Apa itu Nuffnang, CPC, CPUV dan Glitterati

2:43 PM

Greeting and Assalamualaikum to all.
Sat, 14th March 2015

Happy holiday buat semua. Cuti sekolah dah mula.
Kenduri kawin pun bukan main banyak lagi kan.

Apa itu Nuffnang, CPC, CPUV dan Glitterati. Di kesempatan yang ada ini, I'm gonna share with all berkenaan dengan Nuffnang, CPC, CPUV and Glitterati. Bagi yang sudah lama bergelar seorang blogger, mungkin ianya istilah yang sudah tidak asing lagi. Bahkan mungkin sangat arif lagi bijaksana. Hehe. Perkongsian kali ini khas untuk mereka yang masih 'newbie' - macam shad juga. I got a request from reader asking about CPUV. 'What You Understand about CPUV'?. So, keep calm and reading ya. Gonna be a lots of words coming.. Sebelum Shad terlupa, bagi yang ada blog, bolehlah daftar dengan Nuffnang. Sambil-sambil kita berblog, boleh kita jana pendapatan sampingan. Join now, visit the site, http://www.nuffnang.com.my/

nuffnang glitterati blogger

 Nuffnang

From the web, Nuffnang is a World's Leading Blog Advertising Community. We are dedicated to building strong relationship between the bloggers in our community and brands seeking relevant publishers with strong followings to engage with. [Malay] Nuffnang adalah peneraju nombor 1 Dunia Pengiklanan Komuniti Blog. Kami berdedikasi untuk membina hubungan yang kuat antara penulis blog dan pengiklan yang releven untuk terlibat bersama-sama dalam komuniti ini. (Lebih kurang la). 

Conclusion, Nuffnang ni merupakan satu komuniti yang menghubungkan antara pengiklan dan blogger. Sebagai medium pengiklanan. Komunitinya dah lebih dari 300,000 bloggers di 8 negara termasuklah Malaysia, Singapore, Philippines, Australia, China, Hong Kong, Thailand, and United Kingdom. Di Nuffnang, blogger menjana pendapatan melalui iklan pelbagai jenama dari pengiklan, join exclusive event dan semestinya ada giveaway dan contest/pertandingan.

Kebanyakan blogger di Malaysia menjana pendapatan melaui iklan CPC dan CPUV kempen dari pengiklan. Komuniti atau blogger boleh upgradekan diri untuk join event dan diberi peluang untuk tulis review dari Nuffnang. Yang ni memang blogger2 pemes slalu dapat, hehe. Earning dia pun masyukk..

 CPC Campaign

CPC adalah singkatan kepada Cost-Per-Click. These are earnings from banner ad campaigns according to the number of clicks the advertiser bought from your blog at the end of the campaign period. Melalui kempen CPC ni, blogger akan dapat earning RM0.20 - RM0.25 (Glitterati Member) bagi setiap 1x banner iklan yang di klik olen pengunjung. Maksudnya, hari ni shad blogwalking ke blog awak, shad klik 1 iklan Nuffnang dekat blog awak, dan awak akan dapat RM0.20/RM0.25. Ia akan dikira dan dikreditkan pada setiap minggu, hari Isnin. Kenapa mesti ada perbezaan 0.05 sen di situ? Sebabnya, non-glitterati dan glitterati member. Will explain that later on.

what is cpc nuffnang

Dan mungkin anda ada account Nuffnang, anda pernah daftar, tapi kenapa tak pernah ada earning? Sebabnya mungkin anda tak pasang banner iklan nuffnang tu dekat blog. Macamana pengunjung nak klik dan view iklan tu kan. Makanya, silalah pasang banner iklan dekat blog anda sekarang, [Tutorial] Cara nak pasang iklan nuffnang dekat blog.

► CPUV Campaign 

CPUV adalah singkatan kepada Cost-Per-Unique-Visit. These are earnings from banner ad campaigns according to the number of unique visits the advertiser bought from your blog at the end of the campaign period. Melalui kempen CPUV ini, blogger/nuffnanger akan mendapat earning dari banner yang dipasang mengikut berapa banyaknya Unique Visit yang masuk ke blog anda setiap hari. Semakin banyak Unique Visit ke blog anda, semakin banyak earning yang akan anda dapat. Unique Visit? Ape tu? Unique Visit(UV) adalah satu visitor/pengunjung yang datang ke blog anda. 1 UV = 1 Pengunjung/Visitor.

what is cpuv - nuffnang

Kempen CPUV ini nampak lebih mudah bukan. Tetapi, untuk melayakkan anda mendapat kempen CPUV ini, anda hendaklah menjadi salah seorang Glitterati Member. Untuk menjadi salah seorang Glitterati member, sekurang-kurangnya anda perlukan minimum 200 Page View Blog dalam sehari.

► Become a Glitterati Member

Glitterati merupakan satu program/komuniti untuk Exclusive Nuffnanger. Exclusive Nuffnanger ini merupakan Blogger Nuffnang yang tidak meletakkan iklan pesaing Nuffnang ke dalam blog. Boleh dikatakan juga sebagai Blogger-Setia-Nuffnang. Anda tidak perlu apply/memohon untuk menjadi Blogger Glitterati, kerana secara automatik anda akan terus dimasukkan ke dalam Blogger Glitterati apabila anda memenuhi syarat - tak letak iklan pesaing Nuffnang dan pageview harian semestinya 200 PV minimum. Untuk menjadi salah seorang Blogger Glitterati ini agak sukar juga pada mulanya, anda haruslah mempunyai blog yang mampu menarik minat pembaca seterusnya memberi keyakinan kepada pihak Nuffnang untuk memberi peluang kepada anda menjadi host kepada pengiklan di luar sana untuk beriklan menggunakan blog anda.

Ada yang dah daftar dan dah lama pasang banner Nuffnang dekat blog? Tapi masih berstatus Non-Glitterati? Ini tipsnya, untuk membuatkan pihak Nuffnang tahu akan kewujudan blog anda. Selalulah update survey anda punya blog dan apa kata anda try hantar tiket kepada pihak Nuffnang. Tengok contoh shad hantar tiket kepada pihak Nuffnang kat sini - Submit Tiket to Nuffnang.

blogger

Menjadi salah seorang Blogger Glitterati ini banyak kelebihannya.

  1. Paling jelas adalah bayaran CPC Campaign. Non-Glitterati akan dibayar RM0.20 setiap klik, manakala Glitterati dibayar RM0.25. 
  2. Peluang cerah untuk mendapat CPUV Campaign. Seperti sedia maklum, bayaran dari CPUV kempen ini sangat berbaloi. Bayangkan jika UV harian anda 1000 UV - 2000 UV. Masyukk tuu.
  3. Pembayaran earning dan penghantaran cek selepas anda cashout hanya mengambil masa 30 hari bagi Blogger Glitterati berbeza dengan Non-Glitterati, 60 hari.
  4. Berpeluang menulis advertorial. Bayarannya sangat masyuukkk..
  5. Nuffnang akan memberikan priority/keutamaan kepada Glitterati member untuk join event dan contest yang dianjurkan.

For more info, www.nuffnang.com.my/exclusive-program

So, that's all yang shad faham sikit-sikit pasal Nuffnang, CPC, CPUV dan Glitterati. Semoga perkongsian tak seberapa ini bermanfaat buat anda yang tengah mencari-cari apa itu maksud perkataan2 itu. Hehe. Kalau ada apa-apa yang tak faham, drop komen kat bawah ye. InsyaAllah will answer apa yang shad tahu and will try to help you out.

For more info dan soalan-soalan di minda anda berkenaan dengan Nuffnang dan adik-beradiknya, sila klik http://www.nuffnang.com.my/faq/blogger. Nanti shad share tips macam mana nak dapatkan banyak earning CPUV pulak ye. Till then. Have a nice day and happy holiday.

You Might Also Like

7 Comment

  1. wahh banyak nye awak dapat.. saya tak lepas rm50 pon lg hehe... murah rezeki awak.

    ReplyDelete
  2. thanks, artikal yang berguna untuk pengguna baru, come and visit back taufiqhalijan.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Thank for the info. Sy be dpt cpuv.

    ReplyDelete
  4. ehehe nak tips dapat cpuv banyak2 macam mane..

    ReplyDelete
  5. Wahhh byk nuffnang dia akk pya baru rm20 jah huhuhu

    ReplyDelete
  6. Wah Nice info . Baru tau kegunaan die :D

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Heart 1

Travel & Beauty Blog

Sponsored