Beli Novel di kakinovel.my

by - October 08, 2015

Greetings and Assalamualaikum to all

Beli Novel di kakinovel.my. Selamat petang semua. Do you love reading novel? High five sikit ye. Sama lah kita. Ya mungkin, umur yang masih early 20's ni, ada lah jugak masa nak membaca novel. Yeah, I am one of novel's lover. Sebenarnya dah lama sangat tak beli novel baru. Kena jugak usha-usha budget kan. Ada budget lebih, boleh la nak membeli sekali tak sekala. 

Benda yang Shad tak pernah menyesal, buying novels and books. Haha. Nampak tak kat situ nak bagitau suka membaca. Membaca lah sangat kan. Membaca itu bagus, tapi kena pandai memilih bahan bacaan. Ewaahh. Membaca novel sekadar nak memenuhi hobi dan masa lapang yang ada sambil kutip info-info yang bermanfaat. Kali ni Shad beli online dekat website Kaki Novel. Cepat jugak service nya. Tarikh order pada 6 Okt 2015, sampai dekat tangan pada 8 Okt 2015 via Pos Laju


Kalau anda nak membeli novel di Kaki Novel, jangan lupa untuk mendaftar ahli ya. Boleh dapat harga ahli nanti. Jangan risau ye, pendaftaran ahli di Kaki Novel adalah Percuma sahaja. Dan, semua penghantaran novel juga adalah Percuma. Kiranya, kita bayar harga novel sahaja, charge postage adalah percuma. Dan, perkara yang anda kena aware, bila dah melalui penghantaran ni, kenalah tanggung risiko kalau-kalau barang yang kita dapat tu, ada calar 1cm ke kan. Hehe. Paham-paham je lah ye. 


Order date, pada 06-10-2015. Status dah completed, sebab dah selamat sampai ke tangan Shad tadi. Macam mana nak order novel secara online? Ok, boleh terus terjah ke website Kaki Novel ya. Website mesra pengguna, sebab tak complicated sangat pun. Pilih novel apa yang beli, lepas tu dah confirm, terus Checkout dan buat pembayaran. Dalam masa sehari lepas buat payment tu, status bertukar kepada 'processing'. Tracking number pos laju akan dihantar melalui sms ke telefon anda. So, berhati-hati bila anda masukkan details dekat billing detail dan shipping detail ya. 

Okey, kat bawah ni senarai novel yang shad baru beli. Baru saja mengenali penulis Rin Ahmad ni beberapa bulan yang lepas. Ada baca sikit-sikit e-novel beliau di blog, dan terus shad decided untuk beli kesemua karya beliau. Hehe. Quite awesome juga gaya penulisannya. Kalau anda nak singgah, ni ha linknya, http://karyalepak.blogspot.com. Nanti lepas baca, boleh la buat review kan. Harga novel kat bawah ni adalah harga ahli (pos ke semenanjung). Dapat diskaun rm4 untuk setiap novel. Jimat rm16 ringgit untuk novel dan jimat kos postage (1.9kg jugak tengok dekat slip poslaju).


Ok, kat bawah ni selingan, maklumat lanjut boleh terus pergi ke website (http://www.kakinovel.my) ya. Ada semua info kat situ. Cara nak beli, cara nak buat bayaran dan sebagainya.

 
Penerbitan Kaki Novel SDN BHD
564810503456

Penerbitan Kaki Novel SDN BHD
2122022003240

Langganan Novel
Anda boleh membuat langganan novel dengan menggunakan salah satu daripada medium berikut:-

1. Melalui Website (http://www.kakinovel.my)
2. Melalui Email : langganan@kakinovel.my. 
3. Melalui Facebook (www.facebook.com/kakinovelofficial)
4. Melalui Whatsapp (0177145595)

Untuk lebih detail, sila ke http://www.kakinovel.my/cara-melanggan-novel/

You May Also Like

16 Comment

  1. Wah macam best je order novel online :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best.. hehe.. nak-nak lagi kalau ada online bank-in ni.. hehe :D

      Delete
  2. AsSalam, rasa nak jugak jadi ahli , nak jugak order novel...tapi bila fikirkan risiko takut lah pulak, novel Tenggelamnya KD Sri Perak ada?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam sis.. memang kena berani ambil risiko sis when we are buying online. hehe. tapi setakat ni, buku yang sampai ke tanagn shad, Alhamdulillah berkeadaan baik. Novel yang akak sebut tu, kalau nak beli online, http://www.mphonline.com/ should have it. Hehe..

      Delete
  3. Dah lama tak beli novel Melayu ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, sama lah kita.. sekali tak sekala saja beli bila ada budget lebih sikit. hehe

      Delete
  4. Ooo..baru tahu boleh rupanya beli novel online..salam kenal.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, ya boleh sis wawa.. janji tahu tajuk novel dan keluaran mana aja. hehe. kalau yang macam international sikit, boleh beli online dekat mphonline.. ehhe :D

      Delete
  5. Shad baca which novel eh lately? suggestion please! Lama tak baca dah.. :/ nak start balik la.. haha.

    ieyra h. | blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, currently I'm so into Rin Ahmad's novel. Baru je baca sebuah dari 4 karyanya. Agak awesome jugak.. kalau kak ieyra nak sneak peek dia punya karya, boleh usha-usha dekat her blog, karyalepak.blogspot.com.. thanks for the visit kakak.. :D

      Delete
  6. banyak nya novel..

    dengan membeli secara online ni, dapat menjimat kan masa... dan menjimatkan kos pengangkutan disebabkan dia tiada kos penghantaran... ecehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, dah lama sis xbeli new novel sayang.. hehe. and indeed, betul sangat jimat kos pengangkutan di situ.. free postage kan, hehe :D

      Delete
  7. Assalamualaikum sis shad, sy dh order pastu upload laa kan bukti payment kita kan.. kenapa dia on hold? sorry sis, 1st time beli guna website.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Mungkin belum update lagi tu. Check lagi sekali dalam masa 12 hours lepas hantar bukti pembayaran. InsyaAllah, ada tu. Tengah proses.. 💓💓😊

      Delete
    2. Sama2 dear. Happy reading 💓💓😊

      Delete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You