Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora

2:52 PM

Greeting and Assalamualaikum to all.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

kulit kayu manis

Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora. Alam semesta yang kaya dengan 1001 manfaat yang masih banyak perlu kita terokai ini merupakan kurniaan dan anugerah dari Sang Pencipta kepada hamba-Nya merupakan nikmat yang tiada bandingannya. Alam ini merupakan salah satu ciptaan Allah SWT bagi membuktikan bahawa Dia lah Maha Pengasih dan Penyayang.


Disebutkan di dalam Al-Quran, S. Luqman | Ayat: 10

خَلَقَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا ۖ وَأَلْقَىٰ فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ بِكُمْ وَبَثَّ فِيهَا مِنْ كُلِّ دَابَّةٍ ۚ وَأَنْزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَنْبَتْنَا فِيهَا مِنْ كُلِّ زَوْجٍ كَرِيمٍ

Maksudnya: Dia menciptakan langit tanpa tiang yang kamu melihatnya dan Dia meletakkan gunung-gunung (di permukaan) bumi supaya bumi itu tidak menggoyangkan kamu; dan memperkembang biakkan padanya segala macam jenis binatang. Dan Kami turunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan padanya segala macam tumbuh-tumbuhan yang baik.

Subhanallah. Alam ini, padanya terdapat pelbagai kandungan yang mempunyai jirim, tenaga dan pelbagai ciri-ciri yang ditetapkan oleh Allah SWT yang pastinya mempunyai faedah dan kegunaan pada setiap makhluk-Nya. Antaranya adalah tumbuh-tumbuhan yang terdiri daripada malar hijau di hutan hujan tropika, tumbuhan bakau, pohon buah-buahan, sayur-sayuran, tumbuhan herba sehinggalah kepada tumbuhan renek dan paku-pakis.

Herba

Herba bermaksud tumbuhan yang mempunyai nilai dari segi perubatan, khasiat makanan dan baunya. Perubatan herba lebih banyak menggunakan akar, bunga, kulit pokok dan bahagain lain tumbuhan herba. Pokok yang digunakan dalam perubatan herba boleh terdiri daripada pokok herba atau pokok renek. Mana-mana bahagian pokok herba, termasuk buah, boleh digolongkan sebagai herba. (Sumber wikipedia). Dan salah satu daripanya ialah Pokok Kayu Manis yang menggunakan kulit pokok sebagai herba. 

pokok kulit kayu manis

Kulit Kayu Manis

Kulit Kayu Manis atau nama saintifiknya Cinnamomum Zeylanicum dari keluarga Lauracea yang berasal dari Sri Lanka ini merupakan rempah asli yang sering digunakan di dalam masakan Melayu sebagai penambah rasa pedas atau manis. Aromanya itu juga dikatakan dapat merangsang minda seseorang. Kulit kayu manis juga merupakan sumber makanan yang kaya mineral, serat, besi dan kalsium. Bagi setiap 5.2 gram kayu manis atau bersamaan dua sudu teh, ia mengandungi 45.5 peratus mineral, 11 peratus serat dan 5.2 peratus kalsium. Menurut kajian santifik yang telah dibuktikan dan petua dari segi perubatan tradisional, ternyata, kulit kayu manis ini mempunyai banyak khasiatnya dan kegunaanya. Sumber, kayu manis khasiat dan kegunaan.

pokok kulit kayu manis

Khasiat dari segi Kesihatan

Mengurangkan Percambahan Sel Kanser Leukemia dan Limfoma
Dalam kajian yang diterbitkan penyelidik di Jabatan Pertanian Amerika Syarikat di Maryland, kayu manis didapati mengurangkan percambahan sel kanser leukemia dan limfoma, selain mempunyai kesan anti pembekuan darah.

Mampu Menyembuhkan Penghidap Artritis
Menerusi satu kajian di Universiti Copenhagen pula, pesakit yang mengidap artritis diberi setengah sudu teh serbuk kayu manis digabungkan dengan satu sudu madu setiap pagi sebelum sarapan pagi. Selepas seminggu, didapati pesakit dapat merasai perbezaan yang nyata dan boleh berjalan tanpa rasa sakit dalam tempoh satu bulan. Sumber, Khasiat Kayu Manis.

Agen Anti-Radangan dan Anti-Oksida
Dalam Medical News 09 Apr 2006 dua kajian yang dibentangkan dalam persidangan Experimental Biology 2006 menerangkan lagi kesan manfaat kulit kayu manis sebagai agen anti-radangan dan menyokong kajian awal mengenai kuasa agen anti-oksida dan agen yang boleh mengurangkan kolesterol, triglyceride, dan glukosa dan meningkatkan fungsi insulin. Sumber

Manfaat Kayu Manis untuk Kecantikan

Selain dibuktikan melalui kajian saitifik bagi menyembuhkan penyakit kronik, kulit kayu manis juga mempunyai manfaat untuk kecantikan. Kulit kayu manis dapat mengurangkan parut, menghilangkan jerawat, melegakan kulit kepala serta berkesan merawat keguguran rambut.

herba kulit kayu manis

Mengurangkan Parut dan Menghilangkan Jerawat
Petua turun-temurun, jika anda ingin menghilangkan parut dikulit, gunalah kulit kayu manis. Kisar atau tumbuk lumat kulit kayu manis. Campurkan serbuk tadi dengan sedikit air kemudian bancuhkan dengan bedak sejuk. Kemudian sapukan pada tempat yang berparut. Boleh dilakukan sekerap mungkin dan lama kelamaan parut tersebut akan beransur pudar dan hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat diwajah. Tetapi perlu diingatkan di sini, kulit kayu manis ini mempunyai unsur memanas, hanya sedikit campuran serbuk kayu manis diperlukan. Jika terlebih, mungkin kulit wajah akan berasa panas dan pedih.

Melegakan Kulit Kepala dan Merawat Keguguran Rambut
Selain untuk kecantikan kulit wajah, ia juga mujarab untuk merawat masalah keguguran rambut. Bagi anda yang mengalami keguguran rambut, boleh gunakan khasiat campuran ini. Ambil campuran 1 sudu madu dan 1 sudu serbuk kayu manis, kemudian sapukan di kulit kepala. Biarkan selama 15 minit. Kemudian anda bilas dengan air sehingga bersih.

Ubat Tradisional dari Kulit Kayu Manis

Petua-petua tradisional atau lebih lazim dikenali sebagai petua orang kampung atau petua orang lama oleh masyarakat setempat terbukti mampu menyembuhkan dan sangat berkesan. Antara petuanya termasuklah;

Mampu Merawat Selesema dengan Berkesan
Sifat herba kulit kayu manis yang berfungsi untuk memanas dan mengering ini sangat sesuai diamalkan bagi megubati selesema serta melancarkan pengaliran darah. Mengunyah kulit kayu manis ini dipercayai dapat mengeringkan hingus dan amalan membancuh susu yang dicampur dengan sedikit serbuk kulit kayu manis juga berkesan untuk meredakan sakit itu. 

Berkesan Menyembuhkan Batuk
Selain itu, ia juga sangat berkesan untuk merawat batuk. Caranya dengan hanya merendam sebatang Kulit Kayu Manis bersama secawan air suam selama 5-10 minit, dan diminum air itu. Amalkan setiap hari pada waktu pagi, InsyaAllah, batuk mulai reda dan sembuh. Jangan membazir, kerana untuk sebatang kulit kayu manis itu boleh diguna semula sebanyak tiga kali. Setelah menggunakannya, simpan di dalam peti sejuk untuk kegunaan seterusnya. Shad dan keluarga pernah mencuba petua ini dan ianya terbukti sangat berkesan.

herba kulit kayu manis

Mengatasi Masalah Lenguh-lenguh Badan
Kulit Kayu Manis didapati mempunyai kesan lebih lembut daripada halia tetapi tindakannya lebih keras. Kedua-dua herba itu seringkali direbus bersama-sama bagi menghasilkan minuman yang melegakan bagi mengatasi masalah lenguh-lenguh badan, terutamanya dibahagian kaki, tangan, lutut dan pinggang berpunca daripada kesejukkan.

Membantu Menghilangkan Senggugut
Air rebusan kulit kayu manis dan halia juga sesuai diamalkan oleh kaum wanita yang sering mengalami senggugut atau kesakitan dibahagian ari-ari dan kaki. Selain itu, ada juga petua dari orang-orang lama bahawa air rebusan kulit kayu manis ini juga elok diamalkan setelah bersalin.

Menghilangkan Masalah Pernafasan Berbau
Disamping itu ia juga boleh digunakan untuk berkumur untuk menghilangkan masalah pernafasan berbau dan juga mengubati sakit gusi. Bagi yang ingin mencuba, caranya adalah minum secawan air panas yang dicampurkan dengan 1 sudu teh madu asli dan serbuk kayu manis. Amalkan minum air campuran ini pada setiap pagi. Ia membantu menyegarkan nafas dan mengekalkan daya pendengaran secara normal.

Kegunaan dalam Pemakanan


Tidak disangkal lagi penggunaan rempah kulit kayu manis ini di dalam masakan. Ianya mampu memberikan rasa dan aroma yang lebih enak disamping mempunyai nilai dan kegunaan yang sangat menakjubkan. Pakar-pakar pemakanan percaya bahawa kulit kayu manis ini dikatakan boleh membantu mengurangkan glukos dalam darah dan kolestrol bagi pengidap diabetes. Selain itu, saitis juga mendapati kulit kayu manis mempunyai sifat ala-insulin, yang boleh mengurangkan paras glukosa darah dan juga triglyceride.

Betapa banyaknya khasiat dan kegunaannya bukan. Masih banyak yang perlu diterokai sebenarnya. Betapa Allah sangat sayangkan hamba-Nya dengan mengurniakan segala macam nikmat dan penawar. 'Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?' Semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan input dan manfaat buat semua. Kita berusaha, berdoa dan bertawakal. Selebihnya kita serahkan kepada Yang Maha Kuasa.



Shad sangat suka dengan perkongsian artikel di blog KongsiBersamaNora iaitu;
  • Khasiat Dan Kebaikan Kunyit - Tidak sah rasanya jika menggoreng ikan jika tak ada kunyit. Dan ternyata ianya sangat menakjubkan kerana mampu merawat pelbagai penyakit kanser. Jus kunyit seharusnya diamalkan setiap individu.
  • 10 Kebaikan Minum Susu - Susu sememangnya sangat bagus untuk memberikan kita rehat yang baik kerana meminum susu sebelum tidur dapat menenangkan saraf dan melonggarkan otot-otot.
  • Khasiat Buah dan Daun Durian Belanda - Secara jujurnya, Shad katakan yang Shad memang tak pernah tahu yang daun Durian Belanda ini boleh dibuat jus. Jus yang sangat mujarab bagi membunuh kanser.

"Bumi Malaysia kaya dengan alam semulajadi tumbuh-tumbuhan dan herba yang tersembunyi sejuta rahsia dan mampu merawat pelbagai jenis penyakit termasuk KANSER"


You Might Also Like

12 Comment

  1. Assalam. Terima kasih atas penyertaan contest petua dan herba kongsibersamanora. Banyak manfaat herba2 seperti kayu manis yang sangat mujarab merawat pelbagai jenis penyakit dan juga kecantikan..

    Semoga perkongsian ini boleh diamalkan bersama2

    all d best and good luck sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam... Terima kasih di atas penganjuran contest yang best ni, dengan adanya contest macam ni, baru tahu yang banyak sangat2 sebenarnya petua2 dan khasiatnya.. :D

      Delete
  2. nice share sha. Honest. Baru tahu kegunaannya. Kena cuba juga ni ;)
    good luck untuk kamu di contest ni ya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you so much kak.. have a try on.. insyaAllah, mujarab..
      aminn, semoga ada rezeki hendaknya di dalam kontest ni..

      Delete
  3. Replies
    1. thank you so much kak ekin, jom la join sama kak..
      tarikh akhir 10 April ni submit.. :D

      Delete
    2. Xsempat nak.join... huhuhu bz sgt dgn kenduri.aritu smpai.demam akak ni

      Delete
  4. GOODLUCK, ALL THE BEST OK :)

    mehh jejalan kt blog kecik sy...

    http://nonasani.blogspot.com/2015/03/contest-petua-dan-herba.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga berjaya juga buat sis.. semoga kita tersenarai dalam senarai pemenang.. :D

      Delete
  5. Terimakasih atas informasinya, saya harap tulisan ini bermanfaat buat siapa saja yang membacanya.
    cara menghilangkan jerawat secara alami
    .

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Heart 1

Travel & Beauty Blog

Sponsored