Rahsia Kelihatan Cantik Tanpa Make-up

8:34 PM

Greeting and Assalamualaikum to all.

Rahsia Kelihatan Cantik Tanpa Make-up. Happy Wednesday everyone. Hari ni nak kongsi satu tips dengan semua macam mana nak kelihatan cantik tanpa make-up. Ha, cantik natural macam tu kan. Perempuan, memang tak boleh berpisah dengan make-up kan. Paling-paling pun, mesti pernah pegang, beli dan pakai gincu, bb cream, foundation, bedak compact dan macam-macam lagi, kan. Beli, tapi tak pakai pun ada. Setuju? Ada jugak yang memang kaki make-up, memang penuh lah beg make-up dengan segala macam benda. Jom baca, rahsia nak cantik tanpa make-up.

make- up

1. Selalu Berasa Bahagia

Percaya tak, kunci utama agar kulit sentiasa nampak cantik dan ceria ialah sentiasa berasa bahagia. Lakukan aktiviti atau sesuatu perkara yang boleh buat kita happy. Hindari tekanan ketika belajar, bekerja dan sentiasa membayangkan impian anda akan tercapai tak lama lagi. People said, apa yang kira rasakan itulah yang akan tercermin pada wajah. Orang yang sedang bahagia, wajahnya akan nampak berseri-seri, ceria tanpa perlu solekan untuk menutupinya. Contoh mudah, bakal pengantin. Cuba tengok wajah diorang, berseri-seri je kan. Muka bahagia. Lagi tips nak bahagia ialah selalu senyum, senyum dan senyum.

2. Banyak bergerak

Bergiat dalam aktiviti sukan ataupun riadah ialah cara terbaik untuk kekal segar dan sihat. Secara tak langsung memberi kesan kepada wajah pemilik, ceria tanpa merasa beban penyakit. Sekurang-kurangnya melakukan senaman kira-kira 30 minit ataupun berbasikal. Aktiviti ini dapat menambah fleksibiliti otot, memperkuatkan tulang serta mengurangkan tekanan kerana sel-sel tubuh kita memperoleh lebih banyak oksigen, malah tidur juga akan menjadi lebih nyenyak. 

Nak bersenam ini mudah saja, sekarang ni kan banyak alat senaman orang jual. Antara nak dengan tak nak sahaja kan. Ok, kalau tak ada alat senaman, tak ada masa nak pergi berjoging berbasikal bagai, pun boleh bersenam. Contoh mudah, dari gunakan lif, apa kata anda menggunakan tangga time masuk pejabat, time round-round mall ke. Tak kiralah kat mana pun, latih diri guna tangga dari guna lif atau escalator. Pun senaman jugak kan tu. Hehe.

sayur-sayuran

3. Mengambil Vitamin C

Nak cantik luar dan dalam memang nak tak nak berkait rapat dengan apa yang kita makan. Pengambilan vitamin C sangat penting untuk dapatkan kulit cantik. Vitamin C boleh diperoplehi daripada buah-buahan segar terutamanya oren, sayur-sayuran bewarna hijau (brokoli dan lain-lain). Selain dapat meningkatkan daya tahan tubuh, ia juga mampu mengurangkan risiko terkena kanser dan melindungi tubuh dan kulit daripada kesan yang berpunca dari keadaan sekeliling. Disamping itu, perbanyakan meminum air putih sekurang-kurangnya 7 gelas sehari akan mengurangkan tekanan, menjaga kesegaran kulit, serta melancarkan perjalanan kerja organ tubuh.

4. Menggunakan pelindung UV

Kesan matahari mampu menggelapkan kulit dan kelihatan kusam. Oleh itu, kita digalakkan untuk menggunakan losyen pelembab, khususnya apabila keluar dari rumah. Menggunakan pelindung UV ni penting agar kulit tetap segar, lembab dan tidak terbakar oleh pancaran sinar matahari, terutamanya sinar ultra violet (UV). 

5. Optimis

Orang yang pesimis selalu tidak yakin pada diri sendiri dan cepat putus asa menyebabkan mereka tidak menjaga penampilan diri. Akibatnya dia mudah mengalami tekanan. Walaupun tanpa make-up, kita boleh menjaga penampilan diri kita dengan berpakaian kemas dan bersih. Justeru itu, kita haruslah berusaha untuk menjadi orang yang optimis dalam segala hal, agar hidup menjadi lebih sihat dan bahagia.

Ha, ok tak tips macam ni. Hopefully useful to all. Renung-renungkan dan Selamat beramal.
sumber : fokus spm

You Might Also Like

9 Comment

  1. Ada la tips diatas akak guna time ingat hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. banyak minum air putih kak kak ekin.. hehe

      Delete
    2. bulan puasa makin kurang minum..terutama air putih tu

      Delete
  2. Btw, mana nak cari Nivea Makeup Starter tu ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. shad beli dekat guardian rasanya nivea make-up starter ni.. :D

      Delete
  3. great tips sha ! what you say is absolutely right ! thanks for reminding !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you for reading anys.. hehe.. sharing is caring.. hopefully bermanfaat.. :D

      Delete
  4. pelindung UvV tu..dh pelbagai jenis cuba tapi belum jumpa yg sesuai..org ckp pakai sunplay..sunburn jgk..

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Informasi

Travel & Beauty Blog

Sponsored