Teman Lelaki Upahan Full Episod | Free Download

by - March 20, 2015

Greeting and Assalamualaikum to all.

Teman Lelaki Upahan Full Episod | Download & Tonton Online 

Tengah viral kan sekarang ni drama adaptasi Novel. I love novel very much. Sapa suka baca novel, maybe ada yang suka tengok drama adaptasi ni dan mungkin juga ada yang tak berapa gemar nak tengok. Sebab utama tak tengok mungkin, sebab memang tak minat drama dan mungkin sebab takut tak sama dengan expectation. Baca novel lain feeling dia, tengok drama lain pulak feeling dia.

teman lelaki upahan download full

Tajuk Drama : Teman Lelaki Upahan
 Arahan : Azma Aizal Yusuf
Terbitan : Primework Studios
Adaptasi Novel : Teman Lelaki Upahan (Karya Seni)
Tarikh Mula Tayangan : 9 Februari 2015
Slot : Akasia TV3
Masa : Setiap Isnin - Khamis (7.00 malam)
Jumlah Episod : 28
Pelakon : Ungku Ismail Aziz (Ezwan Lutfi), Siti Elizad (Kyra Lydia), 
Izara Aishah (Zarra), Azma Aizal Yusoof (Adam) ,Fazlina Ahmad Daud (Azlina)
Fikrie Bakar (Haidar)

Sinopsis


Drama bersiri Teman Lelaki Upahan menceritakan tentang El, pemilik restoran The Spices yang diupah menjadi teman lelaki Kyra Lydia lakonan Elizad Sharifuddin. Disebabkan satu insiden kecil yang berlaku di restoran itu, El terjebak dalam rancangan gila Kyra Lydia. Tanpa pengetahuan keluarga El, hubungan cinta palsu itu terjalin sehingga mereka bersetuju disatukan.

Bagi Lydia, EL lelaki yang sederhana, tapi bagi EL Kyra Lydia adalah gadis yang sombong, berhati batu dan penuh dendam. Dalam tidak sedar,cinta berbunga mekar antara mereka. EL berjaya mengubah perangai buruk Lydia.

Pada saat EL ingin meluahkan rasa hati, ujian datang dan menjadikan dia seorang pendendam. Kyra Lydia pula berdendam pada ayahnya kerana baginya ayahnya punca ibu meninggalkannya. Ezwan pula kecewa bila kekasih hatinya Zara berkahwin dengan abang longnya sendiri.

Hubungan Kyra Lydia dan keluarga tirinya semakin baik,namun sebaliknya bagi EL. Kemalangan yang menimpa ayah dan abang longnya membuatkan dia berjanji menjaga Zara yang mengandung. 

Kyra Lydia tahu, dia terpaksa melupakan EL kerana Zara cinta pertama pada EL. Apabila rahsia tentang ibu kandungnya curang dan penyakit ayahnya diketahui, Kyra mengambil keputusan memutuskan perkahwinannya dengan EL. Perkahwinan dibatalkan. Dan masihkah adakah ruang dalam hati EL untuk Kyra Lydia? - sumber


Teman Lelaki Upahan Full Episod | Download 

Episod 1  |  Episod 2  | Episod 3  |  Episod 4  | Episod 5  | Episod 6   | Episod 7  

Credit goes to owner/uploader
p/s: I love to download from zippyshare.com

drama teman lelaki upahan

My Review sebagai seorang penggemar membaca novel, drama adaptasi ni best. Kasik 5/5 bintang. Sebabnya watak EL sangat-sangat santai dan lawak for me. And of coz I like watak Kyra yang macam perempuan 'agak jahat' tu. Hehe. Suka jugak watak Adam, kawan EL tu. Santai je diorang nyanyi2 dan tak nampak kaku, tak nampak mcm belakon pun. That's what I love most. Jalan cerita yang boleh dikatakan best sebab ada semua scene lawak, sedih dan yang paling penting ada pengajaran yang boleh diambil dari drama ni. 

You May Also Like

10 Comment

  1. Watak EL sangat menjadi & sesuai dengan Ungku Ismail :)

    ReplyDelete
  2. Akak xlayan cerita ni huhuhu... best ke....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. boleh tahan best jugak.. suka dgn watak El..

      Delete
  3. tok CT ngadap tv tngk citer ni.. cucu balik kg tnya kat tok apa jadi citer ni
    semua dia bleh citer ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow ganas tok CT layanm cerita ni

      Delete
    2. tok yang layan drama, mmg dia leh cerita mula smpai habis.. dasyat.. :D

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. link 25 tu broken ke? bl bukak klua link 23

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You