Kerana Kau karya Dyadila | Novel Review

3:02 PM

Greetings and Assalamualaikum to all.

Kerana Kau karya Dyadila | Novel Review. Hi everyone, how's your day. Doing good? Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi. Hari ni Shad nak up entry review novel. Macam dah lama tak buat book review. Kali ni nak review novel ke-empat dari Dyadila. Shad memang minat karya penulis ni. Novel terdahulu yang Shad baca, Doktor Cinta dan Giler Kau?! memang best. Sampai ingat lagi nama watak dalam novel tu. Mazliana Haji Nordin. Hehe. Okey, berbalik kepada novel Kerana Kau, novel ini keluaran April 2015. Sinopsis dan jalan cerita pun agak menarik juga.

Kerana Kau karya Dyadila

Sinopsis Kerana Kau

“Kalau nak aku terus tinggal dekat sini, aku nak bilik lain. Aku tak suka bilik ni. Dan aku benci warna ni. Dan aku juga paling benci kalau orang nak buat baik dengan aku.” – NUR AYUNI BALQIS

“Mungkin kau dah hilang ingatan. Sekarang ni aku nak ingatkan balik. Sejak dua hari lepas aku Fariz Iskandar Leo dah menjadi suami yang sah kepada Nur Ayuni Balqis, jadi mulai saat ini sama ada kau suka atau tak, kau kena bagitau aku ke mana saja kau nak pergi. Kalau aku izinkan baru kau pergi.” – FARIZ ISKANDAR LEO

“Yuni kenapa hati Yuni sekeras ini. Papa minta maaf, apa yang dah papa lakukan pada Yuni. Papa buat semua ni untuk Yuni. Dan papa yakin Fariz boleh bahagiakan anak papa ni.”

Ayuni mencebik. Dua wajah yang masih kekal memandangnya itu langsung tak dihiraukan.

“Bahagia? Perkataan tu dah lama hilang. Dan jangan ingat saya ikut semua percaturan Dato ni maknanya saya nak bahagia. Saya buat sebab saya nak tengok Dato dan perempuan ni menderita! Selamanya!” jerit Ayuni lagi. Entah kenapa ayat itu keluar daripada mulutnya. Dia sendiri tak dapat mengawalnya.

Di hujung tangga ada telinga yang dari tadi menjadi pendengar. Kaku. Soalan yang dulunya bermain di fikiran muncul kembali. Kenapa terlalu tebal rasa benci dalam hati Ayuni? Kenapa?

Ayuni melangkah keluar meninggalkan Teratak Kasih. Dia perlu bernafas. Ketika ini dia terasa nak gila! Ya memang dia akan gila.

“Jangan mencari-Nya kerana inginkan jawapan. Carilah Dia kerana kita tahu bahawa Dialah jawapan pada semua persoalan.”

Kerana Kau karya Dyadila
Kerana Kau karya Dyadila

Kerana dendam yang terbuku di dada kepada seorang ayah, membawa Nur Ayuni Balqis pulang ke Malaysia. Dendam semakin mendalam apabila dia sendiri menjadi saksi penderitaan ibunya. Dan dendam pada perempuan yang merampas kebahagiaan keluarganya, membawa dia ke Global Holding dan tinggal di Teratak Kasih.

"Yuni tak baik buat mama dengan Fariz macam tu. Abang Riz kan dah jadi suami Yuni. Jangan kurang ajar macam tu, papa tak pernah ajar Yuni macam tu." ~ Dato' Khalid
"Saya memang kurang ajar sebab sejak kecil lagi tak ada sesiapa yang boleh ajar saya. Jadi, Dato' tak perlu nak ulang banyak kali sebab Dato' sendiri tahu, kan puncanya?" ~ Ayuni
"Isteri kalau nak keluar rumah kena salam tangan suami dulu. Salam dulu, kalau tak jangan keluar. Aku tak izinkan. Dan kau tahu, kan apa hukumnya keluar tanpa izin suami?" ~ Fariz

Pertemuan dengan Fariz Iskandar Leo adalah sesuatu yang dirancang untuk membantu melunaskan segala dendamnya kepada keluarga papanya sendiri. Kerjanya bertambah mudah bila dengan secara tidak sengaja dia ditangkap khalwat dengan lelaki itu. Fikirnya dengan meneruskan perkahwinan itu dia dapat melihat penderitaan perempuan yang telah merampas kebahagiaan ibunya sekaligus memusnahkan rumah tangga papanya. Pelbagai perkara dilakukan untuk menyakiti Fariz semata-mata untuk membalas dendam kepada isteri papanya yang juga merupakan ibu angkat kepada Fariz. Namun, tanpa disedari wujud rasa cinta kepada lelaki bergelar suami itu.

Apa akan terjadi pada dendam Yuni apabila dendam, cinta, kasih dan pengorbanan menjadi satu? Dapatkah Dato' Khalid merawat hati seorang anak yang telah lama ditinggalkan? Mampukah cinta Fariz memadamkan dendam Ayuni kepada keluarganya?

Baca Online Bab 1 - Bab 27 Novel Kerana Kau

[KK1] [KK2] [KK3] [KK4] [KK5] [KK6] [KK7] [KK8] [KK9] [KK10] [KK11] [KK12] [KK13] [KK14] [KK15] [KK16] [KK17] [KK18] [KK19] [KK20] [KK21] [KK22] [KK23] [KK24] [KK25] [KK26] [KK27]

Kerana Kau karya Dyadila

Review dari Shad : Terus terang novel ni memang sangat kekeluargaan. Fokus utamanya kepada Nur Ayuni Balqis, seorang anak yang penuh dengan dendam kepada papanya, Dato' Khalid dan perempuan yang merampas kebahagiaan dia dan ibunya. Kerana dendam itu, Ayuni sanggup buat macam-macam nak sakitkan hati keluarga papanya. Perasaan dia mula berkecamuk lepas dia dipaksa kahwin dengan Fariz, anak angkat papanya.

Orang yang punya dendam dalam hati ni, kita tak boleh main balas kasar, kena limpahkan kasih-sayang, barulah ada sinar kebahagian yang datang. Tapi yang sebenar-benarnya, Ayuni rindu sangat dengan papa dia. Hadirnya cinta Fariz, membuatkan Ayuni makin lama makin tak keruan. Ayuni berdendam, tapi dalam masa yang sama dia dahagakan kasih sayang dan pada pengamatan Shad, Ayuni ni wataknya sangat kasihan. Dia tak adalah jahat sangat pun. Overall, memang best.

KERANA KAU
No. ISBN: 978-967-0448-98-5
Jumlah muka surat: 608
Harga SM: RM22, Ahli KN: RM18
Harga SS: RM25, Ahli KN: RM21
Where to Buy : Beli Online di http://www.kakinovel.my/beli-novel/kerana-kau/ atau 
boleh dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran dengan anda.

You Might Also Like

0 Comment

Greetings and Assalamualaikum...
Sila tinggalkan komen anda di sini..
Will pay a visit back! Thank You

Heart 1

Travel & Beauty Blog

Sponsored