Arluna karya Rin Ahmad | Novel Review

2:22 PM

Greetings and Assalamualaikum to all.

Arluna karya Rin Ahmad | Novel Review. Salam Jumaat everyone. Okkey, hari ni nak review novel lagi. Banyaknya alahai masaku ini untuk membaca kan. Membaca dan buka minda itu bagus. No doubt. Novel tajuk Arluna ini merupakan novel ke-tiga dari penulis Rin Ahmad atau lebih dikenali sebagai KL oleh peminat di laman blognya di karyalepak.blogspot.com. Tengok tajuk pun dah rare kan. Arluna. 

Arluna karya Rin Ahmad | Novel Review

Sinopsis Novel Arluna

Permulaan perjalanan hidup Nia Arluna @ Nina sangat cliché.
  1. Mula-mula Arluna terjumpa Johan, dia terjatuh ke dalam kolam di puncak Sands Skypark, Singapura. "Eh, kau tak tengok side mirror dulu ke sebelum brek?" - NIA ARLUNA a.k.a NINA
    "Emmm… errr… I’m not a car. Uh… I didn’t bring side mirror while walking."- JOHAN ARIF a.k.a JOE
  2. Terjumpa lagi. "I macam kenal you. Kita pernah jumpa kat mana ya?- Joe
  3. Terjatuh cinta pula.Kalau tadi dapat colour LUNA pun dah cakap ‘thank you’, dapat hadiah lagi best ni jangan lupa cakap ‘I’ll marry you’ ya.- Joe
  4. Dah nak kahwin ni, ada pulak si penyibuk Fazleen ‘udang galah’. Nasib baik majlis nikah diteruskan... tak dibatalkan. Eh, dah kahwin pun muncul lagi?
Berjayakah seorang Arluna merubah plot hidupnya? Atau dia tewas dengan hasutan syaitan? Atau dia tewas dengan hak seorang isteri? “Tewas Itu Taat.”

Maka, Arluna kena ada semangat juang yang tinggi. Nasib baik suami dah cakap awal-awal semangat juang kena tinggi kalau jadi isteri seorang Johan Arif. Aja-aja fighting Nina.
Berjayakan Arluna?

Baca Bab Awal Novel Arluna

Visit Karya Lepak Fanpage : Karya Lepak Fans Page

Arluna karya Rin Ahmad | Novel Review

Petikan-petikan best dalam novel :

"If your answer is yes, just throw the flowers to the pool." Joe – m/s 143

"Kalau tadi dapat colour LUNA pun dah cakap ‘thank you’, dapat hadiah lagi best ni jangan lupa cakap ‘I’ll marry you’, ya?" Joe – m/s 153

"Nina, look. You are mot an angel either. Neither nor I. so, let’s walk this marriage and learn to be better together." Joe – m/s 173

"You are wrong, Joe. I see things as what they are, rather than as what I hope, wish or expect to be. What I see today is it’s my wedding day and I want to be happy on my wedding day. It happens once in a lifetime is what I hope. For you to change is what I wish. And a happy marriage is what I expect this to be." Nina – m/s 179

"Nina, marriage isn’t a fairytale or a storybook. And it doesn’t always come easy. But I really hope we will work this out together." Joe – m/s 183

"Don't judge a face by its nose. There're eyes and lips and smile to fall for." Nina – m/s 191

Arluna karya Rin Ahmad | Novel Review

Working hard is the recipe to success. It will not always get you to the top, but should get you pretty near to the top – m/s 277

"If you love two girls at the same time, choose the second one because if you really loved the first one, you wouldn’t have fallen for the second. Saya pilih awak sebab saya rasa saya taklah cintakan sangat Fazleen tu. Saya lagi cintakan awak." Joe – m/s 281

"Saya tak mampu nak janjikan awak apa-apa sebab takut mengecewakan awak. Saya cuma ada impian kalau saya mampu rebrand pensel warna LUNA tu jadi ARLUNA, saya pun harap dapat rebrand balik hati awak. Cintakan saya, percayakan saya, kasihkan saya dan sayang saya seadanya. Will you?" Joe – m/s 350

"Kertas tu macam kepercayaan saya pada awak. Sekali kertas tu dah komot macam ni, awak rasa boleh tak elok balik? I don’t think so. Once it’s crumpled, it can’t be perfect again." Nina – m/s 379

"I am still someone special in your life. I am and I will be forever or at least let me be." Joe – m/s 403

"Joe, our marriage is like a flute. Holes and emptiness here and there but if we work on it carefully, it plays magical melodies." Nina – m/s 448

Lagu dalam novel :

Marc Anthony ft Tina Arena – I Want To Spend My Lifetime Loving You
The Cranberries – Linger
Cheryl Cole – Fight For This Love
Sixth Sense – Tak Bisa Memilih

Arluna karya Rin Ahmad | Novel Review

My Review

Novel Arluna karya Rin Ahmad yang ni memang best. Arluna dengan Johan ni bertemu tak sampai berapa bulan pun, fall in love lepas tu terus decided untuk get married. Menariknya lagi novel ni banyak bagi pengajaran dan cerita things-that-happen-in-marriage-life. Kehidupan selepas berkahwin. Nak-nak lagi kahwin di usia muda. Arluna waktu tu masih belajar lagi. Cuba bayangkan, orang yang baru kita kenal tak sampai berapa bulan, lepas tu kahwin. Nak selami hati budi masing-masing, nak faham perangai masing-masing lagi kan. Memang agak mencabar kan. 

Tapi bila dah nama jodoh dan ketentuan, kita sebagai manusia ni kena redha dan cuba yang terbaik untuk mencapai keharmonian dan menggapai kebahagiaan berumah-tangga. Mawaddah dan Rahmah itu pasti datang apabila kita berusaha. Faham hak, tanggungjawab dan batasan masing-masing bila dah jadi isteri dan suami. Macam Arluna sendiri, dia memang berjuang habis-habisan demi hak dia sebagai seorang isteri. Sebab datang lah pulak si Fazleen pengganggu tu, bekas kekasih Johan. Johan ni pulak kadang-kadang dia pun terleka sekejap, terlupa yang dia ni dah kahwin, dah ada tanggungjawab. Hati isteri pun kena jaga jugak. 

Arluna karya Rin Ahmad | Novel Review

Kasih isteri tak sama seperti kasih seorang kekasih. Kasih isteri akan sentiasa bersabar dan bertahan dengan sikap suami, akan sentiasa berada  di samping suami. - m/s 397. Dan lagi, novel ni sweet sangat. Sweet sangat cara Johan pikat Arluna. Macam-macam benda sweet yang Johan buat. Bad boy, eagle eye and killer smile. Maunya Arluna tak jatuh cinta dengan Joe. Arluna pulak, memang jenis cool, sempoi habis dan jugak penyabar. Suka dengan watak dua orang ni. A sweet story of Nina and Joe. I love Rin Ahmad punya gaya bahasa dan gaya penceritaan juga. Banyak ayat-ayat best dalam novel ni. Bagi 4.5/5 bintang untuk novel ni.

Baca Review novel karya Rin Ahmad yang lain : Untuk Semua Dosaku

Arluna karya Rin Ahmad | Novel Review

ARLUNA
Harga : SM- RM21.00 AHLI KN: RM17.00
SS- RM24.00 AHLI KN: RM20.00
No. ISBN: 978-967-0448-59-6
Jumlah muka surat : 464
Terbitan : Kaki Novel
boleh dapatkan di kedai buku berhampiran anda.

You Might Also Like

1 Comment

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Informative

Travel & Beauty Blog

Sponsored