Untuk Semua Dosaku karya Rin Ahmad | Novel Review

5:36 PM

Greetings and Assalamualaikum to all.

Untuk Semua Dosaku karya Rin Ahmad | Novel Review. Happy Monday everyone. I'm back with a new novel review. Dah lama tak review novel kan. This time I've bought Rin Ahmad's novel. All 4 of them. Bought online at www.kakinovel.my. Hari ni nak review karya beliau yang bertajuk Untuk Semua Dosaku. Supposedly, just a short review. Kalau anda googled review novel ni, dah keluar berpage-page rasanya. Baru dua tiga bulan lepas mengenali penulis Rin Ahmad ni. Terlewat dari orang lain maybe. Tapi apa-apa pun, I'm grateful. I found another writer yang awesome penulisannya.


Sinopsis :

Kisah cinta antara Nur Lisa dan Syed Azri berputik di bumi Jerman. Nur Lisa gadis pintar yang hidupnya riang bertemu dengan Syed Azri kerana rancangan nakal si adik. Sharifah Azrina yang disangkanya teman sebilik sebenarnya ialah jejaka kacak bernama Syed Azri.

“Tak menyesal ya. Tak nak tarik balik kata-kata awak tadi?”
“I do the talking a lot. Which one you meant dear roommate?” Nur Lisa tergelak. Sengallah Azri ni. Pebende merepek entah.
“I’ll be the one. Betcha.”

Nur Lisa tergelak besar. Orang buat lawak dia buat serius la pula. Ego seorang lelaki. Tak boleh tersentuh. Nur Lisa ambil mudah. Tak menyangka jalan-jalan di hadapan yang akan bermula bersama Syed Azri. Permulaan yang tiada penghujungnya.
“Walk the talk Syed Azri.”

Sikap selamba Nur Lisa akhirnya memikat Syed Azri yang egonya sentiasa dijulang ke langit. Di saat cinta berkembang mekar, cahaya hidayah menerjah ke ruang hati Nur Lisa. Kisah lampau, kisah zaman peralihan. Betul orang cakap, nak buat baik, beribu halangan sudah menanti di hadapan kita. Cinta yang menggunung dan kasih sayang yang melimpah-ruah terhadap Syed Azri terpaksa dikorbankan demi cinta barunya kepada Yang Esa.

“Lisa.” Syed Azri cuba memeluk Nur Lisa. Mahu menenteramkan Nur Lisa. Dia kalah melihat titisan air mata di pipi Nur Lisa.
“No.” Nur Lisa menolak tubuh Syed Azri dengan kasar.
“Boleh tak jangan keras sangat? We’ve been together for years and we’ve done lots more than this.
Please….”
“Tolong hormat saya. Perlu ke saya merayu agar awak menghormati saya or should I say even if we’ve been together thousands years, the fact is you are not my husband. Awak tak halal untuk saya. Dan saya pejam mata untuk kisah silam kita.”
“Lisa!”
“I better get going before things become worse.”
“It’s worse already and I hate when you pretending to be good when I know who you are inside out.”
“Then hate me.” Bergegar dada Nur Lisa mendengar perkataan ‘pretending’.


Mereka berpisah di bumi Jerman namun jodoh mengejar Nur Lisa dan dia terpaksa akur bahawa jodoh dambaan lelaki yang boleh dijadikan peneman jalan ke jannah hanya tinggal mimpi. Pertemuan semula dengan Syed Azri di Malaysia menjadi titik ketenangan Nur Lisa dirembat dan kehidupan penuh berliku di samping orang yang pernah menolak jalan yang dipilihnya. Melayani kerenah Syed Azri yang akhirnya bergelar suami atas paksaan keluarga tak semudah ABC apabila jalan hidup yang dipilih berbeza. Apabila tiba saat diri mahu berubah, orang yang paling dekat tidak memberi sokongan malah memandang sepi. Keluarga yang memandang hina dek masa lampau yang terbongkar dan suami yang masih meragui dirinya yang kini berubah.

“You know what naughty Dutches always said for their wives? There are only three ways to please their men. First please them on bed. Second, make them sandwiches and third don’t talk so much. Now do number three and get yourself ready.” – Syed Azri.

Syed Azri bukanlah lelaki kasanova dan dalam hatinya hanya terpahat nama Nur Lisa. Hanya keegoan membuat dia tegar melepaskan Nur Lisa dulu dan di saat Nur Lisa kembali dalam hidupnya, siapa sebenarnya yang didambakan dalam hidupnya kini? Nur Lisa kekasih hati merangkap roommate di studio kecil di Jerman dulu atau Nur Lisa si isteri yang kini sudah jauh berbeza?

Setiap permulaan pasti berhalangan. Mampukah Nur Lisa kekal menjadi hamba-Nya yang taat dan menjadi isteri yang solehah kepada Syed Azri? Mampukah Syed Azri berjalan seiring dengan jalan yang telah dipilih oleh Nur Lisa?


Ini kisah cinta Jumeirah Jane dan Jumeirah Jo.

Jumeirah Jane itu ialah si cantik Nur Lisa binti Tajudin
~ Cinta yang berputik dalam kancah dosa. Adakah akan terpalit selamanya?

Jumeirah Jo itu ialah si kacak Syed Azri bin Syed Gilani
~ Cinta yang tak perlu berubah. Adakah akan kekal selamanya?

Review

Jalan cerita
Bagi Shad, jalan ceritanya lovely. Flashback after another flashback. Mula-mula membaca tu macam agak mencabar sebab, kita pun nak kena flashback sekali memori page sebelum. Hehe. Lagi yang bestnya, it is Jerman-Malaysia. Memang banyak tempat menarik di Jerman yang diceritakan di dalam novel ni. Ok, kalau baca sinopsis kat atas tu, dah boleh agak rasanya jalan cerita novel ni. Kisah Nur Lisa a.k.a 'Jumeirah Jane' budak pandai yang sambung belajar di Jerman. Then terjumpa pulak dengan Syed Azri a.k.a 'Jemairah Jo' sebagai roommate. Well yeah, "Between men and women there is no friendship possible. There are passion, enmity, worship, love but no friendship." - Syed Azri.

Mula-mula memanglah roommate kan, lama-lama they fall in love. Hidup diorang dekat bilik studio kecil di Pasing, Jerman memang indah selama dua tahun itu. Satu hari, Allah temukan Nur Lisa dengan Lydia, penginap apartment dua bilik tingkat bawah dari studio dia, (waktu tu Lisa pengsan dekat lobi sebab mabuk lepas dari Oktoberfest). Mula dari situlah, Nur Lisa dah mula berubah sikit demi sedikit lepas mula rapat dengan Lydia. Sungguhlah, hati manusia itu Allah yang pegang kan. Cahaya hidayah dah mengetuk pintu hati Nur Lisa. Cinta Nur Lisa dengan Syed Azri terlerai, sebab Syed Azri tetap tak terbuka hati untuk bersama-sama dengan Nur Lisa ke jalan terang. Nur Lisa nekad melangkah pergi meninggalkan Syed Azri. 

Lepas Nur Lisa dah habis belajar, dia balik Malaysia. Takdir Allah, Nur Lisa dengan Syed Azri got married. Mencabar jugak waktu tu sebab Syed Azri masih lagi tak berubah. Tapi Nur Lisa ni memang penyabar sangat, dia faham perangai Syed Azri. Orang yang berkepuk ilmu ni, kalau kita tegur bagi tazkirah bagai nak rak, memang tak jalan, sebab semua dia dah tahu. Tahu tapi tak amal. Tapi sebagai isteri, memang menegur apa yang salah itu kewajipan. Akhirnya, Nur Lisa mampu berdoa sahaja siang-malam moga-moga suaminya tu berubah. Menjadi kekasih Allah tak menjadikan anda terlepas dari masalah. Tapi menjadikan anda lebih kuat dari setiap masalah yang akan anda hadapi.


Watak
Shad paling suka watak Nur Lisa dalam novel ni. Dia ni luar biasa dan agak slumber. Dia memang struggle habis masa nak berubah jadi lebih baik tu. Luckily dia ada Lydia yang banyak membantu. "Jangan sampai kita lupa hidup kita ini untuk siapa. Kenapa selalu fikir apa yang orang kata, apa yang orang hina?" - Lydia. Suka jugak watak Lydia dalam novel ni. Lili, si adik Nur Lisa, yang ni perangainya memang sangatlah tak berkenan. Dia sanggup fitnah kakak dia sendiri semata-mata tak nak kakak dia rapat dengan Tengku Akbar. Tengku Akbar a.k.a Kebar ni 'payung emas' Nur Lisa masa dekat Jerman dulu (ni sebelum Nur Lisa berubah jadi baik). Bagi Nur Lisa, Kebar memang seorang kawan yang baik. And I love character Kebar too. Syed Azri, okkey, dia ni romantika lah characternya. Tapi dia ni memang caring dan sayang sangat dengan Nur Lisa. Tapi tu lah lelaki yang penuh dengan ilmu di dada tapi satu pun tak nak amal (the past). Overall, novel yang tak berat sangat nak hadam.   

Overall
One sentence yang boleh describe pasal novel ni. Sarat dengan ilmu dan pengajaran. Banyak kata-kata hikmah. Kisah sejarah dunia, Adolf Hitler pun ada terselit jugak. Sungguhlah nak berubah jadi baik tu memang banyak halangan dan cabarannya. Dengan dosa-dosa semalam menjadi alibi masyarakat untuk menghukum. Yeah, masyarakat Melayu tipikal kan. "I might not be perfect but I'm working on it to get His bless, everyday and every single second" - Nur Lisa. And yeah, best baca novel yang cerita pasal overseas ni. Jerman. I'm giving 4/5 stars.

Baca Bab Awal


Judul : Untuk Semua Dosaku
Karya : Rin Ahmad
Pages : 618
No. ISBN:- 978-967-5067-32-7
Price : SM, RM 22.00 AHLI KN: RM 18.00
SS, RM 25.00 AHLI KN: RM 21.00
Where to buy : Buy Online at www.kakinovel.my atau boleh mengunjungi
kedai-kedai buku berhampiran dengan anda.

You Might Also Like

6 Comment

  1. Replies
    1. kan, shad pun dah lama tak baca novel, ni baru nak mula balik.. hehe

      Delete
  2. macam best, tapi dekat labuan susah cari novel terbaru. selalu lambat ada stock huhu T_T lagipun busy sekarang.. jarang baca novel hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, quite awesome jugalah novel ni, cumanya bila asyik flashback2 je, naik pening jugak sometimes.. kena beli online la macam tu, hehe.. shad pun bila ada masa lapang ja baca novel.. high five!!

      Delete
  3. Shad !! CT baca semuaaa !! ahahaha i read novel review okay !!
    ahahaha slama ni baca gitu2 je tp baca yg ni peeergh.. kiranya di brusaha nk pimpin hasben dia
    lah eh.. pergh.. menarik ni..

    yg tak minat novels ni pun rasa menarik.. please buat drama citer ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. haah, agak dramatik jugak novel ni sebenarnya, nur lisa ni pun masa dekat jerman tu 2x5 sosial jugak macam syed azri. tapi dia berubah lepas tu... and sokong sangat kalau novel ni buat drama.. barulah dramatik gitu kan.. hehe. thank you ct singgah dan baca entry, semua lak tu dibacanya.. hehe :D

      Delete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Heart 1

Travel & Beauty Blog

Sponsored