Baiki Diri dengan Sifat Mahmudah

3:17 PM

Greeting and Assalamualaikum to all.

Baiki Diri dengan Sifat Mahmudah. Kesucian rohani mesti dilakukan dengan dua cara. Pertama, membersihkan diri daripada sifat mazmumah dan kedua menghiasi diri dengan sifat mahmudah. Sifat mahmudah atau sifat terpuji ini perlu ada di dalam diri kita untuk mencapai kesucian rohani yang sempurna. Ia dapat mendidik nafsu dan akal kita supaya berada di landasan yang betul disamping membersihkan hati. 

Antara sifat-sifat Mahmudah (Terpuji) termasuklah; Taubat, Khauf (Takut), Zuhud, Sabar, Syukur, Ikhlas, Tawakkal, Mahabbah (Kasih Sayang), Redha dan Zikrul Maut (Mengingati Mati). Manakala sifat Mazmumah (Tercela) seperti; Banyak Makan, Banyak Bercakap, Marah, Hasad, Bakhil, Cintakan Kemegahan, Cintakan Dunia, Bangga Diri, Ujub (Hairan Diri) dan Riya' (Menunjuk-nunjuk) - 10 sifat Mahmudah dan Mazmumah yang digariskan oleh Imam Al-Ghazali r.a. - 'Arbain Fi Usuluddin'.

Khauf

Khauf bermaksud takut akan Allah, takut kepada kemurkaan Allah dan azab-Nya. Sentiasa merasakan diri diperhatikan oleh Allah. Sifat takut akan Allah ini dilaksanakan dengan melakukan segala perintah Allah dengan perasaan ikhlas dan taat kepada perintah-Nya. Orang yang takut kepada Allah akan mendapat sekurang-kurangnya empat kurniaan Allah iaitu; petunjuk, rahmat, dimasukkan ke dalam syurga dan mendapat keredaan Allah.

reda dengan ketentuan allah

Redha

Redha bermaksud menerima segala ujian, ketentuan dan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah kepada kita sama ada senang atau susah, tanpa sedikit pun merasa kesal, tidak puas hati dan sebagainya. Sebagai hamba-Nya, kita hendaklah yakin bahawa segala yang berlaku itu  mempunyai hikmah di sisi Allah yang tidak kita ketahui.

Taubat

Taubat beerti kembali mentaati perintah Allah dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Allah yang bersifat Maha Pengampun dan Penyayang akan mengampuni dosa hambanya walau sebanyak mana pun asalkan kita bertaubat dan menyesal atas apa yang dilakukan. Allah berfirman maksudnya: "Bertaubatlah kamu kepada Allah di atas kesemua dosa kamu wahai orang yang beriman supaya kamu mendapat kebahagiaan." (An-Nur:31).

Syarat-syarat Taubat:

  1. Menyesal terhadap perbuatan yang dilakukan.
  2. Benci perbuatan itu.
  3. Berazam tidak akan mengulangi perbuatan dosa seperti itu.
  4. Beramal dengan amalan yang soleh
  5. Sekiranya perbuatan itu bersangkutan dengan manusia, hendaklah diselesaikan terlebih dahulu. Selepas itu baru meminta ampun kepada Allah.

Hububullah

Hububullah bermaksud kasih dan cintakan Allah, suka dan bersedia untuk menjunjung perintah Allah sama ada wajib atau sunat dan menjauhkan larangan Allah sema ada yang haram atau makruh.

Zikrul Maut

Zikrul maut bermaksud mengingati mati. Mati itu boleh datang secara tiba-tiba, tidak mengenal usia, tanpa kita mengetahui masanya. Maka, renungkan adakah amalan kita di dunia yang sementara ini cukup buat bekalan kita di akhirat kelak. Dengan mengingati mati, ia dapat menghalang kita dari melakukan maksiat. sumber - fokus spm

mengingati mati

Imam Ghazali ada menerangkan tentang cara mengingati mati, di antaranya:

  1. Ingat kepada rakan atau sahabat yang telah meninggal dunia. Mungkin umur mereka sebaya dengan kita atau penyakit mereka sama dengan kita, oleh itu bila pula Malaikat maut akan menjemput kita. 
  2. Ingat bagaimana cara mereka meninggal. Ada yang disebabkan penyakit buah pinggang, darah tinggi atau lemah jantung. Cuba tanya diri kita, apakah kita betul-betul sihat dan tidak akan menghidapi penyakit seperti ini. Atau ada yang ditimpa kemalangan tiba-tiba. Apakah kita boleh terselamat dari kemalangan seumpama ini. 
  3. Bayangkan kehidupan mereka sebelum mati. Ada yang meninggal dalam keadaan baik kerana penghujung hayatnya ia menjadi ahli masjid dan dekat dengan Allah Taala. Ada yang kita dapat lihat jenazah dengan wajah yang tenang bertemu dengan Allah Taala. Ada juga sahabat yang meninggal tetapi hayatnya penuh dengan maksiat, minum arak, tinggal solat dan sebagainya. Lihatlah wajahnya yang penuh dengan tanda azab dan kengerian. 
  4. Ziarahi orang sakit dan nazak. Lihat bagaimana azabnya sakaratul maut dan betapa seksanya berhadapan dengan saat kematian. sumber- tazkirah.
Khauf, Reda, Hububullah dan Zikrul Maut merupakan antara sifat-sifat mahmudah yang perlu ada dalam diri individu disamping menjauhi sifat mazmumah. Semoga kita semua tergolong dalam golongan ahli syurga. Amin. Sharing is caring and caring is loving.

You Might Also Like

8 Comment

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Informasi

Travel & Beauty Blog

Sponsored