Review Novel 7 Hari Mencintaiku

2:36 PM

Greeting and Assalamualaikum to all.

Semenjak dua tiga menjak ni, rajin pulak Shad nak membaca novel ni kan.
Rak buku kat rumah tu memang penuh dengan novel saja.
Dan semestinya, shad ada kesemua koleksi novel Siti Rosmizah sehinggalah
yang paling latest Curi-Curi Cinta (Novel ke-6) dan Cukup Derita Itu (Novel ke-7).
7 Hari Mencintaiku merupkakan novel ke-4 dari penulis.

7 hari mencintaiku novel

Tajuk Novel : 7 Hari Mencintaiku
Penulis : Siti Rosmizah
Terbitan : SR Publication
Bilangan Muka Surat : 1050 halaman
Harga : RM 32.90(S/M) , RM 35.90 (S/S)
ISBN: 978-967-5822-01-8


Sinopsis 7 Hari Mencintaiku :

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya. Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

=============================

"Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan ? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri ! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya ! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawa cermin ke suluh muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati ! So ... apa kata kau berambus sekarang ! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau ! "

Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang dilemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? 
Khuzairi mengangguk perlahan.

"Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi amanah aku harus menelannya, demi amanah aku harus terus bersabar..." 

Lupakah Mia Adriana, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi belum terpadam lagi buat dirinya. 

=============================

Review dari Shad :

Ya, novel dari penulis Siti Rosmizah ini memang tak pernah mengecewakan pembacanya. Dari awal hinggalah ke muka surat terakhir pembacaan dapat dirasakan seolah-olah kita berada dalam cerita tu. Again novel with full of surprise dan semestinya ada part meleleh air mata. Jalan cerita yang menarik mengisahkan perjalanan hidup seorang Khuzairi, lelaki yang saaangat baik, selalu mendahulukan kebajikan orang lain dari dirinya. Juga mengisahkan watak Mia Adriana, seorang perempuan yang sangat lepas laku, bongkak, sombong, suka menghina orang disebabkan dia sangatlah tak suka bergaul dengan orang yang tak setaraf dengan dia. Well, yes orang kaya lah katakan.

Tapi, hidup ni ibarat roda, sampai satu ketika yang kaya pun boleh jatuh muflis dan yang jahat pun boleh jadi baik dan sebaliknya. Hidup Mia berubah 180 darjah apabila papanya meninggal dunia dan dalam masa yang sama dia terheret di dalam sebuah perkahwinan di luar jangkaannya. Kerana amanah, Khuzairi rela dikahwinkan dengan Mia.

All of all, deep down in their heart, loving each other merupakan satu anugerah. And satu je, People change. And change for the better is not a crime though. Selami betapa beertinya seorang Mia Adriana di dalam hidup lelaki bernama Khuzairi. Dan betapa beruntungnya Mia Adriana dijodohkan dengan lelaki sebaik Khuzairi. Kisah hidup, suka-duka, marah-marah sayang, romantik dan pengajaran di dalam novel ni memang worth to read. Enjoy reading alls.

I'm giving, 9 out of 10 for the rating. Till then.

You Might Also Like

13 Comment

  1. akak 3 kali BC novel ni...balik kelantan ni kena ambik sekotak novel

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahhhaa.. shad pun banyak kali jugak mengulang novel.. hehe :D

      Delete
  2. rasa nak bg penuh tau raking utk novel ni. the best ever....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaannn, novel siti rosmizah mmg tak menghampakan.. thumbs up..

      Delete
  3. menarik novel nih.. dah lama tak layan novel2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. kalau ada masa, kena layan taw, hehe..
      tapi tu lah, bila waktu lapang ja baru boleh nak buka novel2 ni.. :D

      Delete
    2. tu laa ingat lagi time praktikal, sempat lagi layan novel2.. siap pinjam kat perpustakaan lagi.. novel pun bukan main tebal plak tuh.. asyik ngadap novel tu jer..

      Delete
  4. Saya minat novel Siti Rosmizah.Bila part sedih confirm akan menangis,over bila baca.Novel ni belum baca lagi.Saya baru baca 2 novel,Andai itu takdirnya dan lafazkan kalimah cintamu.Karya beliau memang terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shad pun minnaaattt jugakkk. hehe.. aidai itu takdirnya mmg best..
      novel pertama dari siti rosmizah yang memang meleleh air mata baca..
      siyesli, menangis teresak2 kot.. next2novel pun leleh gak.. part sediihh tu xleh
      nak tahan dah air mata.. hehe.. Nanti ada peluang, kena baca 7 hari mencintaimu
      ya. hehe. best jugak.. :D

      Delete
  5. zaman CT baca novel lama dah berlalu.. dulu ada gak bace..
    lama2 kenot go.. unless english novel.. love story realistik sket ehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaaa... suka eng novel jugak lately.. sophie kinsella ct baca tak.. hehe :D

      Delete
  6. Baca novel sambil lap air mata....... baca berkali-kali pun best gak......;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. agree.. hehe.. setahun sekali mesti ulang baca balik.. hehe.. ke shad sorang ja macam tu? eheheee

      Delete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Heart 1

Travel & Beauty Blog

Sponsored