Tips Mendapat Kempen CPUV dari Nuffnang

11:26 PM

Greeting and Assalamualaikum to all.

tips cpuv

Tips Mendapat Kempen CPUV dari Nuffnang. This is a gift for those yang masih newbie dalam dunia blog. Shad pun masih belajar lagi ilmu-ilmu dunia blogger ni. Masih banyak yang perlu kita terokai. Cewaah, macam nak teroka hutan lak ayat ni. Ok lah, entry sbelum ni Shad ada cerita apa itu Nuffnang, CPC, CPUV dan Glitterati member [LINK]. Untuk newbie, disarankan anda faham dahulu apa itu istilah-istilah yang Shad mention tadi sebelum meneruskan pembacaan di entry ini ya. Peace. Main point kalau bercakap pasal Nuffnang ni memang takkan lari dari UV dan Pageview.

pagevie blog shad

Tips Mendapat Kempen CPUV dari Nuffnang

CPUV, ringkasan kepada Cost Per Unique Visit ini pada mulanya agak sukar juga untuk mendapatkannya. Pihak Advertiser dan Nuffnang semestinya akan memilih blog atau platform yang boleh memberikan keuntungan kepada kedua-dua pihak. Jom ikuti tips untuk mendapat kempen CPUV dari Nuffnang.Tips ini lebih ditujukan kepada mereka yang baru mendaftar Nuffnang dan masih belum berpeluang untuk mendapat kempen CPUV dari Nuffnang.
  1. 200 Unique Visit Setiap hari

    Tips pertama ialah dengan memastikan blog anda mencapai paling minimum 200 Unique Visit  (UV) setiap hari. Lagi banyak unique visit masuk ke blog anda, lagi tinggi peluang anda untuk mendapat perhatian dari pihak Nuffnang dan Advertiser untuk beriklan di blog anda. Apabila sudah berjaya mendapat kempen CPUV ini, peranan unique visit ini juga tetap penting. Semakin banyak unique visit, semakin banyak earning yang akan anda dapat nanti. Sila abaikan UV shad ye, ciput giler. Malu nak snipping tool tunjuk. Haha.

    unique visit

  2. Glitterati Member

    Seperti yang sedia maklum, kempen CPUV ini akan diberikan kepada Nuffnanger yang bersatus Glitterati. Untuk menjadi Glitterati member, ia bersangkut dengan tips pertama tadi iaitu, mendapatkan 200 UV setiap hari. Glitterati member tidak perlu dipohon, blog/akaun Nuffnang anda akan terus automatik menjadi Glitterati member apabila mencapai syarat yang ditetapkan oleh pihak Nuffnang.

  3. Nuffnang Tahu Kewujudan Blog Anda

    Soalan - "Dah berbulan-bulan saya join Nuffnang, tapi kenapa masih tak jadi Glitterati member lagi sehingga sekarang. Tak pernah saya merasa CPUV kempen lagi. Kenapa ya?"
    Jawapan - Ya, boleh jadi juga perkara macam ni berlaku dekat anda kan. Shad pun macam tu jugak dulu. Minimum 200 UV setiap hari dah ikut dah, letak banner iklan pun dah letak dah, tapi still Non-Glitterati. 

    tiket nuffnang

    Apa nak buat? Anda boleh menghantar Tiket kepada pihak Nuffnang. Kenapa mesti hantar tiket? Sebabnya hanya satu, kita nak Nuffnang tahu akan kewujudan blog kita, kita ni masih aktif dan setia dengan Nuffnang. Nak hantar tiket macam mana? Nuffnang Account --> Contact Us --> Submit Ticket. Untuk lebih info, terus ke Tutorial hantar Tiket kepada Nuffnang [KLIK].

    Ya, semua tahu banyak persaingan di luar sana dengan percambahan blog-blog. Hehe, maka pihak Nuffnang dan pengiklan terpaksa menjadi picky untuk itu bagi memilih blog/platform yang boleh memberikan keuntungan kepada mereka.

  4. Update Survey Nuffnang

    Tips seterusnya ialah, dengan cara selalu mengupdate atau mengemaskini survey blog anda. Paling kurang pun 3 bulan sekali update lah ya. Ini penting kerana, ia merupakan data atau update/perkembangan tentang blog anda dari masa ke semasa. Update ini juga memberi kemudahan kepada pihak Nuffnang untuk mengetahui kategori blog anda dan content/isi blog anda, sama ada menjurus kepada travel, food, fesyen dan lain-lain. Maka, ini memudahkan pihak Nuffnang untuk tahu iklan apa yang sesuai untuk diletakkan di blog anda. Dari bulan ke bulan tahun ke tahun, mestilah ada perubahan bukan. So, update survey blog ye.

    survey nuffnang

  5. Tidak Meletakkan Iklan Pesaing Nuffnang

    Tips terakhir untuk mendapat iklan kempen CPUV di Nuffnang ialah dengan, memastikan agar anda tidak meletakkan sebarang iklan lain dari pesaing Nuffnang. Kalau anda nak setia dengan Nuffnang, maka janganlah anda mendua kan dia ya. Haha. Untuk makluman, medium pengiklanan di luar sana memang sangat banyak. Ada yang menjadi pesaing Nuffnang dan ada yang tidak. Jika anda berhajat untuk setia dengan Nuffnang, dan dalam masa yang sama, ingin meletakkan iklan lain, seeloknya anda menghantar tiket kepada pihak Nuffnang, tanyakan dulu sama ada medium pengiklanan tu pesaing Nuffnang ke tidak. Kalau tak, maka boleh la proceed. 
Ha, rasanya cukup dahulu setakat ini tips Nuffnang kali ini.Saya budak baru belajar, mana salah tolong tunjukkan ya. Semoga bermanfaat untuk mereka yang mencari-cari jawapan. Upcoming entry Nuffnang ialah Tips mendapat 1k pageview sehari dan tips nak dapat banyak earning CPUV. Till then, thank you for reading this entry. 

You Might Also Like

26 Comment

  1. nice tips .. singgah sini sambil klik Umobile dan Magic Kinder . jom singgah blog shahril plk . ade entry panas terbaru ... !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahhhaa.. tq klik nuff kat sini yee..
      wah, entry panas tu, ok, terjah.. :D

      Delete
    2. akak dah terjah blog shahril.. pergghh, pageview 33 ribu semalam and up to 60 ribu..
      sangat terbaik.. u know, tiba2 rasa macam nak delete ja entry ni, haha.. *tengok la akak punya pageview tu, malu gila, ciput sangat.. haha

      Delete
  2. Replies
    1. :D gomawo unni for the visit.. hehe

      Delete
  3. Sha 3 hari cuti x update blog, terus pv & uv menjunam jatuh gaung. Alahai. Nak kena belajar dengan si shahril ni tips naikkan pv :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. shad hari2 pv n uv jatuh gaung, hahaha..
      tu lah, dasyat aarr shahril ni, jeles giler tengok pv dia 50k smlm..
      tak apa, kita keep it up.. blogging for passion.. hehe..

      Delete
  4. thanks for the tips kak shad =)

    ReplyDelete
  5. perkongsian yang menarik....
    bestnya kalau dapat cpuv tinggi... income masyuk.. ^^

    jemput join GA pertama Nurrul : http://youismysoul.blogspot.com/2015/03/giveaway-by-nurrul.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. masyukkk kann, best kan blogging.. :D
      Terima kasih jemput shad, insyaAllah t shad view ya,

      Delete
  6. saya dah lama gila tak update survey hahaha.. haritu sblm dapat cpuv kemain tangan gatal je nak update, bila cpuv dah meletak, rasa malas dah nak update survey wahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. same goes here.. ada la kot 2-3 bulan tak update survey tu.. tahniah2 untuk CPUV yang dah menjengah tu..Sekali dia datang, nanti2 dia datang lagi... kan, kan..

      Delete
  7. Akak tak ada cpuv iklan masyukkkk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa kak, nnti lappy dah sihat, kena upkan entry bebanyak...
      mesti masyuk jugak income kak ekin.. :D

      Delete
    2. Lappy x kan baiki... mahal kwna rm600 huhuhu... xdang pitih lagi

      Delete
    3. Boleh tahan mahal harganya tuu kak ekin..lappy shad ni pun dah pakai hampir 5 years, servis cuci kipas dalam baru dua kali.. mintak2 masih panjang hayatnya.. kalau dah hayat tak panjang, rasanya beli notebook kecik je lah kot dari nak baiki.. :D

      Delete
    4. Tu la laptop abg 8tahun hayat dia... nak.beli.yg baru tggu ada duit lebih dulu...huhuhu... susah xada laptop.ni nak up entri terhad...

      Delete
  8. waaa, bestnya income tinggi! hehe. sy sebenarnya baru letak balik nuffnang adds ni dekat blog. baru tahu kena selalu update survey! >_< thanks for the tips! ;D
    - ieyra

    ReplyDelete
    Replies
    1. income ciput je ni sis.. update survey at least 3 month sekali.. hehe :D
      Thank you for reading.. :D

      Delete
  9. dulu CT pun lambat dapat cpuv.. tapi sebab memang jarang update blog..
    kena rajin laa kan kalau nak cpuv hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuuuu, kena rajin update blog, unless blog yang dah sedia pemes, tak update entry sebulan pun pageview tiap hari mencanak. rasa-rasanyalah, kita kena upkan entry yang forever orang akan baca.. eh, ni boleh masuk senarai tips ni, heeee

      Delete
  10. tq atas tips yang dikongsi....sy budak baru belajar :):) sedang menggali ilmu cpuv ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama, semoga bermanfaat.. terima kasih visit sini.. :D

      Delete
  11. Hahaha tak pernah dapat cpuv, tiket selalu hantar tetap sama. Dapat CPC je tu pun berapa lah sangat. Anyways thanks for sharing :D

    ReplyDelete
  12. Hahaha tak pernah dapat cpuv, tiket selalu hantar tetap sama. Dapat CPC je tu pun berapa lah sangat. Anyways thanks for sharing :D

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Informasi

Travel & Beauty Blog

Sponsored