"Bestie Forever" Segmen by Jejak Jutawan Senyap

12:34 PM

Greetings and Assalamualaikum to all

"Bestie Forever" Segmen by Jejak Jutawan Senyap. Kalau bersama waktu susah senang dan makan berkongsi pinggan, tu baru namanya kawan sepanjang zaman. Everyone have friends rite? Mana ada manusia kat dunia ni boleh hidup sorang-sorang, sebab kita saling memerlukan antara satu sama lain untuk terus melangkah ke hadapan. Manusia, mana ada yang sempurna. Kita perlukan insan lain untuk melengkapi kekurangan diri kita. Rite?

Ok. Kalau nak bercerita bab kawan, bestie, best friend forever ni, memang berkajang boleh panjangnya. Setuju? Yeah.. Kerana mereka-mereka yang datang dalam hidup kita sentiasa ada. Silih berganti. Pasti ada. Cumanya, pertemuan kali pertama yang seterusnya melahirkan perhubungan sahabat itu mungkin ada beza jalan ceritanya. Kenangan-kenangan indah juga tercipta dengan izin Allah. Saya rindu kamu. Saya sayang kamu.

Biarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang mengetuk emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hatimu bawa sinaran cahaya inspirasi

Shad - Ecah - Ekin | Laman Seni 7 Shah Alam
Ini pula kisah saya. Kisah kami. Sahabat bertujuh. Allah pertemukan kami kali pertama di IPT. Jujurnya, pada mulanya kami hanya berdua, kemudian bertiga, berempat, berlima, berenam dan akhirnya complete bertujuh. Shad - Ecah - Ekin - Yaya - Ika - K.Nina - K.Ana. Macam naik lif gitu. Lif dari tingkat satu sampai tingkat tujuh yang setiap tingkatnya ada insan yang sedang menunggu untuk naik bersama.

Sahabat... kau sesungguhnya
Temanku... dikala suka dan lara
Tika ku buntu diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan kuntum mengukir senyuman

Kami berdua. Shad - Ecah. Pertama kali bersua dan menghulur salam perkenalan semasa sama-sama tengah berasak-asak nak mendaftar kokurikulum dekat Uni. Sama-sama blur waktu tu masuk SISPA (Siswa Siswi Pertahanan Awam) sebab macam best je aktiviti lasak-lasak ni. Budak tahun satu nak kata pun kan, haruslah macam blur-blur gitu. Nak ditakdirkan, kami sama course dekat Uni. Dekat kuliah mula-mula memang tak kenal tak bertentang mata tak bercakap sepatah pun. Lepas dah kenal, here comes the smile. The ice is broken. Shad dengan Ecah memang rapat. Sebab kami spend most of the time together. Sebab masuk SISPA, sama-sama berjemur, berhitam, berkawad tengah panas, sama-sama naik panjat bukit, camping sampailah sama-sama ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Pertahanan Awam.


Kami bertiga. Shad - Ecah - Ekin. Shad kenal dengan Ekin untuk yang pertama kalinya dekat Kolej Kediaman Nilam Blok C, bilik Ecah sungguhpun waktu tu bilik Shad dekat Blok B. Shad selalu lepak pergi bilik Ecah. Ekin pulak roommate Ecah. Lepas-lepas tu memang kami turus jadi kawan rapat. Pergi makan sama-sama, pergi library sama-sama. Shad dengan Ekin, kami rapat sebab kami minat benda yang sama, Shopping!! Hehe. Suka shopping kasut dengan handbag. Wehaaa. Antara kami bertujuh, Shad dengan Ekin je kot yang suka giler shopping kasut dengan handbag.

Benda yang paling tak boleh lupa antara Shad dengan Ekin, masu tu tahun akhir, kami berdua sama-sama tak balik cuti sebab nak habiskan ambil lesen kereta. Terkandaskah dua manusia seminggu dekat kolej kediaman tak berorang. Alhamdulillah, kami sama-sama lulus ujian JPJ untuk yang pertama kalinya. Bila masuk kereta, nak drive, mesti teringat Ekin, sebab sama-sama belajar bawak kereta, sama-sama kena marah dengan cikgu memandu, hehe. Ecah-Ekin-Shad, kami ni memang gila-gila sikit. Kalau pergi mana-mana, ada DSLR kat tangan, memang keje nak posing melompat je. Korang pernah buat? Hehe.      

Bagaikan embun
hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita 
Menggapai redha Yang Esa

Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hatiku ini
Meskipun jarak memisahkan 
Namun tiada rentap kasih

From Left : Ekin - Yaya - Ecah - K.Nina - Shad - K.Ana
Kami berempat. Shad - Ecah - Ekin - Yaya. Yaya pulak satu classmate dengan Ecah dengan Ekin dekat Uni.  Diorang memang rapat sebab satu kelas. Sebenarnya, dulu Shad satu sekolah menengah dengan Yaya, kenal gitu-gitu aje sebab lain kelas, mula rapat bila masuk Uni. Ditakdirkan kami sama course and sama bas kalau nak balik kampung. Hehe. Rumah Yaya dekat Jitra. 15 minit naik kereta sampai rumah Shad. Mula rapat sangat-sangat dengan Yaya masa tahun 3 sebab balik kampung naik bas sama-sama. Masa tahun 1 dengan tahun 2, Shad masuk SISPA, balik kampung memang tak sama dengan orang lain, balik lewat, jadinya tak berkesempatan rapat dengan Yaya lagi. The next semester, memang kami all for one, one for all. 

Biarlah waktu menetukan
nilai ukhwah yang terjalin
Teruskanlah perjuangan hingga
Ke titisan darah terakhir

Ditakdirkan lagi, Shad dengan Yaya dapat tempat praktikal sekali. Hehe. Alhamdulillah untuk itu, ada jugak kawan time praktikal. Bersyukur sangat. Dan lagi, antara kami bertujuh, Shad dengan Yaya minat baca novel. Sampai sanggup meredah orang ramai dekat pesta buku sebab nak mintak signature penulis novel. Such a sweet moment to remember.

From Left : Shad - Ika - Yaya - Ecah - Ekin - K.Nina - K.Ana
Kami bertujuh. Shad - Ecah - Ekin - Yaya - Ika - K.Nina - K.Ana. Geng Kita-Kita. K.Nina pulak Shad kenal sebab satu kelas dan sama koko Bulan Sabit Merah dengan Ekin. K.Nina memang rapat dengan Ekin. So, kami pun jadi rapat sekali. Sebab dia kakak, dia selalu menegur bila mana kami terleka. True friend not only accept who you are, but also help you become who you should be. Thank you sahabat. 

Ika pulak koko PALAPES. K.Ana sama koko SISPA dengan Shad & Ecah. Sebab kami budak koko, hari Rabu memang pakai Uniform, masuk dewan kuliah ja, memang nampak lain dari orang lain. Rasanya sebab ni kot kami jadi makin rapat. Duduk pulak main sebaris je semua. Memang nakpak obvious di situ kan. Rumah K.Nina dengan Ika area Selangor je. Selangor - Nilai tu kira dekat la jugak. Memang selalu bila cuti-cuti, pergi lepak, bermalam dekat rumah K.Nina dengan rumah Ika. Kami bertujuh, kami minat yang sama, suka travel suka jalan-jalan, suka hiking. All of you are my World.


Alhamdulillah, thank you Allah. Selamat sudah kami grad tahun lepas dengan penat jerih, suka duka di garis masa belajar. If Good friends only know about best stories in your life, best friends have lived them with you. Terima kasih kerana hadir dalam hidupku, sahabat. Terima kasih kerana banyak mengajar daku erti hidup. Terima kasih kerana selalu ada ketika daku bersedih. Terima kasih kerana limpahkan daku dengan kenangan-kenangan indah kita bersama. Semoga kekal bersahabat selamanya walaupun dimana kita berada. Next reunion, ke Kuala Kangsar kah kita bulan 12 nanti? Wedding salah seorang dari kami bertujuh. Wehaaaa.. 

video

Dan aku masih di sini
terus mendaki
puncak tertinggi hidupku

Dan aku terus menanti
saat yang manis
akan berulang kembali


Ha, kan dah cakap kalau masuk ja bab friends ni, memang berkajang boleh menaip, itu pun cerita serba ringkas sahaja. Thank you Allah sebab pertemukan Shad dengan sahabat-sahabat ini. Entry ini ditaip untuk kenangan kita bersama. Juga sebagai memenuhi syarat penyertaan segmen "Bestie Forever" Segmen by Jejak Jutawan Senyap.


Due date : 7.9.15 - 30.9.15 (11.59 mlm)

You Might Also Like

4 Comment

  1. Masa time macam ni lah seronok kawan2 ada disisi kita kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat kak.. hehe, nanti semua dah kawin, dah ada keluarga, mungkin susah nak jumpa lagi.. Time raya lah kot, jumpa, tu pun tak tentu lagi.. sebab masing2 jauh sangat rumahnya..

      Delete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Heart 1

Travel & Beauty Blog

Sponsored