Solat yang Khusyuk | Fahami Maksud Bacaan di dalam Solat

11:15 AM

Greetings and Assalamualaikum to all


Solat yang Khusyuk | Fahami Maksud Bacaan di dalam Solat. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Segala puji-pijian hanya bagi Allah. Syukur, kita masih diberi kesempatan untuk menghela nafas di muka bumi ini. Pagi ini, rasa terpanggil nak kongsikan sedikit bingkisan buat bekalan di masa hadapan. Semoga bermanfaat buat semua. Sama-sama kita renungkan. Dan selamat beramal. 


Solat ialah kewajipan yang paling utama bagi seorang Muslim. Oleh itu kita wajiblah melakukannya dengan sempurna. Sempurnakan wuduk. Cukup semua Syarat sah solat. Cukup semua rukun Solat yang 13. Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori: 1. Qalbi (diingat dalam hati); 2. Qauli (diucap dengan lidah); 3. Fi'li (perbuatan). 

Rukun solat ada 13 perkara iaitu: 
  1. Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li] 
  2. Niat. [Qalbi] 
  3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). [Qauli] 
  4. Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli] 
  5. Rukuk dengan tama'ninah .[Fi'li] 
  6. I'tidal dengan tama'ninah. [Fi'li] 
  7. Sujud dengan tama'ninah. [Fi'li] 
  8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. [Fi'li] 
  9. Duduk Tasyahhud akhir. [Fi'li] 
  10. Membaca bacaan Tasyahhud Akhir. [Qauli] 
  11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli] 
  12. Mengucapkan salam yang pertama. [Qauli] 
  13. Tertib [Qalbi] 
Note: tama'ninah = berhenti seketika (sekadar menyebut subhanallah) 

Dan, berjayalah orang yang beriman, yakni orang yang khusyuk dalam solatnya.” [Surah al-Mu’minun 23: 1-2]. Nak dapat solat yang penuh khusyuk ni memang kena usaha lebih. Cuba kita renung balik, semasa kita solat tu, bagaimana fikiran kita, perasaan kita, hati kita? Betul ka kita betul-betul fokus dan menghayati? Ka fikiran dah merawang ke tempat lain bila tengah solat. Allahuakbar, rasa kerdil sangat diri ni bila fikir-fikir balik. Angkat takbir ja, eh tetiba teringat kat mana kunci kereta yang hilang duk cari tadi.


Macam mana nak dapatkan Solat yang khusyuk ini? Banyak tips yang boleh kita praktikkan antaranya termasuklah berwuduk dengan sempurna, melahirkan rasa haibah (membesarkan Allah), melahirkan rasa Khauf (kagum dan takut dengan kebesaran Allah), melahirkan rasa mengharap kepada Allah, melahirkan rasa malu dan hina diri (Haya') dalam Solat dan berpakaian bersih, cantik dan selesa ketika bersolat. Selain itu dengan memahami maksud bacaan di dalam solat juga boleh membawa kita kepada khusyuk di dalam solat. Solat yang khusyuk ialah solat yang berjaya menyentuh dan mendidik hati, akal dan nafsu manusia. Ia juga akan membina rasa bertuhan. 

Bayangkan, kalau kita baca sahaja tapi tak faham dengan faham maknanya, pasti berbeza perasaan tu kan. Bila kita faham makna bacaan sekaligus boleh mengelak dari kita terleka ketika solat sebab bila kita faham kita akan peka dengan apa yang kita sebut. Bila dah faham, sekaligus akan menghadirkan hati kita di dalam solat. Jom sama-sama kita fahami maksud bacaan di dalam solat.  

Bacaan Takbiratul Ihram
الله أكبر
Ertinya : Allah Maha Besar

Doa Iftitah

اَلله أَكََْبَر كَبِيْرًا وَالحَمْدُلِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ الله بُكْرَةً وَأَصِيْلاً . وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ المُشْرِكِيْن . إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن. لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ المُسْلِمِيًن
Ertinya :
Allah Yang Maha Besar, sempurna besar. Dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku kepada Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan keadaan suci dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah Tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Muslim.

Al-Fatihah

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿١﴾ الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿٢﴾ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿٣﴾ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴿٤﴾ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ﴿٧﴾  1:1

Ertinya : 
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. 
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai Hari Pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yg Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika Rukuk

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ
Ertinya : Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung dan segala puji-pujian bagiNya.

I'tidal
Selepas selesai Rukuk, kemudian I'tidal, yaitu bangkit dari rukuk dengan mengangkat kedua tangan sejajar telinga, seraya membaca : 

سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَه
Ertinya: Allah mendengar orang yang memuji-Nya

Pada waktu berdiri tegak (I’tidal) seraya membaca :

رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ
Ertinya: Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika Sujud

سُبْحَانَ رَبِّيَ اْلأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Ertinya : Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dan segala puji-pujian bagiNya.

Bacaan ketika Duduk Antara Dua Sujud

رَبِ ّاِغْفِرْلِيِِْ وَارْحَمْنِيْ وَاجْبُرْنِيْ وَارْفَعْنِيْ وَارْزُقْنِيْ وَاهْدِنِيْ وَعَاِفِنيْ وَاعْفُ عَنِّيْ 

Ertinya : Ya Allah, ampunilah dosaku, kasihanilah aku dan cukupkanlah (kekuranganku) dan angkatlah (darjat) ku dan kurniakanlah rezeki kepadaku, dan berilah aku petunjuk dan berilah kesihatan padaku dan maafkanlah (kesalahan) ku. 

Bacaan ketika Tahiyat Awal

  التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد

Ertinya :
Segala penghormatan, segala keberkatan, segala kesejahteraan, segala kebaikan itu bagi Allah. Sejahteralah engkau wahai Nabi (Muhammad) dengan rahmat dan berkat dari Allah. Sejahtera ke atas kami dan seluruh hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Allah, limpahkanlah rahmat ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وعلى آلِ مُحَمَّد، كَمَا صَلَّبْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ فِيْ الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد

Ertinya :
Segala penghormatan, segala keberkatan, segala kesejahteraan, segala kebaikan itu bagi Allah. Sejahteralah engkau wahai Nabi (Muhammad) dengan rahmat dan berkat dari Allah. Sejahtera ke atas kami dan seluruh hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Allah, limpahkanlah rahmat ke atas Nabi Muhammad. dan limpahkanlah rahmat kepada ahli keluarga Nabi Muhammad, sebagaimana Engkau telah melimpahkan rahmat kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Dan berilah keberkatan ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya sebagaimana Engkau telah berikan keberkatan ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya di seluruh alam semesta. Sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

Memberi Salam
السلام عليكم ورحمة الله
Ertinya : Sejahtera dan rahmat Allah atas kamu.

Doa Qunut

اَللّهُمَّ اهْدِنِىْ فِيْمَنْ هَدَيْتَ 
وَعَافِنِى فِيْمَنْ عَافَيْتَ 
وَتَوَلَّنِىْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ 
وَبَارِكْ لِىْ فِيْمَا اَعْطَيْتَ 
وَقِنِيْ شَرَّمَا قََضَيْتَ 
فَاِ نَّكَ تَقْضِىْ وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ 
وَاِ نَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ 
وَلاَ يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ 
تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ 
فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيْتَ 
وَاَسْتَغْفِرُكَ وَاَتُوْبُ اِلَيْكَ 
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ 

Ertinya:
Ya Allah tunjukkanlah akan daku sebagaiman mereka yang telah Engkau tunjukkan
Dan berilah kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang Engkau telah berikan kesihatan
Dan peliharalah daku sebagaimana orang yang telah Engkau peliharakan
Dan berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan
Dan selamatkan aku dari bahaya kejahatan yang Engkau telah tentukan
Maka sesungguhnya Engkaulah yang menghukum dan bukan kena hukum
Maka sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin
Dan tidak mulia orang yang Engkau memusuhinya
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha tinggi Engkau
Maha bagi Engkau segala pujian di atas yang Engkau hukumkan
Ku memohon ampun dari Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau
(Dan semoga Allah) mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya.
Mari sama-sama kita fahami dan hayati bacaan-bacaan di dalam solat agar ia mampu membawa kita semua merasai apa yang kita lafazkan, bukan hanya sekadar ucapan biasa yang tidak membawa apa-apa makna dan rasa. Semoga kita beroleh solat yang khusyuk. Amin. Semoga bermanfaat buat semua. Sharing is caring and caring is loving. Sayang sesama makhluk.

p/s: rindu nak masuk kuliah. rindu masa zaman belajar dulu. 

You Might Also Like

5 Comment

  1. nice... thanks for sharing sis :) sama- kita lakukan solat kusyuk...

    ReplyDelete
  2. InShaaAllah.. semoga kita semua dapat mempertingkatkan kualiti solat kitaa.. hee
    nice sharing, kak :D

    ReplyDelete
  3. Info yang benar2 bermanafat...tazkirah!

    Jom join segmen ni...
    http://huhahuhajerr.blogspot.my/2015/11/segmen-join-bloglist-ain-bulan-nov-dis.html

    ReplyDelete
  4. betul tu Shad.. untuk lebih kusyuk dalam solat..
    and kalo kita berdoa pun.. elok kita tahu makna doa sekali..

    ReplyDelete

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Informasi

Travel & Beauty Blog

Sponsored