Eksperimen Cinta karya Anjell | Novel Review

10:24 PM

Greeting and Assalamualaikum to all.

Eksperimen Cinta karya Anjell | Novel Review. I'm back with a new review. Dah lama tak post pasal book review. Here we go. Malay novel tajuk Eksperimen Cinta by Anjell. Actually, dah lama dah beli, dan dah lama dah baca novel ni. Baca kali ke-entah yang ke berapa kali dah ni. Kadang-kadang tu rajin la jugak nak mengulang baca novel yang dah baca 2-3 tahun lepas. Kaki novel semua, mesti pernah buat macam ni jugak kan. Confirm! 

Novel Eksperimen Cinta ini merupakan novel sulung karya Anjell. Sebelum ni shad pernah review novel ke-dua karya penulis, Suamiku Paling Sweet. Memang sweet habis lah. Novel ke-tiga penulis yang baru keluaran May 2015 baru-baru ni, bertajuk Tundukkan Playboy Itu tak beli lagi. Coming soon. Shad suka gaya penulisan Anjell yang santai. Ok, jom baca sinopsis novel Eksperimen Cinta.

Eksperimen Cinta karya Anjell | Novel Review

Sinopsis Novel : Eksperimen Cinta

Kali pertama mereka bertentang mata. Masing-masing dah ada pandangan sendiri. Dan tak sangka pula Tengku Aaron ini memang gila orangnya. Sangat-sangat tak terduga sikapnya. Kalau tak gila, apa perkataan paling sesuai nak digambarkan kepada orang yang tiba-tiba ajak kahwin padahal kenal tak sampai dua jam?

Demi syarikatnya, Damia buat keputusan gila juga! Tak ada jalan keluar melainkan cakap, “Saya setuju!” Damia letakkan syarat dengan harapan Tengku Aaron batalkan niatnya.

“Awak jangan menyesal pula kahwin dengan saya. Sebab saya ni pisau cukur...” - Damia Farisha

“Oh, ya?! Kalau cap Gillete Mach3 Turbo, aku lagi suka. Kikislah banyak mana harta aku. Aku tak kisah. Harta aku bertimbun-timbun…” - Tengku Aaron Shad

Gagal dan gagal. Akhirnya bersatu juga! Bagi Tengku Aaron semuanya tak lebih daripada sebuah eksperimen saja. Dan bagi Damia, selagi belum lafaz talak terucap, selagi itulah maruah Tengku Aaron akan dijaga. Berjayakah Tengku Aaron Shah meneruskan eksperimen cintanya? 

Baca Online Bab Awal novel Eksperimen Cinta

[1] [2] [3] [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11] [12] [13] [14] [15] [16] [17] [18] [19] [20] [21]

Eksperimen Cinta karya Anjell
Eksperimen Cinta Anjell

Review Novel : Eksperimen Cinta

Jalan cerita, ya mungkin agak cliche sedikit. Terpaksa kena kahwin. Mula-mula tak suka lepas tu jatuh cinta. But it is a nice one for me. Seorang jejaka kaya yang dah terpadam rasa cintanya buat perempuan sebab dikhianati bekas kekasihnya. Dia akhirnya sanggup korbankan hidup insan lain untuk buat satu experimen cinta yang hanya ada objektif 'I can get everything that I want'. Dan akhirnya kesimpulan eksperimen cinta mereka. Mereka bahagia. 

Watak, Tengku Aaron - dia miliki segalanya. Kekayaan. Pangkat. Harta. Rupa. Dia selalu dapat apa yang diinginkan, tetapi hakikatnya dia tak mampu dapat wanita yang paling dia sayang. Dia dikhianati bekas kekasih dan adik kembarnya sendiri. Dia menjadi seorang pendendam. Kebahagiaan harus dicari meskipun kebahagiaan orang lain menjadi galang ganti. Itu tekad Aaron. Maka bermulalah eksperimen cinta Aaron. Mangsa pembolehubahnya ialah, Damia Farisha. The most suitable one katanya. Ego dan suka perasan tu memang sifat dia lah. Tapi bila dia dah jatuh sayang, memang dia caring habis lah, jadi penyayang, romantik semua ada

Damia Farisha - perempuan sederhana yang tak pandang harta kemewahan. Walaupun tak kaya, dia hidup bahagia juga! Itu katanya. Watak yang slumber dan redah saja dia ni. Susah nak tengok ekspresi muka dia ni, macam tak ada perasaan pun ada. Rela dalam terpaksa dia berkahwin dengan Tengku Aaron. Tapi Damia ni memang boleh dimasukkan dalam kategori stok isteri solehah lah jugak. Hormatkan seorang suami selagi suami tak lafazkan talak. 

Eksperimen Cinta karya Anjell | Novel Review

Gaya penulisan, shad memang suka gaya penulisan Anjell. Gaya santai dan ayat pun tak adalah baku sangat. I like that very much. Jalan cerita novel ni mungkin cliche sikit, ala macam novel cinta yang lain lah jugak, but still I love it sebab cara penulis menyampaikan cerita memang best. Ada unsur-unsur humor. Dan satu lagi, ada jugak ilmunya dalam novel ni. Ada pengajaran. Dalam novel ni ada diselitkan kisan Leo, non-muslim yang berminat nak tahu pasal Islam. Perbualan dan pertemuan Damia dengan Leo ni banyak diselitkan tentang Islamic knowledge. Contohnya time diorang cerita dan berbalah bab arak. "Kenapa arak haram, tapi anggur tak haram? Kan dari sumber yang sama." Haa, penjelasannya dia bagi perumpamaan, "Kenapa ayah boleh kahwin dengan mak(isteri), tapi ayah tak boleh kahwin dengan anak perempuannya." Bila baca-baca, memang make sense. 

Overall, a nice one for me. Suka gaya penulisan Anjell yang buatkan cerita cinta cliche ni menarik dan tertarik untuk dibaca. Memang tak regret beli novel ni. Novel lover, for those yang suka genre cintan-cintun, kena beli novel ni k. I'm giving 4/5 stars for this novel.

cover novel eksperimen cinta

Information Corner
Judul : Eksperimen Cinta (Anjell)
Muka Surat : 843 pages
Terbitan : Karya Seni
Published on : July 2013
Harga : RM30 sm/ RM33 ss
Where to Buy : Belian online di karyaseni.my atau boleh dapatkan di 
kedai-kedai buku seluruh Malaysia.

Have you read?

You Might Also Like

5 Comment

  1. Novel mesti ada guna tg,raja dan bla bla

    ReplyDelete
    Replies
    1. watak jejaka-jejaka kaya kak.. hehe.. syed, tengku, bagai.. ehhe.. cliche kan..

      Delete
  2. I have this with me~ tp belum baca lagi, kehkeh. tak pernah baca Anjell's novels, My favourite writer is Melur Jelita. ;P

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Informative

Travel & Beauty Blog

Sponsored