Misi Memburu Novel Farah Husain di www.ideakreatif.net

by - October 27, 2015

Greetings and Assalamualaikum to all.

Misi Memburu Novel Farah Husain di www.ideakreatif.net. Ok, Shad beli novel online lagi. Baru je beli 4 biji novel karya Rin Ahmad awal bulan 10 hari tu di kakinovel. Ni akhir bulan 10, order lagi novel baru. Alahai, kalau dah kata minat membaca tu kan, pantang ada duit lebih sikit je dalam akaun, mula lah nak membeli kan. Sangat bahaya bila ada online bank-in sebab ni lah. Hehe. Sekali-tak-sekala tak apa, jangan selalu-selalu. 

idea kreatif

Belian novel di website Penerbitan Idea Kreatif, www.ideakreatif.net akan mendapat potongan harga novel sebanyak RM2 bagi setiap novel pesanan setelah anda mendaftar sebagai ahli. Daftar ahli adalah percuma sahaja. Pilih Menu Utama (Pendaftaran Ahli). Isi maklumat yang diminta; alamat e-mail, nama dan password kemudian anda diminta untuk mengisi maklumat alamat surat-menyurat. Siap. Lepas tu check e-mail anda, untuk mengesahkan keahlian. Boleh terus long masuk sebagai ahli dengan menggunakan e-mail dan password yang anda buat tadi. Dah siap.

Okey, kat bawah ni pilihan novel yang Shad beli. Dah lama dah duk usha-skodeng dekat blog penulis, Farah Husain di Escapism : http://farahusain.blogspot.my/. Siapa pernah baca novel genre fantasi bahasa Melayu 'The Untold Story', ha inilah dia penulisnya. Hehe. Okkey, sebenarnya tak sabar nak tunggu posmen datang hantar pesanan. Novel (1) Dia..Random Guy dan (2) Hanya Dia.. Cinta. Sapa yang dah baca? Mesti best kan novel ni. Baca bab awal dekat blog pun dah rasa teruja dah nak beli. Okkey, dua-dua novel ni keluar tahun 2013 satu, 2014 satu. Shad je yang lambat. 
dia random guy karya farah husain
hanya dia cinta karya farah husain

Macam biasa, pilih novel mana yang anda nak beli. Kemudian klik dekat troli pembelian. Dah siap pilih semua novel yang nak beli, terus checkout dan buat pembayaran. Untuk lebih detail, boleh terus layari website www.ideakreatif.net. Kalau tak salah Shad, pembelian sebuah novel kena bayar kos postage. Hehe. Shad beli dua buah novel, grand total RM42 lepas diskaun RM2 setiap novel (pos ke semenanjung). 

beli novel karya farah husain
Done with the payment. Masuk bulan depan boleh la kot baca novel baru. Currently Shad tengah nak menghabiskan pembacaan novel Gadis Edisi Terhad (GET) karya Rin Ahmad dengan buku self improvement dari Steve Harvey tajuk Act Like a Lady, Think Like a Man. Nampak tak ulat buku di situ. Hehe. Anda pulak, tengah membaca buku apa ya, boleh sharing-sharing dengan Shad buku yang best2. Thank you for reading all. Wink.

Penerbitan Idea Kreatif

You May Also Like

9 Comment

  1. sama la sis.. pantang betul duit ada lebih sikit kat dlm akaun,mula la scroll2 utk beli novel...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa, kan.. memang gatal sangat tangan ni.. hehe.. kata aja sekali-sekala, tapi dah berkala-kala dah ni.. hehehe

      Delete
  2. Wahh mcm menarik nie..
    heheee hantu novel :)

    ReplyDelete
  3. wahhhh menarik ni , book review nanti sis hahah . #blogwalking

    ReplyDelete
    Replies
    1. haruslah kita buat review nanti..kan kan kan.. hehe.. insyaAllah.. :D thank you for visiting..

      Delete
  4. Baca sekali novel FH yg September... bestt

    ReplyDelete
    Replies
    1. September tu novel FH yang paling latest kan, hehe.. ok, shad kena kumpul $$ dulu untuk yang itu. hehehe.. :D

      Delete
  5. Wahhh murah harganya....dapat potongan plak tu...

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You