Juara Da'i Pendakwah Milinea Musim Ke-3 Da'i Hamidah

1:39 PM

Greetings and Assalamualaikum to all

Juara Da'i Pendakwah Milinea Musim Ke-3 Da'i Hamidah. Salam Ukhuwah semuanya. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan buat kita semua untuk bernafas di muka bumi ini. Alhamdulillah untuk semua nikmat dan rezeki yang Allah limpahkan buat kita. Alhamdulillah untuk semua ujian dan dugaan yang Allah berikan buat kita. 

Da'i Pendakwah Melinea Musim Ke-3

[2:214] Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.

Juara Da'i Pendakwah Melinea Musim Ke-3 Da'i Hamidah

Ok, sebenarnya entry ni nak up cerita semalam, Da'i Pendakwah Milinea Musim Ke-3. Tiap-tiap minggu memang Shad setia tunggu depan TV nak tonton rancangan realiti mencari pendakwah. Tak pernah miss taw. 3 finalis peringkat akhir semalam Da'i Fuad, Da'i Hamidah dan Da'i Hidayu memang mantap dan membuat persembahan dengan baik. Rezeki berpihak kepada Da'i Hamidah yang dinobatkan sebagai juara Da'i Pendakwah Milinea Musim Ke-3. Alhamdulillah, rezeki dari Allah.

biodata dai hamidah

Apa yang baik ikutilah, apa yang salah luruskanlah.
Pandanglah dengan RAHMAH. Ubahlah dengan BERHIKMAH

Menerusi tazkirah bertajuk ‘Aku Pendosa Juga Ingin Ke Syurga’, Da’i Hamidah berjaya mencuri hati para juri dan penonton, sekali gus membawa pulang wang tunai RM50,000 selain pakej umrah, sebuah trofi, saham PNB berjumlah RM5,000 dan juga pengalaman berkerja bersama Media Prima Berhad. Da’i Hamidah juga telah dipilih sebagai ‘Da’i Pilihan D’Herbs’ dan membawa pulang trofi dan iPad. Finalis yang berasal dari Kedah ini menewaskan dua peserta iaitu Da’i Fuad yang mempersembahkan tazkirah bertajuk ‘Benarkah Kita Cinta Rasulullah’ dan Da’i Hidayu dengan tazkirah bertajuk ‘Tercabut Rasa Bertuhan’. - sumber

Tazkirah 5 minit pusingan pertama Da'i Hamidah membawakan tajuk 'Aku Pendosa Juga Ingin ke Syurga' memang betul-betul terkesan masuk dalam hati. Allahuakbar. Tahniah Da'i Hamidah, teruskan berjuang pada jalan Allah. Masih ramai lagi di luar sana yang bergelar daie. Kerana kita semua adalah pendakwah. Sebarkan syiar Islam di merata tempat. Di muka bumi ini. Dalam segenap aspek. Dalam setiap keadaan. Dengan pelbagai cara. Hanya 1 matlamat. InshaAllah. 

finalis dai musim ke-3

Tonton Episod Penuh : http://www.tonton.com.my/

You Might Also Like

2 Comment

  1. tahniah kepada hamidah akak tgk gak kdg2 memang nampak dah dia bakal juara sedap drngar

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Heart 1

Travel & Beauty Blog

Sponsored