30 Menu Lazat Sepanjang Ramadhan

2:44 PM

Greeting and Assalamualaikum to all.

30 Menu Lazat Sepanjang Ramadhan. Berjumpa lagi kita dengan Ramadhan Kareem pada tahun ini. Ramadhan 1436H. Jun 2015. Alhamdulillah, kita masih diberi peluang dan kesempatan untuk merasai nikmat berpuasa sekali lagi. Ramadhan bulan mulia, bulan istimewa yang dipilih Allah di mana kitab suci Al-Quran diturunkan.

Firman-Nya:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ
“...Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan menjadi pembeza (di antara yang hak dengan yang bathil).” (Surah al-Baqarah, 2: 185)

ramadhan 1436h

Ramadhan bulan yang Allah limpahkan kita dengan pahala berlipat ganda, bulan yang penuh rahmat dan maghfirah (pengampunan dosa), bulan yang terdapat Lailatul Qadar (malam mulia) iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Pada bulan ini pintu-pintu surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan diikat. 

Sungguh Allah Maha Penyayang kepada hamba-Nya. Dihadiahkan kita bulan yang penuh rahmat, bulan yang penuh dengan nikmat. Rugilah kita jika tidak mengejar pahala.

al-quran

30 Menu Lazat Sepanjang Ramadhan


  1. Tilawah Al-Quran sejuzuk sehari paling kurang
  2. Solat terawih minima 8 rakaat setiap malam
  3. Solat Witir minima 3 rakaat semalam
  4. Beri makan orang berbuka puasa walaupun dengan sebiji tamar setiap hari
  5. Solat fardhu 5 waktu berjemaah setiap hari
  6. Tahajud setiap malam minima 2 rakaat
  7. Sunat Dhuha setiap pagi
  8. Sedekah setiap hari minima seringgit
  9. Pastikan sahur setiap hari
  10. Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit
  11. Tadarus Al-Quran sambil berusaha memahami maksudnya
  12. Ziarah orang yang kurang bernasib baik dan kurangkan ziarah ke bazar-bazar ramadhan
  13. Pilih makanan sunnah sebagai menu harian
  14. Elakkan membeli dari tangan orang yang fasik
  15. Jauhkan aktiviti yang lagha
  16. Zikir harian, banyakkan berdoa
  17. Lazimi bibir beristighfar sekurang-kurangnya 70x dalam hari
  18. Ajari diri dengan sifat rendah hati kerana Allah
  19. Mudah memohon maaf dan memberi maaf
  20. Menjaga dan menghubung silaturrahim
  21. Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna
  22. Menjaga lisan, pandangan, pendengaran dan hati dari perkara-perkara yang dilarang
  23. Tidak berlebih-lebihan mehupun membazir dengan makanan terutama juadah berbuka
  24. Perbanyakkan amalan-amalan sunat - solat sunat rawatib
  25. Lazimi Sunnah Rasulullah yang ringan tulang dalam urusan rumah tangga
  26. Lazimi untuk kawal dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar
  27. Lazimi lidah untuk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkan syukur kepada Allah di kala senang mahupun susah
  28. Menjaga ikhtilad- hubungan antara lelaki dan perempuan 
  29. Membayar zakat fitrah dalam waktu yang telah ditetapkan
  30. Ikhlaskan hati kerana Allah.. hadirkan Allah di dalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dengan sebaik mungkin seolah-olah inilah Ramadhan terakhir kita.
Ambillah kesempatan ini dan marilah kita berlumba-lumba mengejar pahala di bulan Ramadhan yang mulia ini. Nasihat buat diri sendiri juga. Semoga bermanfaat buat semua. 

You Might Also Like

16 Comment

  1. Singgah petang...
    InsyaÁllah...Amin...

    ReplyDelete
  2. insya allah...Harap kita dapat menikmati 30 menu lazat di bulan ramadhan dengan penuh barakah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.. Amin.. Kita cuba buat mana yang mampu.. :D

      Delete
  3. JOM KE BUFFET RAMADHAN IDFR, KL HANYA RM45/SEORANG

    http://faridaredbellas.blogspot.com/2015/06/buffet-ramadhan-hanya-rm45person-di.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, okkey jugak harga dia ya.. terima kasih untuk infonya.. :D

      Delete
  4. Replies
    1. Semoga bermanfaat buat semua.. self reminder juga.. :D

      Delete
  5. Terbaik la Shad! Serius kak zarith bukak ni tadi ingatkan menu betul, terpana seketika =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. Shad pun terpana jugak kak zarith bila pestime baca ni.. kawan hantar kat wasap.. hehe.. semoga bermanfaat buat semua..

      Delete
  6. Sajian sihat sekali :) 30 MENU LAZAT SEPANJANG RAMADHAN
    InsyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sajian sihat untuk rohani.. hehe.. :D

      Delete
  7. jom kita amalkan...dapat dapat buat semua buat separuh..x dpt buat separuh ambil suku jgn tinggalkan langsung kan Shad

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju 200% dengan kak jay m.. betul sangat, buat mana yang kita mampu, kalau tinggalkan langsung, rugilah kita.. hehe :D

      Delete
  8. hi Syad, baru singgah blog ni. nice blog.Salam Ramadhan

    http://vitaminterengganu.blogspot.com/2015/06/set-berpuasa-yang-wani-amalkandah-jatuh.html

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Informasi

Travel & Beauty Blog

Sponsored