Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular ABPBH 2014

1:52 AM

Pemenang Anugerah Bintang Popular ABPBH 2014. ABPBH 2014 telah pun melabuhkan tirainya. Ada yang tengok TV3 tak semalam. Acara berprestij ini berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands pada 5 April 2015. Pengacara majlis ABPBH 2014 ini ialah gandingan Amy Mastura, AG (Hot FM) dan Sherry Alhadad. Tahniah buat semua calon yang telah dinobatkan sebagai pemenang.

abpbh 2014

Highlight of the night, Shaheizy Sam dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 2014, edisi ke-28 yang diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands. Kemenangan itu melayakkan Shaheizy membawa pulang hadiah utama iaitu kereta Toyota Camry bernilai RM175,000 tajaan UMW Toyota Motor Sdn Bhd berserta trofi. Ini adalah kemenangan ketiga Shaheizy Sam di pentas ABPBH.

"(Walaupun ini) kali ketiga menang, saya tetap berdebar. Ramai yang nak saya sebut terima kasih tapi anda tahu siapa diri kalian yang saya gelar The Magician," katanya. - sumber BH

Perrgh, menang lagi Shaheizy Sam ya. Tapi lakonan dia memang best pun kan. Tak dinafikan. Movie Adnan Sempit saja dah berapa siri kan, yang terbaru ni Manisnya Cinta di Cappadocia pun Sam jugak. Kalau nak cerita pasal filem ni, sampai esok pun tak habis kan. Apa-apa pun, tahniah Sam.

ABPBH 2014

Berikut adalah keputusan penuh ABPBH 2014 yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands semalam.

Pemenang Kategori Utama ABPBH 2014

Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 2014 - Shaheizy Sam
Artis Baharu Lelaki Popular - Hafreez Adam
Artis Baharu Wanita Popular - Ayda Jebat
Pengacara TV Lelaki Popular - Datuk Aznil Nawawi
Pengacara TV Wanita Popular - Neelofa
Penyanyi Lelaki Popular - Akim
Penyanyi Wanita Popular - Adira
Pelakon TV Lelaki Popular - Shah Iskandar
Pelakon TV Wanita Popular - Nad Zainal
Pelakon Filem Lelaki Popular - Shaheizy Sam
Pelakon Filem Wanita Popular - Siti Saleha
Artis Komedi Lelaki Popular - Abam
Artis Komedi Wanita Popular - Didie Alias
Penyampai Radio Lelaki Popular - Johan (Era)
Penyampai Radio Wanita Popular -Fara Fauzana (Hot)


Pemenang Kategori Online ABPBH 2014

Personaliti Popular - Faiz Dickie
Artis Paling Kontroversi - Sharnaaz Ahmad
Pasangan Selebriti Romantis - Awal Ashaari dan Scha Alyahya
Artis Lelaki Stailo - Zul Ariffin
Artis Wanita Stailo - Datuk Siti Nurhaliza
Gandingan Serasi Di Layar - Zul Ariffin dan Ayda Jebat


You Might Also Like

10 Comment

  1. urm.. baru tau.. tak mengikuti sangat hiburan tanah air ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. me neither.. tau pun sebab tertengok tv semalam.. hehe

      Delete
  2. tahniah kepada semua pemenang.. tengok separuh jer semalam.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shad pun tengok tak habis kak eyda.. hehe

      Delete
  3. tengok sipi2 je semalam. tapi tau jugak shaheizy sam menang lagi. dapat kereta lagi. whahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. menang lagi shahiezy sam tu.. syok ke dia kan.. hehe

      Delete
  4. Replies
    1. semua pakai ala-ala princess tu.. comel sangat.. hehe.. bju kembang2..

      Delete
  5. wooo baru CT tahu sapa menang.. takdok tv nak tngk n xplak cari sapa pemenang..
    alang2 blogwalking ni mai baca..

    x minat leeee shaheizy tapi tak juga tak suka.. neutral gitu..

    ReplyDelete
  6. Akak pun xtgk gak... pukul 10 abg suruh picit kaki dia... last2 tertido gak akak... hihihihi

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Heart 1

Travel & Beauty Blog

Sponsored