Genting Outdoor Theme Park, Genting Highland | 10.04.13

6:48 PM

Greeting and Assalamualaikum to all. Followers, bloggers, readers and viewers.
Genting Outdoor Theme Park, Genting Highland
Here We Scream!! | 10.04.13

Hari ni shad nak berkongsi dengan semua satu tempat menarik dekat Malaysia ni. Genting Highland, Pahang. Entry ini mungkin agak panjang sedikit. Penuh dengan gambar je sebenarnya. Jadi diharapkan anda tak bosan membacanya. Just sharing a little happiness. Dan lagi satu, nak bagitau awal-awal, this is a throwback.


First of all. Genting Highland atau Tanah Tinggi Geting ni terletak di Negeri Pahang ya kawan-kawan. Orang Pahang mesti dah pernah pergi kan. So does bagi yang dah pernah jejak genting, mohon abaikan entry ni ye. Hehehe. This is another throwback. Sumpah lama gila entry ni kat dalam draf. Tiga tahun punya lama kot. Tak perasan yang tak publish2 lagi, sebab kekangan waktu dan kemalasan yang melanda. Heuu.. Mohon undur ke masa lalu ye.

09.04.2013 | 9 p.m 

My fren send me a text inviting me joining a day trip to Genting. "Beb, jom gi Genting nak cuti ni? Kalau kau on, text aku tau." I'm hesitate a while. The first thing in my mind that time was about my mother's approval. Hehe. Later then.. The decision made. I replied to my friend, "Okey, set. I'm going. Yehaaa."

A day trip to Genting Highland
10.04.2013 | 8 a.m - 10.30 p.m

Seawal jam 8 pagi lagi, shad dah get ready. Siap apa yang patut. 8.30 pagi gerak ke Stesyen Bas Kajang. Kajang sebab dekat dengan uni Shad dekat Nilai. Rombongan Cik Kiah ni seramai sepuluh orang ye. Hehe. Shad, Ekin, Ika, K.Nina, Miera, Pikah, Bella, Bob, Lokman (Bro) dan Fatah. Around 9.30 pagi, bus 'Go Genting' pun gerak. Dalam sehari, akan ada empat kali bus trip ke Genting from Kajang-Genting. Sebab kitorang malas nak drive balik sampai malam, so naik bus je. Kalau nak pergi dengan family, Shad rasa lagi better naik kereta je kot.


Harga tiket? Bagi shad memang OK lah harga tiket dia. Seorang RM65.00 ringgit dari Kajang-Genting (harga termasuk package). Package tu termasuk, tiket bas pergi-balik Kajang-Genting, tiket naik Cabel Car pergi-balik (RM12) dan tiket masuk ke Outdoor Theme Park dekat Genting. Harga biasa untuk tiket masuk Outdoor Theme Park tu RM54app kalau tak salah. So, kat sini dah save la sikit kan. Save bajet. Tapi sekarang kan dah tahun 2015. Tak tahulah harga dia dah jadi berapa. So, let's check it out dekat website Genting later on.


04.2013 | 10.45 pagi

Dalam pukul 10.45 pagi, kitorang dah selamat sampai menjejak tanah Genting dengan menaiki Bas Go Genting. Wajiblah kita posing satu kali kan. Ok, nak introduce model of the day kat atas tu. From Left : Ekin, Ika, Shad, K.Nina, Miera, Pikah dan Bella. Memang attire hari tu seperti dalam gambar tu lah. Takkan nak pakai baju kurung naik Flying Coaster pulak kan. Haha. Ok, tujuan utama kami memang nak terjah Outdoor Theme Park tu je. Rasanya ramai kot yang tahu yang Genting ni ada Kasino terbesar kat Malysia. Hoho.




Tiket skyway semua dah beli awal-awal (termasuk package tadi), so terus je kitorang naik escalator untuk naik Genting Skyway/cabel car. Bagi yang on the spot pergi Genting, boleh dapatkan tiket Skyway ni dekat kaunter tiket. Dan kalau anda drive kereta sendiri, dan rasa macam nak save lah, tak nak naik cabel car, pun boleh juga. Anda boleh drive terus ke puncak Gneting. Ya lah kan, tiket pergi balik skyway seorang dewasa dah RM12 app kan, kalau pergi satu family, banyak jugak tu kan. Jadi, ikut bajet masing-masing. Hehe. So, shad dengan kawan-kawan decide nak naik cabel car ni, nak menghayati pemandangan lah kononnya. Hehe. And the view, sooo cantik.. 

Skyway

Star Walk
Note: Genting Outdoor Theme Park closed from 1st September 2013 for 3 years to make way for the world’s first Twentieth Century Fox Theme Park. 

Ohhh, Outdoor nye theme park tutup la sekarang kan. Bukak semula 2016. Tapi tak apa, kalau pergi sekarang, ada jugak attraction lain selain Outdoor Theme Park tu. Antaranya ialah First World Indoor Theme Park, SnowWorld, Sky Venture, Genting Bowl, Vision City and Funtasy World Video Games Park. Ripley’s Believe It Or Not! dan Haunted Adventure pun ada. 

Welcome to Genting Outdoor Theme Park. Okkey, dah excited kalah dari kanak-kanak dah ni. Tak sabar nak try semua rides yang ada. Hoho. Depan-depan dekat pintu masuk lagi dah nampak spinner tengah berputar-putar. 




Shad lagi suka Outdoor punya theme park. Hehehe. Next time pergi boleh la terjah other attraction pulak kan. Tapi aklau ada kesempatan, memang terjah Outdoor jugak rasanya ni. Mesti lagi best kan Outdoor Theme Park yang baru nanti. Tunggu 2016 ni, kita terjah lagi sekali. Huhu. Senarai rides di Outdoor Theme Park : Astro Fighter, Corkscrew, Double Deck Carousel, Flying Jumbo, Matahari, Mini Train, Monorail, Pirate Ship, Pirate Train, Spinner, Sungai Rejang Flume Ride, Tea Cup, Flying Coaster, Cyclone, Stinger dan The Waves. (Last Shad pergi masa tu lah, bulan 4 tahun 2013).



Sampai-sampai je dekat Outdoor Theme Park tu, maka wajibla kita posing satu kali. Dengan sweater bagai kan, sebab terasa la jugak kesejukannya tu. Memang sejuk pun. Nampak tak macam kabus-kabus tu. Feeling oversea kejap dengan suhu sejuk gitu.

Memandangkan Shad dengan Ika yang paling excited sekali, makanya first ride yang kami nampak tu lah yang kami naik. Kalau korang yang tak tahan kalau berpusing-pusing ni, mohon jangan naik awal-awal Spinner ni, kang potong mood nak naik rides lain. Agaklah pening sikit. Tapi best. Memang boleh release stress sangat-sangat. Menjerit sakan pun orang dah tak ambik peduli. Haha. Shad siap naik dua kali lagi.


Spinner
Astro Fighter
Astro Fighter tu tak naik pun. Macam tak thrill sangat je rasa. Hehe. Next ride yang kami naik ialah Matahari namanya. Ala-ala Ferris wheel la jugak yang ni. Ride ni sangat-sangat relaxing. Boleh tengok view Outdoor Theme Park ni dari atas. Kalau korang pegang DSLR, mohon naik Matahari ni ya, boleh snap view yang cantik-cantik dari atas ni. Serious. Hehe.


Matahari
Flying Jumbo
Cyclone - A rollercoaster with "big" thrills!
Other rides yang boleh anda cuba. Flying Jumbo dan Cyclon. Flying Jumbo tu pun Shad tak naik, sebab macam tak thrill jugak, haha. Nampak situ ramai mak ayah dengan kanak-kanak ja. Hehe. So the thrill part ialah gambar yang kat bawah ni. Corkscrew. Okkey, teruja lagi sekali. Maklumla tak pernah pergi funfair kan. Mana pernah rasa naik benda-benda ni semua masa zaman kanak-kanak. So, masa dewasa ni lah nak naik pun. Kang pergi time dah tua, tak naik jugak rasa, luruh jantung beb. Ada berani?

Memang best naik benda alah ni sebab boleh menjerit sakan lagi sekali. Shad dengan Ika siap berebut-rebut lagi dengan couple ni. Berebut bak duduk depan sekali. At last, well, dapat la duduk depan sekali. Best giler. Haha. Tapi kenapa sekejap sangat rides ni, tak puas rasa. Nak naik lagi.


Corkscrew
Bagi Shad, Corkscrew ni tak adalah takut mana pun, gayat tu sikit-sikitlah. Teruja lagi adalah. Sebab Shad memang suka benda-benda lasak macam ni kot. For those yang agak-agak macam takut nak naik ni, apa kata try it once. Sekali seumur hidup pun jadilah. Bagi gegar-gegarkan jantung sedikit ya. Nak menjerit bagai nak gila pun tak ada sapa nak larang. Haha. Tapi kalau tak berani jugak, jangan paksa diri ye. Bolehla naik Tea Cup macam gambar kat bawah ni. Comelnya lahai. Haha. Bagi ibu dan ayah yang bawak kanak-kanak, boleh bagi anak-anak try this. 


Tea Cup
Next rides yang rombongan Kak Kiah kami cuba ialah Grand Prix Fun Cart ni. Yang suka Go Cart, boleh try this okkey. Rugi kalau masuk Outdoor Theme Park ni kalau tak cuba. Dan kata-kata ni ditujukan khas buat diri sendiri. Haha. Memang Shad tak naik pun. Sebab tu lah boleh snap gambar kawan-kawan tengah naik kan. Haha. 

Grand Prix Fun Cart
Dinosaur Land 

Land That Time Forgot. Haaaa tudia, jom la kita mengundur ke masa lalu, tengok dinosaurs. Travel back to the age of the dinosaurs on an educational ride and learn more about a lost primitive world. The slow boat ride in Dinosaurland took about 10 minutes and is an exciting experience for young children. Just nice la jugak naik bot dan tengok dinosaur. Relax je naik bot yang slow motion tu.  




Selain naik bot tadi, dekat Dinosaur Land ni jugak tempat-tempat santai yang boleh kita terjah. Hehe. Sempat la snap-snap gambar dengan dinosaur tu dekat Dinosaur Land. Sejuk je kat atas tu. Dan sangat relaxing. Hilang semua tress yang ada.


Selfie barang satu kali sebelum kita naik rides yang seterusnya. Ha, jangan tak tau, ada banyak lagi rides yang tak naik ni. Hehe. Dah alang-alang sampai kan, cuba ja semua permainan/rides yang ada. Tidak, rugi lah bayar tiket mahal-mahal kan.

Next rides yang Shad naik ialah The Waves. Nak, berpusing-pusing kepala den naik benda ni. Berombak-ombak rasa bila turun. Tapi kan, Shad naik dua kali rides ni, haha. Tamak kan. Nak naik banyak kali.


The Waves
Nampak macam simple je The Waves ni, tapikan, agaklah jugak lajunya benda ni. Walaupun laju dan macam berombak, jangan risau tercampak ya, sebab once dia dah macam agak laju tu, akan ada something macam coating la jugak yang menutup tempat duduk kita tu. Time dia laju tu, sumpah rasa macam nak terperosok dan rasa macam berbolak-balik dah dalam tu. Haha. Kalau tak ada penutup tu, mamang dah tercampak keluar dah rasa dari tempat duduk tu.



Space Shot
Another thrill one. Space Shot. Yang ni awesome jugak. Tinggi derrr. Awal-awal tu slow motion je dia naik sampai ke atas tu. Dalam 3-4 saat jugak dia stop kat tengah-tengah awan atas tu. Sempat lah tengok view dari atas Space Shot tu. Dup dap dup dap dah jantung I sebenarnya, sedia nak menjerit je lepas tu. But then, serious tak terkeluar suara ni, sebab dia turun mendadak and rasa macam I tak duduk dekat atas kerusi Space Shot tu. Seriously. Sila bayangkan ye. Apa-apa pun thumbs up. Next ride yang Shad naik ialah Pirate Ship. Best jugak nak menjerit uang tu pun. Rasanya kebanyakan rides dekat Outdoor Theme Park ni Shad naik kot. Ada 3-4 je yang tak naik rasa. Memang menguji jantung betul lah a day dekat Outdoor Theme Park tu.

Dah puas main, naik, menjerit semua dah. Okey, masa untuk isi perut. Jom ke First World Plaza. Tempat lebih kurang mall la dekat Genting, ada bowling, wayang, kedai makan dan lain lain. Dan, jangan risau sebab dekat First World Plaza ada ja macam-macam yang korang boleh cari nak makan apa. KFC, Marrybrown, Kenny Rogers, Pizza Hut dan banyak lagi. Untuk hari tu, santap dekat KFC je. Kemudahan Surau juga disediakan for muslim. 


Rainforest Splash Pool - World Indoor Theme Park
Macam-macam jugak ada dekat First World Plaza ni, kalau nak tahu, ada a big stage dekat indoor theme park ni. Dorang ada buat performances/persembahan seperti songs, dances, acrobats etc. The performance are free of charge and good way to relax after so much of rides and activities. Time shad pergi hari tu ada magic show. Hehe. Layan la kejap. Free je kan. Tinjau-tinjau kat Indoor theme park tu, nampak cam best la jugak kan. Senarai rides yang ada di First World Indoor Theme Park: 4D Motion Master, Adult Bumper Car, Carousel, Euro Express, Junior Bumper Car, Mini Train, Monorail, Reindeer Cruiser, Ride De Paris, Rio Float, Flying Dragon dan Rainforest Splash Pool. Banyak jugak kan.



Gambar entry Wordless Wednesday semalam yang shad suh teka tu, tempatnya adalah di First World Plaza, Genting Highland. Nampak macam kat London kan gambar kat atas ni. Hehe. Maka tamatlah a day trip Shad dengan kawan-kawan dekat Genting. Nah, last gambar time tengah tunggu bas Go Genting untuk balik ke Kajang. Have a nice day all. 

Information Corner

How to Go There?

By Road
About 45 minutes' drive from Kuala Lumpur via the Karak Highway.

By Bus or Taxi
The Kuala Lumpur-Genting direct coach service is available from KL Sentral, Jalan Duta Coach Station, Gombak LRT Station and Kajang KTM station. For more info, boleh tengok sini ya, [KLIK]. Dekat website tu ada cerita semua pasal transport by bus, tambang dan jadual waktu perjalanan, pakej yang disediakan juga ada disertakan.

Entrance Fees (2015)
- Please have a look here, http://www.rwgenting.com/themepark/

Penginapan bagi yang hendak bermalam
- First World Hotel
- Genting Hotel
- Awana Hotel
Link here : http://www.rwgenting.com/hotel/accommodation/

Address:
Genting Highlands,
69000 Pahang Darul Makmur, Malaysia

For more info please visit the site, http://www.rwgenting.com 
Contact number, +603-2718 1118


Note: Genting Outdoor Theme Park closed from 1st September 2013 for 3 years to make way for the world’s first Twentieth Century Fox Theme Park. Other rides and attractions located in First World Indoor Theme Park, SnowWorld, Sky Venture, Genting Bowl, Vision City and Funtasy World Video Games Park will remain opened as usual. For more information visit http://www.rwgenting.com or contact us at +603-2718 1118 - www.tourism.gov.my

You Might Also Like

18 Comment

  1. Rindu nak g sana.. x sempat main outdoor..

    Pohon maklum kepada ejulz kalau sudi jadi sponsor segmen. tq "Mencari Sponsor Segmen"


    Like page "Ejulz Blogshop" jika sudi.. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa, nanti tahun 2016, Outdoor Theme Park bukak, kita gi terjah ye.. Terima kasih mention for the sponsor, will have a look on it.. tq :D

      Delete
  2. wahhhh! bestnya! lepas baca entri ni rasa nak pergi genting sekarang jugakk. saya pun suka benda-benda thrill ni. wahhh excited pulakk hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahhaaa, bagi yg suka benda2 thrill, wajib pegi tmpat2 gini.. Jom ler 2016 kita pakat terjah Genting.. hehehe..

      Delete
  3. Dah berzaman SS tak gi Genting tu... Sejuk lagi tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. shad pun da bezaman tak jejak kak SS.. ni pun pergi yang 3 tahun lepas.. bapak berzaman entry ni baru nak up..

      Delete
    2. Akak pun sama macam SS,.. dah masuk sedekad lebih tak ke sana.

      Delete
    3. kak farah, hehehe.. sedekad dgn sezaman mana lagi banyak eh.. hehe :D

      Delete
  4. sekali jer ke genting nih.. tuh pun masa baru kawin.. dah lama tak ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shad pun da lama tak g kak eyda.. jom, save the date.. 2016 ni ingat nak g jejak sana lagi sekali.. hehehehe

      Delete
  5. Sekarang ni Genting dah tutup kan. Terkejut saya masa mula-mula baca entri ni sebab awak cakap awak pergi Genting. Sekali tengok tahun, tahun 2013. Dah lama dah tak pergi Genting. Lama lagi nak tunggu Genting buka balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. tu lah, seb baik Farah nampak yang 2013 tuu... hehehhe.. Tahun 2016 ni Outdoor Theme Park baru nak bukak.. Diorang ada tambah more exciting and fun features.. hehehehe

      Delete
  6. Replies
    1. it had been a long long long time kan.. heheee

      Delete
  7. last CT pegi genting tahun 2002 hahaha.. lepas tu tak pegi dah..
    mak ayah mmg tak berkenan tempat macam ni.. naik krusi terbang tu aaaaa pengsan..
    jiwa mmg x extreme main benda2 mcm ni..

    naik roller coaster.. turun menangis.. org keje tu tanya kenapa..
    'saya hidup lagi..' kuat2 jerit kat situ smpai cikgu cepuk hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe, jiwa kena kental nak naik benda-benda cenggini.. tahun 2002 masa tu umur CT berapa erk, kanan2 lagi kan, mmg lah turun roller coaster nangis kan.. hehehe.. jom ler kita buat trip geng blogger ke genting tahun 2016 ni.. hehehe.. :D

      Delete
  8. Tak pernah sampai genting ni... bestnya kalau dapat p kn

    ReplyDelete
  9. Rindunya nak ke sana..last pergi 2011...trip dengan kawan2..memang seronoklah..hope dapat ke sini lagi :)

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Informative

Travel & Beauty Blog

Sponsored