell. Dan it is awesome. Best novel tu. And guest what, shad memang tak regret beli novel kedua penulis ni, Suamiku Paling Sweet. 

Sungguh memang sesuai dengat tajuk novelnya, memang sweet habis lah Si Izz tu. Baik, sweet, penyabar, romantik, penyayang, handsome semua lah ada. Cukup package untuk menjadi calon suami pilihan ramai. Watak Qisya dalam novel ni pun Shad suka, well remaja baru umur 22 tahun, kena paksa kawin dengan orang yang tak dicintai plus kawin disebabkan kena tangkap basah mestilah hangin, benci semua ada. Tapi Si Qisya ni pun penyayang jugak. Sebab ada Hafiy yang comel sangat. Watak-watak sampingan dalam novel ni menambahkan lagi perasa sweet dalam novel ni. Hafiy yang comel, Kimi yang sporting.

Kerana dia sweet, hati yang beku pun boleh cair. Itulah yang terjadi dekat Qisya, cair sebab sweet sangat Izz tu. Akhirnya, si Qisya ni dapat tahu satu rahsia yang selama ni Izz sorok. The end and Happy Ever After. Kena beli lah novel ni kalau nak tahu rahsia apakah itu.. Hehe. Kalau anda rasa novel Eksperimen Cinta tu worth to buy, Suamiku Paling Sweet ni pun worth to buy juga. Hehe.

Till then.

You Might Also Like

4 Comment

  1. wow, nk beli jugak ahh..hehe.... tp sweet sgt.susahh tuu..hbis berangan jeee nantii....aihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kekeke.. mmg verangan habis laa.. hehe :D

      Delete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Heart 1

Travel & Beauty Blog

Sponsored