Drama Asam Pedas Untuk Dia (2015) TV3 | Full Episod Download

8:31 PM

Greeting and Assalamualaikum to all

Another drama adaptasi novel. Novel ni memang sweet and drama ni pun sweet.
I like watak Syukri Yahya sebagai Ziyad dalam drama ni.
Ada yang suka asam pedas? High five sikit. Sama lah kita. Hehehe

Tajuk Drama : Asam Pedas Untuk Dia
Arahan : Feroz Kader
Terbitan : Frontrow Pictures
Adaptasi Novel : Asam Pedas Untuk Dia (Alaf 21)
Tarikh Mula Tayangan : 10 Januari 2015
Slot : Dahlia TV3
Masa : Setiap Sabtu & Ahad (7.00 malam)
Jumlah Episod : 24
Pelakon : Syukri Yahya (Ahmad Ziyad), Dayana Roza (Ainin Sofiya)

asam pedas untuk dia download

Sinopsis :

Asam Pedas Untuk Dia mengisahkan Ainin Sofiya yang merupakan seorang pembantu rumah separuh masa di rumah majikannya, merangkap suaminya sendiri. Tugas Ainin Sofiya bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadanya. Buat pertama kalinya, asam pedasnya mendapat pujian.

Dalam diam, Ainin Sofiya diintai oleh salah seorang anak majikannya, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedas Ainin Sofiya menjadi kegemaran Ziyad. Namun tidak Ainin Sofiya sangka, Ziyad ingin melamarnya, hanya kerana ingin membantunya dari segi kewangan. Ainin Sofiya bukan mata duitan! Dia hanya bekerja di rumah tersebut dengan hasil usahanya sendiri.

Setelah berfikir panjang, Ainin Sofiya menerima lamaran Ziyad, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Ainin Sofiya juga tidak dibenarkan hamil.

Malah, Ainin Sofiya tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku. Sampai bila Ainin Sofiya harus berlakon dan menyorok statusnya? Jiwa Ainin Sofiya terseksa menjadi isteri rahsia Ziyad walaupun halal di sisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaannya. Hidup Ainin Sofiya terseksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku hamil anaknya 

Promo



Full Episod Download


credit goes to uploader

Enjoy watching drama uollss..

You Might Also Like

4 Comment

  1. Kak tak layan cerita ni.... tv kurang tgk sbb mak mentua tgk cerita dio huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. shad tengok kadang2 ja. sabtu kalau tak outing sempat tengok, shad tengok..
      Wahhh, mak mentua tengok cerita apa tuu.. hehe :D

      Delete
    2. Mak mentua akak astro warna dio hihihi... xnak la ggu dia tgk tv...

      Delete
  2. miahahaha memang tak laaa nak tengok.. da habis ke citer ni ?
    tapi asam pedas nak la ehehe..

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Heart 1

Travel & Beauty Blog

Sponsored