Katakan Dengan Indah | Novel Review

4:26 PM

Greeting and Assalamualaikum to all

Katakan Dengan Indah | Novel Review. Hai all. I'm back with my passion. And Yes, nak cerita pasal novel. Ada yang minat baca novel? Bagi high five sikit. Hehe. Ok, skip the intro and back to landasan cerita. Novel Katakan Dengan Indah ni karya Eury Athena, penulis novel Ad+Iz jika ada yang pernah memiliki dan membaca novel tersebut. Disebabkan novel tajuk Ad+Iz tidak mengecewakan pembacaan Shad, maka Shad pun decide beli novel kedua dari penulis, Katakan Dengan Indah. 

Novel Katakan Dengan Indah Eury Athena

Review Shad

Shad suka jalan cerita novel ni. Novel ni berkisarkan kisah hidup seorang budak perempuan, Qaireen Hafiya yang suka buat masalah di sekolah hanya disebabkan dia nakkan perhatian dari keluarganya dan it is fun for her. Peraturan sekolah diciptakan untuk dilanggar katanya. Hamboi. Nampak sangat kan dia ni desperate kasih-sayang from her own father and mother. Sampaikan Qaireen ni nak bunuh diri weh. Inilah natijahnya when parents ignore their children. Dan satu lagi, Shad wonder, kenapalah mak ayah si Qaireen ni macam tak sayang je dengan Qaireen? Banyaknya tanda tanya bila baca novel ni..

And shad suka jugak dengan adanya girls group dalam novel ni, The Girls yang punya jalan cerita dan nasib yang serupa. Kurang kasih. Mengimbau time zaman-zaman sekolah dulu. Memang ada girls group, geng-geng ni kan. Geng budak pandai, geng kaki tidur, geng pecah pusat sumber, gen budak bermasalah dan macam-macam lagi.

Novel Katakan Dengan Indah

Mencintai seseorang dan dalam masa yang sama
terpaksa membenci orang tersebut bukan suatu perkara
yang mudah dilaksanakan....

Di awal pembacaan tu macam tertanya-tanya and curious sangat siapalah si budak lelaki baju merah jambu ni. Dia ni macam dah kenal lama, kenal rapat dengan si Qaireen ni. Padahal Qaireen ni satu apa pun tak ingat dan tak tahu bila masa dia boleh bukak hikayat hidup dia sampai budak lelaki baju merah jambu ni tahu hampir semua pasal diri dia. And, budak lelaki ni pun suka jugak cari pasal dengan Qaireen. Hadirnya Amir Haikal, budak baju merah jambu ni macam pemula detik-detik happy dalam hidup Qaireen Hafiya.

Amir Haikal. Dia pembuka kunci-kunci kebahagiaan dalam hidup Qaireen Hafiya. Dia yang memberi semangat , dia yang ubat jiwa mati Reen. Dia yang menyedarkan Reen betapa masih ramai lagi manusia di luar sana yang punya nasib yang lebih malang. "Cari bahagia kau." - Amir. They become friend and hang around together. Tapi bahagia itu cuma sekejap... Datangnya tiba-tiba, perginya pun tiba-tiba. Amir pergi buat selamanya. Reen keseorang lagi. She's loosing herself. Tiba-tiba sangat Amir pergi, macam mimpi ja, macam susah nak percaya.

Katakan Dengan Indah Novel

8 tahun berlalu....

A lot of things happen. Mengajar Reen erti sebuah kehidupan. Kadang-kadang untuk dapatkan sesuatu kita harus korbankan sesuatu. Pertemuan dengan Haykarl Affandy sungguh buatkan Reen sekali lagi di awangan. Haikarl Affandy. Amir Haikal. Amir... Kenapa sama sangat perangai diorang ni. Almost everything sama. Nak tahu apa yang jadi? Kena lah beli dan baca novel ni ye. Apa yang pasti memang suspend dan macam tak percaya ja orang jahat dalam novel ni ialah ...??.. Ha, suspend tak. hehe. Confirm tak rasa menyesal beli. Shad bagi 4.5/5 bintang untuk novel ni. Ayat santai, jalan cerita best dan penuh dengan suspend.

Baca 10 Bab awal Novel Katakan Dengan Indah

Information Corner
Tajuk novel :Katakan Dengan Indah
Karya : Eury Athena
Muka surat : 853
Penerbit : Kaki Novel
Harga : RM29 sm/ RM32 ss
Where to Buy : Online order di http://www.kakinovel.com/ dan 
boleh didapati di kedai-kedai buku seluruh Malaysia. 

You Might Also Like

8 Comment

  1. Replies
    1. hehe.. 4.5 bintang shad bagi tu kak.. hehehe.. :D

      Delete
    2. tapi kenapa tajuk entri dan gambar tak sama dengan tajuk dalam entri tuh.. cuba shad tengok tajuk novel dalam entri jadi "Novel Bukan Cinta Secondhand ni karya Eury Athena, penulis novel Ad+Iz"

      Delete
    3. aah lah kak eyda... ni namanya menulis pastu tak semak semula.. ada 4 novel baru yang shad baru beli dan nak review.. dah edit semula. tenkiu kak eyda, sbb bagitau.. :D

      Delete
    4. u r welcome.. dah rasa pelik, tu bagitau.. kekadang memang kita tak perasan salah taip apa nih..

      Delete
  2. macam menarik jer jalan cerita ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. peminat novel, wajib grab satu ni.. hehe :D

      Delete
  3. Wahhh ada novel.baru pulak.. novel yg dulu kak ekin.ada hihihi...

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Heart 1

Travel & Beauty Blog

Sponsored