BB Cream Nurruul's Beauty | Beauty Review

2:23 PM

Greetings and Assalamualaikum to all.

BB Cream Nurruul's Beauty | Beauty Review. Selamat petang beauty semua. Hari-hari feeling cantik aje kan. Bersyukur apa adanya. Jangan nak cantik luar sahaja, dalam pun kena mau cantik jugak ye. Bila hati cantik, aura cantik tu dengan sendirinya akan terpantul keluar. Ha tudia hiperbola sangat kan. Sebenarnya hari ni nak share produk best lagi. BB Cream. Benda wajib Shad pakai hari-hari. Kalau dah kata namanya perempuan kan, mesti ada paling-paling satu things-like-make-up kat atas meja solek. Kan?

Minggu lepas Shad ada dapat parcel dari Kak Hafizah. Shad dapat sample BB Cream Nurruul's Beauty. Okey, memang teruja nak cuba sebab tengok ingredients produk ini, wow! Awesome. Ada Glutathione, Aloevera, Pearl Extract, Grape Stemcell dan Vitamin C & E. Mau tak teruja. Okkey, sebenarnya Shad ni memang akan teruja dengan semua benda pun. Haha.

BB Cream Nurruul's Beauty

Kandungan Utama BB Cream Nurruul's Beauty :

  1. Glutathione
    Glutathione mampu meneutralkan radikal bebas dan membunuh racun-racun yang ada di dalam tubuh sekaligus mampu utk menjadikan kulit lebih halus dan cantik. Glutathione dapat meningkan kandungan collagen dalam tubuh kita terutama kulit sehingga dapat mengurangi kedutan-kedutan yang ada pada kulit kita.
  2. Aloevera
    Aloevera dapat mencegah kulit dari kekeringan, seperti pelembab untuk kulit muka
  3. Pearl Extract
    Pearl Extract memang terkenal sebagai agen anti penuaan, antioksida, agen pemutih kulit, agen pelembut kulit
  4. Grape Stemcell
    Stemcell merupakan bahan yang paling baik berfungsi sebagai anti-penuaan. Malah membantu utk menghaluskan dan menganjalkan kulit. Mengurangkan garisan dan kedutan halus di wajah.
  5. Vitamin C & E
    Vitamin C dapat merangsang pembentukan kolagen untuk kulit, ai juga agen pemegang air maka, kulit akan sentiasa segar dan lembab. Vitamin C jugak adalah perisai bagi kulit terhadap sinaran matahari.
    Vitamin E pula berfungsi untuk mengekalkal kelembapan kulit, melindungi kulit dari sinar UV dan paling penting mempercepatkan process penyembuhan luka.(jika di kulit muka, vitamin E inilah yang bertindak meredakan jerawat, jeragat, kesan jerawat dll)

BB Cream Nurruul's Beauty

Nampak tak ingredients dan kebaikannya tu, maunya Shad tak teruja kan. Paling utama BB Cream Nurruul's Beauty tiada mengandungi Alcohol, jadi bolehlah dibawa solat. Produk Malaysia! Kena lah support produk kita kan. Okkey, semangat kemalaysiaan sangat! Hehe. Apa yang bb cream ni boleh bantu anda? Scroll down, kita tengok fungsinya.

BB Cream NBR yang berfungsi sebagai :
✔ Mencerah & Menggebukan wajah
✔ Menutup cela & pori
✔ Memberikan kesan flawless seawal 1 minit
✔ Make up tahan sehingga 16 jam
✔ Merawat sel-sel kulit mati
✔ Merawat kulit muka dari dalam pori
✔ Oil free
✔ Penghapus jeragat dan parut wajah
❤ Sesuai untuk semua jenis kulit ❤

Review dari Shad

Hampir seminggu Shad guna BB Cream Nurruul's Beauty ni. Memang sangat happy dan teruja. Bau BB Cream Nurruul's Beauty ni sangat best. Bau macam baby, wangi lembutnya dia punya scent. BB Cream Nurruul's Beauty ni jugak blend well dengan kulit muka Shad. Dan paling Shad suka, dia tak melekit macam sesetengah bb cream lain. Best sangat part ni. Hanya apply sedikit sahaja BB Cream Nurruul's Beauty, dah boleh fully cover muka. Siap nampak flawless lagi taw. Seriously! 

Lagi satu, yang shad suka dengan BB Cream Nurruul's Beauty ni, dia tak berminyak. Oh, jatuh cinta sudah dengan bb cream ni. Shad kalau keluar rumah, time nak cepat tu memang apply bb cream sahaja, dah cukup. Tak ada dah bedak2 bagai. Shad lagi suka nampak natural look dari nak apply pemerah pipi la apa lah. So, this BB Cream Nurruul's Beauty memang sangatlah nampak natural look itu.

BB Cream Nurruul's Beauty

Nah, gambar selfie satu kali after applying this BB Cream Nurruul's Beauty. Sorry, camera henset tak lawa. Tapi memang sangat puas hati dengan after-fininshing from this BB Cream Nurruul's Beauty. Dengan adanya kandungan Glutathione, Aloevera, Pearl Extract, Grape Stemcell dan Vitamin C & E di dalam bb cream ni, why can I resist. Penggemar bb cream di luar sana, anda mesti cuba this BB Cream Nurruul's Beauty. Memang best. Dengar-dengar, packaging bb cream ni dah bertukar wajah. Mesti lagi cantik ni. Ok, tak payah cakap banyak, kalau anda nak try this BB Cream Nurruul's Beauty, boleh terus contact Kak Hafizah.


Norhafizah
012-375 6461

You Might Also Like

10 Comment

  1. anda ditag!

    http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2015/10/buku-fixi-giveaway-by-yaya.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaaa, thank you for the tagging dear.. :D

      Delete
  2. boleh try ni, Shad..tapi kena tunggu foundation hat akak pakai skrg ni, abis dulu..hiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaaa.. kena try kak.. best. Habiskan mana yang ada dulu.. hehe.. jangan membazir.. lalalalla

      Delete
  3. hihihi tq shad sbb sudi mencuba...;) pada yg masih blum cuba tu...mari lah...jgn segan2 tau...kte mesra alam...ahaks... tq shad ♥♥♥

    ReplyDelete
  4. interesting! seriously, tak pernah lagi pakai bb cream sebab prefer foundation, but i might give this one a go!!

    ieyra h. | blog

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Informasi

Travel & Beauty Blog

Sponsored