Tundukkan Playboy Itu by Anjell | Novel Review

4:50 PM

Greeting and Assalamualaikum to all.

Tundukkan Playboy Itu by Anjell | Novel Review. I'm back with a new novel review. Dah lama tak review novel kan. Bought this one about 3 months ago. Sebelum ni Shad pernah review novel Suamiku Paling Sweet dan novel bestseller dari penulis ni, Eksperimen Cinta, dan kalau ada yang menonton televisyen, dah ada pun drama adaptasi novel Eksperimen Cinta ni. Yang Fahrin Ahmad dengan Izreen belakon tu. Hehe. Ok, berbalik kepada review kali ni, novel Tundukkan Playboy Itu merupakan novel ketiga dari penulis keluaran May 2015. 

Tundukkan Playboy Itu

Hanya dari panahan MATA,
kisah CINTA pun bermula.

Sinopsis Novel

Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz.

“I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi… kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja.” - HARRAZ NAUFAL

Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang!

“Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” - NURIN AREESA

Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.

Datang pula mummy Harraz bertemu dengan Nurin. Permintaannya buatkan Nurin terlopong tiga saat. “Tundukkan Harraz. Tundukkan playboy itu.” – PUAN SRI ROSELL

Tundukkan Harraz? Mampukah Nurin? Dan akan tertundukkah Harraz hanya kerana Nurin?

Tundukkan Playboy Itu

Baca Bab Awal novel Tundukkan Playboy Itu

PROLOG
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10
Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20
Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25
TEASER 1 | TEASER 2 | TEASER 3

For more info and other novel : Visit http://anjellayan.blogspot.my

Tundukkan Playboy Itu

Review

Setiap naskah dari penulis ada auranya tersendiri. Cover novel ni memang cantik. Gelap gitu. Sesuai lah dengan isi novelnya pun, hanya dari panahan mata, kisan cinta pun bermula. Dari mata turun ke hati kata orang. Perkenalan pertama mereka ni semasa Nurin pergi interview kerja arkitek dekat syarikat Harraz. Ayah si Harraz yang recommend Nurin. Atas nama anak kawan baik ayah, Harraz pun, rela dalam paksa je lah interview Nurin.

Perempuan yang pakai tudung bagi Harraz, kolot, tak ikut peredaran semasa. Tudung tu trend aje katanya. Sampaikan etika pemakaian dekat syarikat dia, semua yang 'terdedah sana terdedah sini' saja yang ada sebab nakkan staff dia nampak modern and educated. Ohhh, bertudung tak nampak modern and educated lah erkk. Ada lagi ye, pemikiran spesis macam si Harraz ni. Nurin, memang sah-sah lah naik hangin, Say bye-bye je lah dia. Banyak lagi rezeki lain kat luar sana dari nak kena bukak tudung semata-mata nak kerja kat syarikat Harraz ni.

What else to say bila dah kena ugut dengan ayahnya kan. Terpaksalah jugak Harraz terima Nurin kerja. Ok, masuk mood fasa bergaduh sakan Harraz - Nurin. Sorang kerja membuli, sorang lagi suka balas balik. Bercakap memang tak pernah nak berlapik dua orang ni. ["Kenapa takut keluar berdua dengan aku? Takut aku rogol kau ke?" Tak berlapik Harraz bertanya. Page 197]. Dalam tak sedar masing-masing ada simpan sikit perasaan di hati. The rest is history, ahakks, boleh tak review sampai sini je. Hehe.

Tundukkan Playboy Itu

Selain dua watak utama ni, ada watak-watak sampingan yang tambahkan manis dan konflik antara dua manusia ni. Sepupu Harraz, Farhan. Dia ni pun suka Nurin jugak. Yellow roses are meant for friendship. Saya ikhlas nak kawan dengan awak. Farhan, a sweet talker. Lee dan Intan, kawan baik Nurin, such a good friends though. Panahan mata suka pertama Harraz dekat Nurin time dekat fashion show si Lee ni lah. Ada Elfira, staff dekat office yang suka dengan Harraz. Abdull Haqq, kenalan baru yang banyak tolong Harraz balik ke pangkal jalan.

Permulaan novel yang nice, boleh nampak suasana bekerja dan stressnya berada di pejabat.  Dengan persekitaran yang bebas macam tu, kau rasa kau kuat ke tidak nak menolak benda negatif yang ada di sekeliling. Bayangkan korang sensorang je pakai tudung, tutup semua elok, bekerja dekat satu bangunan pejabat yang semua staff perempuannya pakai seksi skirt atas lutut. Dramatik gak ni kan. Hehe. Pengenalan watak yang tak complicated sangat, just nice for me.

Best part-part gaduh berkau-aku-sinis-perli Harraz-Nurin ni. Manisnya novel ni bila Harraz dah jatuh cinta, jatuh sayang dengan Nurin. Nampaklah dia punya caring and jealous tu. Dia dah mula kikis sifat playboy dia tu sikit demi sikit. Sebabnya, Nurin baik, so dia pun kena jadi baik untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan Nurin. Hadirnya Abdull Haqq penunjuk arah kepada Harraz. Lessons learn. Kemuncak novel ni bila Harraz yang dah mula berubah tu ditangkap berkhalwat pulak dengan Si Elfira. Elfira perangkap sebab dia jadi sakit hati Harraz tolak cinta dia. Ha, baru kena batang hidung, selama ni duk hangkut perempuan selamber ja balik penthouse kan. [kisah tangkap khalwat page 450]

Next, banyak lagi, panjang lagi kisah mereka ni sebenarnya. Dah macam cerpen lak kalau review panjang-panjang kan. Harraz and Nurin, diorang get married lepas tu. Dan, ada lagi kisah-kisah lepas diorang kawen tu. Dugaan bermacam. Hehe. Kena beli dan baca ye. Ending, pengakhiran yang sweet manis selori gula. Pavlova! Kisah Nurin dan Harraz di sebalik pavlova. Sampai terus tercari-cari resepi pavlova kat internet taw. Suka baca karya Anjell sebab bahasa dia santai-santai saja. Tak berat sangat jalan ceritanya. Dan novel Tundukkan Playboy Itu ni memang ada terkesan di hati, betapa susahnya nak berubah ke arah yang lebih baik. Harraz sebelum dan selepas memang dah 180 darjah berubah. Dari berpeluk dengan perempuan bukan muhrim tu benda yang dah terbiasa sangat dia buat kepada seorang yang taat perintah Allah. Good job cik penulis!

Tundukkan Playboy Itu

Petikan Best dalam novel

Terangkat kening Harraz apabila pandang Nurin. Atas bawah, tak cukup dengan itu, sekali lagi atas bawah Nurin dipandangnya. Haish... Macam mana spesies macam ni boleh terlepas masuk pejabatnya ini? Serba hijau dari atas sampai bawah. Kepala hijau. Badan hijau. Kaki hijau. Apa ni? Pokok pisang bergerak ka apa? - Ms 46 & 47

"Kau buat apa ni?" Harraz pelik.
"Kalau berdua-duaan lelaki perempuan, setan jadi yang ketiga. Tak pernah dengar ke? Saya tak nak orang fitnah macam-macam apabila saya duduk lama-lama di dalam bilik encik ni," jawab Nurin. Lagi satu, senang aku nak tendang kau sampai basement kalau kau berani nak macam-macam.
"Kenapa? Takut tergoda dengan aku ke?"
Waklu... Apa yang kau ada sampai-sampai aku nak tergoda? Muka handsome kau tu? Huh... Tak kenyang aku kalau mengadap muka kau semata.
Nurin mencebik. Tak sangka pula mata Harraz cekap menangkap.
"Ha... Yang kau cebik bibir tu kenapa? Mengata aku la tu?" Panas betul hati Harraz apabila Nurin buat macam itu. Rasa tercabar pun ada.
Nurin malas nak layan. Baik dia buat kerja cepat-cepat supaya dia cepat-cepat boleh berambus dari bilik ini. - Ms 98

Tundukkan Playboy Itu

"You tahu tak, dulu Elfira macam you la. Bertudung macam ni. Sebulan je, I tengok dia dah buka semua. Sebab bos layan dia teruk. Macam you rasa sekarang ni. Lepas dia buka semua, baru bos layan dia baik-baik. I dengar, dia pernah tidur sekali dengan bos." Ash bercerita lagi.
"Ooo..." Nurin tak tahu nak beri reaksi apa. Sebab dia pun pernah dengar daripada Elfira pasal benda ni. Tapi kenapa masih terkejut? Nurin rasa kesal dalam hati.
"You nanti, kalau bos suruh pergi rumah dia, memang habislah."
"Kenapa pula?" Nurin tak faham. Tapi tetap layan cerita Ash.
"Because no one went out virgin from his house."
Alahai.. Kenapalah Si Ash ni cakap benda-benda ni kat aku? Memanglah aku ni geng kamceng kacip Fatimah dengan Harraz sampai-sampai nak diajak ke rumah bagai? Dia ni memang. Nak bergosip, mesti cari Nurin sebab Nurin jenis yang melayan  dan pandai menyimpan rahsia. Tak apalah... Nurin layankan aje Si Ash ni! - Ms 123 & 124

"En... Encik nak buat apa ni?" Tergagap-gagap suara Nurin.
"Kau rasa?" Soalah Harraz semakin menakutkan Nurin. Nurin telan liur lagi. Kalau Harraz berani kurang ajar dengan dia, memang dia nekad akan naikkan lutut ke celah kelangkang Harraz. Biar mati pucuk sekalipun, dia peduli apa?
"Ni balasannya sebab kau tak ikut arahan aku. Sekarang ni baik kau ikut aku. Or else, I will kiss your lips." Mata Harraz tepat pada bibir basah Nurin.
"They look lucious."
 Nurin tergamam mendengarnya. Argh.. Mamat ni memang gila! Baru aje Nurin nak balas, Harraz kembali bersuara.
"Jangan cabar aku, Nurin. Sekarang ni, once I make a move, we will be kissing. Bila dah dapat aku memang takkan lepaskan. Hobi aku memang cium perempuan."
Terus tak jadi Nurin nak membantah.
"Okay, I will follow you. Tapi tolong duduk jauh-jauh dari saya!" Nurin mengalah.
Harraz menjarakkan wajahnya. Senyuman puas terukir. Gertak baru nak jalan. Tahu pun takut. Mana mungkin dia berani berkurang ajar dengan Nurin. Dia takkan lakukan apa yang dinyatakannya tadi. Tidak selagi Nurin belum sah dengannya. - Ms 440 & 441

Shad bagi 5/5 bintang untuk novel ni. Wink
*ps, panjang lak entry ni.

Tundukkan Playboy Itu

Information 
Judul : Tundukkan Playboy Itu
Karya : Anjell
Muka Surat : 734 halaman
Penerbitan : Karya Seni
Harga : Semenanjung : RM29 | Sabah/Sarawak : RM32
             (Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online) - http://www.karyaseni.my/

You Might Also Like

4 Comment

  1. http://impianacikyaanie.blogspot.my/2015/10/giveaway-october-by-impiana-cik-yanie-1.html

    jemput join :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih jemput shad cik yanie.. :D

      Delete
  2. Replies
    1. terima kasih singgah sini sis ajuya :D

      Delete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Informasi

Travel & Beauty Blog

Sponsored